Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all 624 articles
Browse latest View live

Travel Bersama Malindo

$
0
0
Dalam dunia yang maju dan kompetitif sekarang ni, kita semua ada banyak choices untuk dipilih. Jenis kereta, basikal, bas, baju seluar dan sebagainya. Tapi this time around, Ayue nak cerita tentang choices yang anda kena pilih untuk transport anda pergi ke tempat jauh. Tempat yang perlukan anda ada di udara, selesa dan cepat. Yes dengan banyaknya syarikat airlines hari ni buatkan anda dapat terbang dengan harga yang best. Salah satu airline yang selesa, berbaloi adalah Malindo Airlines. Gabungan nama dari Malaysia dan Indonesia.


Sekarang ni di Traveloka, anda boleh book the flight ticket for Malindo semudah di hujung jari. In the meantime anda surf, survey and book the hotel from traveloka, you guys boleh book flight ticket sekali. Atau book flight ticket dulu sebab takut cepat habis. Biasalah kan kalau kita lambat book takut melepas peluang kita nak pergi bercuti or bekerja di outstation. Easy kan? Ayue dah cakap dah.

Malindo Air is a hybrid airline that combines premium full-service and Low-Cost Carrier . 2 in 1 service diorang so anda can pick ikut keselesaan anda. Malindo Air is a joint cooperation between Malaysia National Aerospace and Defence Industries (NADI) and Lion Air Indonesia. CEO mereka pula adalah Chandran Rama Muthy, bekas assistant to President Director of Lion Air Indonesia. Panjang kan. Haaa kenalah beritahu dulu kat anda so that anda boleh kenal siapakah top people dalam Malindo Air.


Malindo Air started its operation on 1 May 2013, anda boleh naik dari KLIA or Subang Airport. Malindo Air boleh travel ke banyak negara di Asia such as Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Nepal, Singapura and Thailand. So kalau you guys plan nak explore the whole Asia, why not naik Malindo kan. Kerusi leather, kaki yang selesa untuk sesiapa yang berkaki panjang. Lepas tu untuk travel yang jauh sikit ada 11 inch tablet device untuk tengok movie, Wifi and tempat cucuk plug nak caj fon pun ada untuk business class.

Malindo Air ni female flight attendant memang semuanya cantik-cantik belaka dan sedap mata memandang sebab uniform mereka adalah white kebaya and batik long skirt with the combination of red and purple. This uniform also emphasizes on flexibility in serving passengers on board. So comfortable untuk passenger to them is number one. Nak create suasana selesa dalam kapal terbang. Untuk yang stress pun boleh relax tengok stewardess yang asyik lalu lalang pesan untuk pakai tali pinggang. Remember to somebody husband, jangan tengok lama-lama ya nanti tak pasal-pasal kena cubit dengan wife masing-masing. Anda boleh juga order snacks or meals or drinks dalam flight so no worries untuk yang lapar or dahaga.


So meh sini Ayue cerita macam mana nak book Malindo Airline Ticket online, first sekali anda select route mana yang anda nak pergi. Banyak choices yang ada untuk anda pilih. Then pilih date yang anda nak pergi, jadual yang ada nanti akan ada sekali price for your calculation untuk cost vacation anda. Easy as that. Then fill in info tentang passenger. Kalau book 4 seat jangan anda isi nama yang sama pula, isi the exact name and information the passenger. Senang nanti stewardess or steward nak greeting. After that anda pilih payment method. Lepas setel semua, Malindo e-ticket akan disend ke email anda, so don’t forget to check your email as e-ticket ini penting. Print lepas dapat dan bawa ke airport. Cuma make sure date anda dalam e-ticket tu betul, so takda lah anda datang awal sehari ke airport sebab excited sangat. Hahaha.


So far Malindo ni ada reputasi yang bagus, dari seluruh pelusuk Asia. Flight nya agak selesa, dengan servis yang sangat best dan berpuas hati, dan destination dia yang meluas, pasti dapat selesaikan masalah anda untuk fly untuk bercuti, atau bekerja. Jom terbang bersama Malindo.



xoxo,


Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser & Serum Review

$
0
0
Assalamualaikum. Lepas 10 bulan Ayue jadi ibu ni, baru Ayue tahu macam mana penatnya seorang ibu nak membesarkan anak dia. No more beauty sleep, no more 'me time'. Lagi-lagi bila Qaayed dah mula lasak ni, dah mula dapat kaki nak bertatih, Allah, tak senang duduk dibuatnya. Pantang lepa! Ada je projek dia. Kalau dulu masa pregnant ramai sangat tegur kulit Ayue glowing. Naik seri mengandung bak kata orang. Mekap biasa-biasa pun ok dah, Tapi sekarang ya ampun, kusam bukan main. Dengan eyebag berketul-ketul lagi. Ayue pun tak tahu mana silapnya. Skincare guna macam biasa je, takda apa yang berubah. Mungkin sebab terlalu penat dengan rutin harian dan tak cukup rehat yang jadi macam ni.

Jadi Ayue cuba lah cari skincare lain untuk menampung keperluan Ayue ni. Dah jadi ibu bukan bermaksud Ayue dapat lesen untuk selebet ok. Penat macam mana pun kena maintain berseri untuk suami. Yang penting kena rawat kulit muka dulu. Kalau mekap tebal, tapi kulit tak elok, tak best juga kan. Dekat rumah bukan kita nak mekap 24jam pun. Suami tengok muka kita bare face je. Betul tak? Bila kawan Ayue recommend untuk cuba skincare Leaf & Herb, Ayue pun cuba lah juga sebab tengok kulit dia cantik sangat. Ayue dah cuba guna skincare Leaf & Herb ni dah 3 minggu. Lepas Ayue guna and nampak perubahan dia, baru lah Ayue rasa macam nak share dengan anda apa yang best tentang skincare Leaf & Herb ni. Ayue guna 2 produk mereka iaitu Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser dengan Facial Treatment Serum.





Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser

Kulit Ayue ni jenis Normal/Kombinasi. Susah juga sebenarnya nak jaga jenis kulit muka macam ni tau sebab kulit Ayue hanya berminyak di kawasan T-zone saja. Bahagian lain kering. Jadi nak pilih pencuci muka yang macam mana? Untuk jenis kulit berminyak ke kulit kering? Sebab tu bila kawan Ayue beritahu yang Leaf & Herb ni sesuai untuk semua jenis kulit, Ayue tertarik dah sebab senang. Dari kulit normal hingga lah kulit sensitif boleh pakai. Tak payah nak pening-pening fikir dah.


Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser ni diformulasi menggunakan bahan istimewa dan eksklusif seperti PITERA dan GLUTATHIONE yang diimport dari Jepun sebagai bahan utama serta bahan-bahan organik yang lain. Untuk anda yang tidak tahu, Pitera ni lah yang bertindak untuk menyeimbangkan pH kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri. Manakala Glutathione pula membantu dalam mencantik dan memutihkan kulit. Menarik kan?


Packaging nya pula di dalam botol jernih. Senang nak tengok berapa banyak lagi balance produk yang ada di dalam nya. Dan yang paling Ayue suka adalah cleanser ni menggunakan sistem pam. Ayue suka cleanser yang guna sistem pam ni sebab ia lebih hygiene dan terlindung dari bakteria lain. Berbeza dengan cleanser yang Ayue guna sebelum ni, ia dalam tube. Bila dalam tube ni, produk senang untuk meleleh dan melekat pada penutupnya. Kan dah rugi. Siapa yang biasa guna cleanser dalam tube faham lah masalah yang Ayue cakap ni. 


Oh ya, Cleanser ni bukan saja untuk mencuci wajah tau, malah untuk remove mekap juga. 2-in-1, Cleanser dan Make up remover. Senang kerja Ayue, tak perlu nak remove mekap satu per satu lagi dah, sekali gus saja. Tak payah nak guna banyak-banyak produk. Selalunya kalau sekadar mekap light-light tu, Ayue just guna Facial Treatment Cleanser ni je untuk remove mekap. Mata pun tak pedih bila Ayue tonyoh mata yang ada mascara dan eyeliner. Kira ok lah tu. Masalah kulit kering Ayue ni pun dah hampir baik sebab cleanser ni melembapkan kulit wajah sekali.


CARA PENGGUNAAN

Cara penggunaan Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser ni mudah saja. Lakukan rutin di bawah dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur.
  1. Pam sedikit Facial Treatment Cleanser ke tapak tangan.
  2. Gosokkan dengan sedikit air untuk membuatkannya buih berkrim.
  3. Guna gerakkan membulat untuk cuci muka hingga bersih
  4. Basuh muka dan lap dengan towel untuk kering.


Kalau ikut saiz muka Ayue ni untuk full make-up, hanya perlukan 2 pam saja. Bergantung pada muka masing-masing. Yang penting muka memang bersih dan rasa segar saja selepas penggunaan. Bau dia pula wangi sangat! Macam bau dalam kedai Lovely Lace pun ada tau. Tapi takda lah sampai menyakitkan hidung. Cukup sekadar menyegarkan. 




Leaf & Herb Facial Treatment Serum

Lepas cleanser, Ayue cuba juga serum mereka untuk mendapatkan kesan yang lagi optimum. Selain dari pencuci muka, toner, dan pelembap, serum juga merupakan salah satu langkah yang penting dalam penjagaan kulit wajah tau sebab serum ni molekul dia lagi kecil, jadi dia dapat serap jauh ke dalam kulit untuk menjaga kulit kita dari dalam. Sebab tu Ayue tak pernah tinggal serum dalam regime skincare Ayue.


Leaf & Herb Facial Treatment Serum ni juga diformulasi menggunakan bahan istimewa dan eksklusif seperti PITERA dan GLUTATHIONE yang diimport dari Jepun sebagai bahan utama serta bahan-bahan organik yang lain seperti Arbutin, Cucumber, Green Tea dan Chamomile. Jadi ia sesuai untuk  semua jenis kulit. Dari kulit normal hingga yang sensitif. Tak perlu risau ok?


Apa yang menarik perhatian Ayue adalah kebaikan menggunakan serum ni. Ia dapat :

  • Memutihkan kulit wajah
  • Menjadikan kulit glowing
  • Menghilangkan jeragat
  • Meghilangkan parut
  • Anti penuaan & kedutan
  • Mengecilkan liang pori
  • Merawat cela kulit wajah
  • TIADA kesan sampingan

Banyakkan? Selain dari glowing, ia juga bertindak sebagai anti penuaan which is something yang Ayue rasa Ayue perlu ambil kisah sekarang ni. Umur dah 31 tahun, kena lah ambil berat tentang kulit kedut betul tak? Walaupun sebenarnya agak lambat sebab kita kena ambil berat tentang anti-penuaan ni dari umur 25 tahun lagi. Tapi better late than never kan. Anda yang ada masalah acne tu pula memang sesuai sangat guna serum ni sebab ia dapat mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit anda yang bermasalah tu.


Untuk liang pori pula, mungkin liang pori Ayue ni terlalu besar, jadi kena ambil masa sedikit untuk kecilkan. Yela, baru pakai 3 minggu kan. Bukan senang nak kecilkan liang pori yang dah sekian lama berbuka luas ni. Ayue harap liang pori Ayue ni makin mengecil lah nanti. Baru nampak flawless. Cewah.




CARA PENGGUNAAN

  • Sapukan lapisan nipis serum pada permukaan wajah dua kali sehari. 
  • Pagi dan malam sebelum tidur.


Selain dari kebaikan yang Ayue nyatakan dekat atas tadi, serum ni juga boleh dijadikan sebagai mekap base anda supaya mekap tahan lebih lama dan kelihatan glowing. Lagipun tekstur nya water-based, cepat menyerap, tidak berminyak dan tidak melekit langsung. Suka betul lah Ayue dengan produk Leaf & Herb ni. Multipurpose semuanya.


PRODUK INFO

Leaf & Herb Facial Treatment Cleanser
50ml


Leaf & Herb Facial Treatment Serum
15ml


Masalah utama yang dapat diselesaikan bila guna kedua-dua ni adalah masalah jerawat, jeragat dan parut jerawat. Produk ni juga mampu untuk menjadikan kulit supaya lebih flawless, glowing, dan cerah. Kulit Ayue bukan lah yang jenis bermasalah seperti acne dan parut jerawat.. Jadi Ayue cuma fokus untuk mengembalikan seri muka Ayue ni. Tapi anda yang ada masalah acne tu  boleh lah cuba juga sebab Ayue tengok testimoni semua jadi elok balik kulit mereka. Mana lah tahu serasi dengan kulit anda juga.


Yang paling penting, sebelum memilih untuk bertukar kepada sebarang produk skincare yang lain. WAJIB pastikan yang produk baru tu selamat digunakan. Macam Leaf & Herb ni. Ia dijamin 100% tiada merkuri dan bahan kimia terlarang. Malah tiada paraben dan tiada hydroquinone. Selamat untuk digunakan dan ada kelulusan KKM lagi. Halal pula tu. Kesannya boleh nampak seawal 5 hari tau. Kulit nampak lebih cerah dan glowing seawal 5 hari.




Untuk anda yang ingin cuba juga produk Leaf & Herb ni, boleh layari website mereka :
FB : https://www.facebook.com/leafandherb/
IG : https://www.instagram.com/leafandherb/

Atau Whatsapp mereka di 013-885 9897.


Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

Beblum Micro Stroller Review

$
0
0
Assalamualaikum. Salah satu baby gear yang paling penting pada Ayue adalah stroller. Yes, stroller sebab baby ni unpredictable. Bila-bila masa je dia boleh berubah angin, dan nak duduk. Sebelum ni memang Ayue dah ada stroller. Cuma yang kali ni Ayue nak share dengan anda stroller yang sangat bagus dan anda boleh consider untuk beli sebabnya stroller ni COMPACT, RINGAN dan CABIN SIZE.

Ayue tahu, ramai parents sekarang ni yang prefer stroller yang cabin size kan supaya mudah untuk dibawa travel. Sama lah Ayue pun. Ciri-ciri utama yang Ayue cari adalah compact dan cabin size. Bila dah compact, mesti lah akan ringan. Mudah nak dibawa ke mana saja. Takda lagi masalah yang cakap stroller ni berat nak angkut bila travel tau.

Tapi selalunya stroller-stroller yang ada ciri-ciri Ayue sebutkan tadi mesti mahal. Ada yang sampai beribu! Aduhai, tak mampu lah Ayue nak beli stroller sampai beribu tu, carseat pun dah berapa harganya kan. Campur dengan stroller lagi, pening kepala ayah nak fikir. Baby ni bukan sikit-sikit duit nak pakai. Jadi kenalah cari yang lebih affordable, tapi masih mempunyai ciri-ciri yang Ayue sebutkan tadi.



Beblum Micro Stroller

Beblum Micro Stroller ni lah yang Ayue berkenan sangat tu. Ada semua ciri-ciri yang Ayue nak. Bukan tu je, harga nya tersangat lah affordable compare dengan harga stroller lain dipasaran. Beblum Micro ni asalnya daripada Netherlands. Berat nya hanya 5.5kg tau! Lagi ringan daripada berat stroller Ayue sekarang ni. Lagi senang lah nak angkut pergi mana-mana.


Ayue suka designnya yang luas ni sebab baby lagi banyak ruang boleh sandar dan kalau anda perasan, design dia macam hammock (buaian) kan? Baby yang biasa tidur buaian tu mesti suka punya lah. Rasa macam tidur dekat rumah pula, selesa pun selesa. Baby dari 6 bulan yang dah boleh duduk, dah boleh guna stroller ni dah. Baby newborn tak boleh ye sebab stroller ni tak boleh recline. Dia hanya ada satu posisi iaitu sandar. Dan stroller ni boleh guna sehingga anak seberat 20kg (lebih kurang 4 tahun). Qaayed pun seronok je bila naik stroller ni. Selesa betul agaknya. Dia takda meragam ke apa.


Yang bestnya, punya lah comel stroller ni sampai beg dia bila Ayue bawa, dah macam Ayue bawa handbag pula. Haha. Comel kan? Beblum Micro ni dah siap ada bag nya sendiri. Jadi lepas je pakai stroller tu, anda boleh lipat dan masukkan ke dalam beg ni. Bila guna stroller pula beg tu boleh lipat dan masukkan ke dalam ruang belakang stroller. Settle dan kemas. Tak pakai banyak ruang pun. Dalam kereta pun Ayue boleh letak tepi carseat je. Tak kacau ruang lain especially bonet.


 

Kami pakai myvi je. Kalau beli stroller yang besar gedabak, makan space sampai ke bonet, nanti macam mana nak letak barang lain? Nak balik kampung mana nak letak bag? Nak pergi supermarket mana nak letak plastik? Haa, semua tu kena fikir tau sebelum nak beli stroller. Jangan menyesal kemudian hari. Beli stroller cantik-cantik, trendy, fashion, tapi akhirnya menyusahkan diri sendiri.  Lagi pun stroller ni boleh pakai sampai anak berat 20kg, banyak tahun boleh pakai. Jimat banyak dah rasanya. Betul tak?



Lagipun Ayue selalu keluar berdua saja dengan Qaayed tanpa suami. Jadi kena lah cari stroller yang mudah dan ringan untuk Ayue handle. Macam Beblum Micro ni, ia hanya perlukan dua step saja untuk fold. Sangat praktikal. Kalau Ayue naik public transport pun takda masalah sebab tak makan space dan mudah untuk menyelit dalam orang ramai. Nak lalu dekat kaunter pun senang.

Ada banyak lagi ciri-ciri Beblum Micro ni yang best. Ayue list kan di bawah ni ya :
  • From 6 months to 20kg (Approx. 4 years)
  • Stroller weight: Only 5.5kg So Light!
  • Cabin size
  • Easy to store and use “Carry Bag”
  • Front swivel wheels
  • Light as feather
  • Perfect for city strolling
  • Self standing when folded
  • Shopping Basket
  • Ultra compact fold
  • 32cm (w) x 32cm (h) x 16cm (d) (Folded)
  • 47.5cm (w) x 100cm (h) x 62.5cm (d) (Unfolded)







Ni Ayue tunjuk kan sekali video cara unfold stroller ni ya supaya anda dapat gambaran betapa mudahnya Beblum Micro ni. Siap boleh berdiri sendiri bila folded tau.




Oh ya, Beblum Micro ni adalah salah satu stroller paling kecil dan paling padat yang boleh didapati di pasaran tau. Bila dah siap masuk bag, size dia sama besar dengan Qaayed je. Hehe. Comel betul.

Harga dia? Murah je! Sekarang ada promosi RM599!! Haa, percaya tak? Stroller punya best macam ni harga RM599 je? Cepat-cepat lah grab ok? Ada warna Bleck, Grey, Red, dan Blue. Yang Ayue punya ni warna Grey. Smart kan? Sesuai lah dengan Qaayed. Nanti kalau Qaayed ada adik girl pun sesuai juga naik stroller ni. Cewah.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : https://www.beblum.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/beblummalaysia/
Facebook : https://www.facebook.com/Beblum-1527608447331771/



xoxo,

post signature

Bantal Leyna

$
0
0
Assalamualaikum. Lepas je jadi ibu ni, terus terang Ayue cakap yang tidur malam Ayue tak pernahnya lena. Ada ke ibu yang ada anak kecil tidur lena malam-malam? Haha. Mesti tak juga kan. Baru nak lena, anak dah menangis nak susu. Memang tak sempat nak lena langsung. Ayue pula jenis yang susah nak tidur. Kena mengelamun dulu, scroll phone atas bawah atas bawah, baru boleh lena. Tapi lepas Ayue beli bantal hotel Leyna ni, tak dan nak scroll dah, tau-tau dah nyenyak dibuai mimpi. Lama lah sikit dapat tidur berbanding dulu.


Saja lah Ayue nak share dengan ibu-ibu kat luar sana yang ada masalah sama macam Ayue ni sebab Ayue faham sangat macam mana penat dan stress nya bila kita tak dapat tidur yang berkualiti. Qaayed pula dah makin besar, waktu tidur dia tak macam dulu dah. Makin kurang tidur dan banyak main. Jadi bila Qaayed tidur tu, Ayue pun kena tidur sama supaya Ayue tak terlalu penat nak jaga dia. Bila kita terlalu penat, emosi kita tak stabil. Asyik nak marah anak je. Nanti anak pun tak seronok nak main dengan kita. Betul tak?



Dah lama sebenarnya Ayue tak beli bantal baru ni. Sejak dari zaman bujang lagi. Qaayed pun dah nak dekat setahun. Bayangkan lah berapa lama tak ganti bantal? Haha. Bantal sekarang pula jenis kekabu. Mana boleh basuh, just boleh jemur je bawah matahari. Pakai lama-lama tak best dah sebab dah tak rasa fresh and ada bau sikit.

Suami Ayue pula resdung yang tahap kritikal tu. Pantang ada habuk sikit mesti bersin macam nak tercabut hidung. Bergegar rumah. Jadi memang tahap wajib beli dah bantal tidur baru ni. Alang-alang nak beli, suami kata beli lah bantal tidur terbaik punya terus. Bantal yang ala-ala hotel tu. Baru syok nak tidur. Ayue pun survey lah apa lagi. Last-last jumpa dengan Bantal Leyna by FleNaz ni. Seriously cantik sangat kan design bantal ni? Eksklusif habis. Tak payah pakai sarung bantal luar pun dah nampak cantik dah.



Sarung bantal Leyna ni pun guna fabrik cotton yang lembut. Nak baring pun rasa selesa je. Tengok lah siap ada piping lagi tepi bantal ni. Sebab tu Ayue kata tak payah pakai sarung bantal lain dah. Sarung bantal Leyna ni sendiri dah cukup. Sesuai dengan tema bilik Ayue.

Tepi sarung ni pula ada zip dimana Ayue boleh laraskan kegebuan bantal. Macam Ayue, Ayue jenis yang suka bantal tinggi. Jadi bantal Leyna ni dah ok sangat dah dengan citarasa Ayue. Itu yang cepat je lena bila tidur dengan bantal ni. Suami Ayue pula suka bantal rendah. Jadi nak adjust ketinggian bantal tu, Ayue keluarkan sikit polyester dalam tu supaya suami Ayue dapat tidur nyenyak. Selesa dan tak panas.




Ayue ingat nak sambar lagi seketul untuk Qaayed sebab dia suka betul bergomol dengan bantal ni. Asyik berebut dengan ibu ayah je.





Ayue tertarik dengan bantal Leyna ni sebab dia lembut gebu gebas macam bantal hotel tu haa. Yang penting dia tak guna kekabu! Kalau kekabu, awal-awal suami dah reject dah sebab bantal kekabu ni banyak habuk, banyak ulat yang boleh membiak dalam bantal tu tanpa kita sedar. Dah lah tak boleh basuh, macam mana nak mati kuman kan. Macam bantal Leyna ni, dia guna isian polyester yang berkualiti tinggi. Jadi bila kita baring tu, rasa bahu dengan kepala tu terletak je. Itu yang cepat je lena tu. Lagipun polyester tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal tu menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.

Kalau dulu, kejap-kejap Ayue kena jemur dan tepuk-tepuk bantal sebab nak bagi hilang bau lembab dan debu. Tapi lepas ada bantal Leyna ni, Ayue masuk je terus dalam mesin basuh bila nak bersihkan. Lepas cuci, bantal jadi bersih dan cepat je kering. Macam bantal baru! Macam ni baru lah hygiene kan. Takda lah risau nak bagi Qaayed baring dekat bantal ni. Suami Ayue pun takda lagi dah bersin-bersin bila nak tidur sebab takda debu dekat bantal. Anda yang ada masalah resdung atau asma tu wajib tukar ke bantal Leyna ni tau.


Tergoda tak nak beli? Haha. Bantal gebu ala hotel macam ni mesti anda ingat mahal kan? Sebenarnya harga bantal hotel Leyna ni murah je. RM39 sebiji. Mana nak dapat bantal hotel murah macam ni kan? Dah lah bantal ni nampak eksklusif, kualiti terbaik, ringan senang nak bawa ke mana-mana, selesa pula tu. And bantal Leyna ni diperbuat terus dari kilang tau, bukan bantal second hand. Haa, murah ke tak?



Kalau anda nak beli, make sure anda beli direct dari agen FLENAZ yang berdaftar sahaja tau. Tidak dijual dimana-mana hypermarket atau kedai. Masa nak beli tu tengok ada label/tag FleNaz, baru beli sebab yang tu original. Kalau nak beli dengan Ayue pun boleh. Haha. Nanti dah dapat bantal jangan terkejut tau sebab bantal Leyna ni dalam plastik dia kempis je kena compress. Tapi bila dah buka, nanti dia jadi gebu gebas. Boleh tengok video dekat bawah ni macam mana nak bagi bantal Leyna ni gebu ok.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website >> http://bit.ly/2KGUTQA
Agen >> http://bit.ly/2OmAdzA
facebook >> http://bit.ly/2McUlqA
instagram >> http://bit.ly/2M9Z259


xoxo,

SGshop National Day Promotion 2018

$
0
0
Assalamualaikum. Siapa yang follow Ayue dekat instagram memang tahu yang Ayue suka sangat share macam-macam info tentang baby especially apa yang Ayue sendiri pernah lalui, or barang-barang yang Ayue pakai. Biasalah, first mom kan, semua benda jadi excited. Qaayed pula jenis yang suka makan, jadi selalunya benda yang Ayue share berkaitan dengan makanan.


Hari tu masa Ayue tunjuk sneak peak apa yang Ayue beli dekat SGshop Malaysia ni, ramai sangat mommy yg DM tanya dekat Instagram mana nak beli barang-barang ni semua. Especially Baby Silicone Tray tu. Mesti mommy suka tengok makan tersusun elok dalam tray tu kan. Qaayed pun suka je makan dari tray tu, lagi lah tempting nak beli, betul tak? Sajalah Ayue tambah lagi tray makan Qaayed ni sebab nak bagi dia enjoy makan. Bosan lah kalau asyik tray sama je kan. Kali ni Ayue beli dari Sgshop Malaysia pula. Walaupun dari China, tray ni Ayue dah cek, dia plasticizer and BPA-free. Jadi Ayue tak risau lah.


Lepas tu ternampak pula baju, kasut dengan stokin yang cantik and murah gila. Stokin tu 5 pasang RM6+ je tau! Confirm lah beli sebab berbaloi-baloi. Kebetulan kaki Qaayed memanh dah panjang sikit, dah tak muat nak pakai stokin dia yang lama tu. Jadi Ayue borong lebih sikit stokin ni. Dah la murah, cantik pula tu. Kalau dekat Malaysia ntah berapa agaknya harga dia sebab kualiti kain stokin ni bagus tau. tak nipis pun. Sedang elok pakai dekat kaki.


Baju pula jangan cakap lah. Memang forever tak kan habis. Ada je baju yang nak dibeli bila nampak baju baru. Lagi-lagi yang comel dan susah nak dapat dekat Malaysia. Kalau ada pun mesti mahal. Beli direct China confirm murah. Lagi pun baju baby ni diorang sekejap je pakai, kena banyak kali beli. So kena lah beli yang affordable sikit, tapi still nampak cantik.




Anda tergoda tak? Haha.

Anda kalau nak beli juga, SGshop ada buat National Day promotion dimana anda kena buat 1st payment dari 28 Aug -31 Aug 2018 untuk menikmati :
RM 10 untuk pembelian produk di atas RM 199
RM 20 untuk pembelian produk di atas RM 299 dan
RM 30 untuk pembelian produk di atas RM 399


Bukan tu je, siap FREE service charge tau. Haish, banyaknya dapat jimat. Boleh tengok sini untuk maklumat lanjut : https://www.sgshop.com.my/news?id=269

Kalau nak lagi jimat, Masukkan code 'AYUEXSGSHOP18' untuk dapatkan diskaun 10% international shipping pula. Siapa tak grab promo ni memang rugi sangat ok.

Ni list semua produk yg Ayue beli tu. Mana lah tau ada yang berkenan nak beli juga kan. Happy Shopping!

  1. https://bit.ly/2vYo9hm
  2. https://bit.ly/2MErwUg
  3. https://bit.ly/2vZzX2V
  4. https://bit.ly/2nQGRD0
  5. https://bit.ly/2N5ja55
  6. https://bit.ly/2MG8L2B
  7. https://bit.ly/2LfVZmC
  8. https://bit.ly/2LfWey2
  9. https://bit.ly/2MnT0hs
  10. https://bit.ly/2L8VEC9



xoxo,

post signature

Review | Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color

$
0
0
Assalamualaikum. Dah berkurun rasanya Ayue tak share tentang produk kecantikkan dekat blog Ayue ni. Maklumlah, makin sibuk dengan anak. Tapi untuk produk Mary Kay yang terbaru ini, memang Ayue excited sangat share dengan anda sebab Ayue gerenti anda mesti suka punya lah. Baru-baru ni Mary Kay ada mengeluarkan produk kosmetik baru iaitu Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color.


Kalau dilihat dari segi packaging, pada Ayue packaging Mary Kay At Play ni memang sangat simple. Takda tanda warna dekat luar kotak, hanya label warna. Jadi anda kena tengok betul-betul. Rekabentuk botol liquidnya pun sederhana. Tapi mudah nak lihat warnanya sebab keseluruhan botol botol nampak lipstick tu warna apa. Takpa lah, yang penting isi dalam nya kan?


Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color ni ada 6 warna semuanya. Keenam-enam warna ni sesuai untuk dipakai seharian tak kira pagi atau malam. Jadi anda tak payah cari lip color lain dah. Haha. Ayue dah cuba semua warna tau dan seriously, Ayue suka gila! Bukan saja warnanya yang cantik, tapi sebab bibir Ayue yang kering dan selalu terkopek ni pun nampak lembab dan tak kering macam selalu.




Untuk orang yang bibir kering, nak pakai liquid lipstick jenis matte finish adalah sesuatu yang nightmare sebabnya bibir mesti nampak lagi kering, pecah-pecah, dan tak smooth. Lagi kita touch uplagi buruk jadinya kan? Kena wipe bersihkan dulu, apply lain baru nampak cantik. Tapi Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni tak macam tu sebab ia mempunyai flexible coverage dengan matte finish tanpa membuatkan bibir kita nampak kering.

Bukan tu je, lipstick At Play ni juga mampu mengawal minyak dan sinar selama 8jam tau. Selalunya anda yang mempunyai masalah bibir kering mesti sapu lipbalm dulu sebelum apply lipstick, betul? Kadang-kadang lipstick matte tu pun dah tak nampak matte sangat dah sebab lipbalm tadi dah macam oily bersilau-silau. Tapi dengan Mary Kay At Play ni tak tau. Even Ayue dah pakai lipbalm, elok je kejadian matte nya dia bibir Ayue ni haa.


Paling Ayue suka adalah bila pakai lipstick ni, Ayue rasa macam tak pakai lipstick pula sebab aduhai, terasa ringan sangat di bibir Ayue ni. Ayue hanya apply nipis saja pun dah memadai. Elok je dia serap kat bibir Ayue ni. Matte lipstick yang lain selalunya akan buat bibir Ayue rasa tebal tau. Dah lah cepat kering, tebal pula. Sebab tu Ayue suka betul dengan Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni.

Lipstick Mary Kay At Play ni juga telah diuji secara dermalogoly dan klinikal untuk menguji kerengsaan kulit dan alergi. Ia juga Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori), sesuai untuk kulit sensitif, fragrance free dan oil free.

Antara warna yang ada dalam koleksi Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni adalah Taupe That, Pink It Over, Pink Shock, Neon Nectarine, Red Siren dan Vivid Violet. Yang mana satu menjadi pujaan hati anda? Hehe.



Dalam keenam-enam warna ni, of course lah Ayue ada yang favourite kan. Selalunya Ayue akan pilih nude colour atau warna-warna yang selamat dipakai untuk setiap masa. Tapi kali ni, selain dari warna yang macam tu, Ayue suka pula warna merah-merah. Sebab Ayue rasa macam sesuai pula dengan kulit Ayue ni? Haha. Warna-warna ni semua sangat sesuai dengan apa jua tona kulit sebenarnya. Itu yang warna merah pun Ayue rasa cantik dengan kulit Ayue ni. Anda rasa yang warna mana nampak sesuai dengan Ayue? Ayue suka Taupe That untuk siang hari dengan Red Siren untuk malamnya!



Sekarang nak pakai lipstick tak risau lagi dah. Sap sap soi je siap. Tak payah nak touch up lama-lama. Texturenya pun sangat lembut, senang nak apply. Tahan lama pula tu even Ayue dah hentam macam-macam. Of course lah warna dia akan fade sikit. Tapi still, tak hilang. Tetap maintain berlipstick. Setakat ni Ayue hanya apply sekali saja. Tak payah nak reapply lagi bila keluar sebab lipstick ni tahan lama.


Haa, mesti anda dah tak sabar nak tahu harga lipstick ni kan? Kalau Ayue beritahu mesti anda tak percaya sebab murah sangat kalau nak dibandingkan dengan kualiti yang diberi. Harga sebotol Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour (6.5g) ni hanya RM39 saja. Boleh beli dekat mana-mana Beauty Consultant Mary Kay. Jadi takda lagi alasan untuk anda beli produk-produk fake dekat luar sana yang boleh membahayakan kesihatan anda. Beli saja lipstick Mary Kay ni. Dijamin selamat dan sangat berkualiti. Puas hati lah beli.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultant 03-77117500 atau layari :

Rawat bintik hitam dengan NUViT Dermal White Series

$
0
0
Assalamulaikum. Minggu lepas Ayue baru saja pindah dari Shah Alam ke Sepang sebab suami Ayue kerja di Sepang. Jadi dekat sikit lah perjalanan dia nak ke tempat kerja tu. Ayue pun ikut sajalah, cuma yang masalahnya, Sepang ni panas. Lagi-lagi kawasan rumah Ayue tu dekat dengan pantai, lagi lah panas jadinya. Ayue pula tahun depan nak masuk umur 32 tahun, dark spots pun dah mula muncul tanpa segan silu.

Untuk anda yang tidak tahu, dark spots ni muncul bila kita terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan. Kulit kita akan mengeluarkan melanin akibat dari sinaran UV. Lagi lama kita terdedah dengan cahaya matahari, lagi banyak lah melanin yang akan terhasil. Benda ni lah yang menyebabkan tona kulit kita tak sekata, malah dark spots dan jeragat pun akan muncul dengan jayanya. Sebab tu pentingnya penggunaaan sunscreen dalam regime skincare harian kita tau.


Ayue memilih untuk mencuba Siri NUViT Dermal White kerana ia direka khas untuk mencerahkan kulit, memperbaiki kulit yang tidak sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam dengan menggunakan 5 bahan utama yang dipanggil B-Trans5™. Ia berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Malah kesan pencerahannya dapat dilihat seawal 3 hari dan mampu menghilangkan bintik hitam dalam masa 14 hari. B-Trans5™ ni juga adalah tanpa alkohol dan tidak allergic.

5 bahan utama B-Trans5™ adalah:
  • Asid Tranexamic - Mengurangkan aktiviti tyrosinase
  • Daisy Flower Extract - Mengurangkan pengeluaran melanin
  • Vitamin E - Pembaikan kulit dan antioksidan
  • Vitamin B3 - Mengelakkan pemindahan melanin
  • Vitamin C - Mengurangkan melanin

Siri NUViT Dermal White ni mempunyai 3 produk iaitu Brightening Spot Correcting Serum, Brightening Essence Fluid dan Brightening Spot Corrector. Dengan 3 langkah mudah, iaitu Spot, Entire dan Enhance, ia mampu mengawal jerawat dan depigmentasi.



SPOT - Brightening Spot Correcting Serum
Ia adalah agen depigmentasi yang memberi fokus kepada kawasan yang anda ingin rawat. Ia membantu mengurangkan pengeluaran melanin dan mencerahkan kawasan yang bermasalah. Ia juga dapat membantu dalam pengurangan bintik hitam, jeragat, sunburn dan mencerahkan kulit. Tekstur Brightening Spot Correcting Serum ini tidak melekit, ringan, mudah meresap, segar dan berbau harum bunga. Sesuai untuk semua jenis kulit.




Cara penggunaan :
Sapu ke kawasan bermasalah selepas mencuci muka. Dua kali sehari.



Harga :
NUVIT Dermal White Brightening Spot Correcting Serum (15ml)
RM69.90


ENTIRE -Brightening Essence Fluid
Ia berfungsi untuk menyeimbangkan tona kulit, mencerahkan kulit, dan membuat kulit menjadi lebih glowing. Mengandungi Dermal Rx® SRC, metabolizer keratinocy yang dapat mencerahkan kulit dengan cepat. Teksturnya seperti gel, sangat ringan, cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Cara penggunaan :
Sapukan pada keseluruhan muka dan leher selepas mencuci muka untuk pencerahan yang sekata. Siang dan malam, dua kali sehari.




Harga :
NUVIT Dermal White Brightening Essence Fluid (30ml)
RM76.90


ENHANCE - Brightening Spot Corrector
Krim ni fokus kepada dark spots atau sun spots dengan kesan yang dapat dilihat dengan cepat. Ia dapat mengurangkan bintik hitam, melindungi kulit dari sinar UV dan mempunyai kesan antioksidan yang kuat boleh menjadikan kulit lebih halus dan sempurna. Menariknya, ia dapat memperbaiki kulit yang tidak sekata dengan serta-merta dan memberi kesan glowing. Teksturnya pula lebih pekat dan agak melekit. Jadi sedikit saja penggunaan sudah memadai.




Cara penggunaan : 
Sapu pada dark sports area, dua kali sehari siang dan malam.



Harga : 
NUVIT Dermal White Brightening Spot Corrector (15ml)
RM59.90

Bawah ni Ayue senaraikan panduan yang boleh anda ikut supaya anda tahu produk yang mana sesuai dengan anda mengikut jenis masalah kulit. Untuk anda yang ingin menggunakan ketiga-tiga produk ini, anda boleh guna dengan turutan produk berikut :
Brightening Spot Correcting Serum → Brightening Essence Fluid → Brightening Spot Corrector




Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website : http://www.nuvit.com.my
Instagram :@nuvitmy
Facebook : Nuvit.Malaysia


xoxo,

post signature

Umee Bottle Review | Botol Susu Anti Kolik

$
0
0
Assalamualaikum. Colic atau kembung perut adalah nama yang diberikan apabila keadaan bayi anda menangis untuk lebih lama daripada 3 jam setiap hari, lebih daripada 3 hari seminggu. Sepanjang Qaayed membesar ni, so far baru 2 kali dia kembung perut, itu pun sebab salah makan. Ayue cuba makanan baru dekat dia and dia tak serasi dengan labu . Tapi ada juga baby yang kembung perut sebab menyusu kan?

Sebab tu Ayue selalu titik berat kan botol apa yang Qaayed pakai supaya tak jadi hal kembung perut. Penat tau melayan kerenah anak yang kembung perut ni, semua benda tak kena, menangis saja. Nak buat kerja lain pun tak senang hati tengok anak menangis. Betul tak? Malah salah satu benda penting yang Ayue sibuk study masa nak jadi ibu dulu adalah jenis botol susu dan putingnya. Yela, lain anak lain citarasanya. Sebagai ibu, Ayue mestilah nak yang terbaik untuk Qaayed.


Dah berbulan dah sebenarnya Qaayed pakai botol brand Umee ni. pertama kali pakai je memamg Qaayed dah jatuh hati. Mungkin sebab botolnya jenis wide neck. Qaayed sejak dari lahir memang dah pakai wide neck botol. Jenis puting yang lebar, sebab tu agaknya dia cepat serasi dengan botol Umee ni dan takda masalah langsung nak hisap susu.

Gift set yang Ayue dapat ni dari baby newborn (0+ bulan) lagi dah boleh guna sampai lah stage 3 (6-12bulan). Tapi kalau jenis baby yang macam Qaayed, dia jenis tak suka puting lubang besar. Even dah setahun ni dia masih guna lubang size S sebab bila Ayue bagi size M, dia cepat tersedak and reject botol susu. Trust me, bottle strike is not fun! baby tak nak minum susu guna botol tau. Kesian dia. Takpa lah pakai size S pun janji dia minum susu habis dan kenyang tak tersedak.


So gift ni memang sesuai untuk diberi sebagai hadiah untuk kawan-kawan yang ada baby baru tu sebab dalam dia ada set siap-siap dah untuk baby pakai dari lahir. Dalam set ni ada :

  • 2 x 260ml bottle with Stage 2 Nipple
  • 2 x 160ml bottle with Stage 1 Nipple
  • 1 x Stage 3 Teat
  • 1 x Stage X Cut Teat
  • 1 x Insulated Cover 160ml
  • 1 x Insulated Cover 260ml
  • 1 x Capsule Formula Dispenser





Nampak tak, lengkap semua kan. Sehari Qaayed akan pakai 6 botol. Ayue memang jenis suka pakai botol banyak. And semua dia paling suka bila Ayue bagi botol susu Umee ni. Untuk permulaan boleh bagi botol size 160ml dulu. Bila Qaayed dah makin besar, Ayue bagi pula botol 260ml. Ayue pula memang suka sebab kapasiti botol ni besar berbanding botol lain. 9oz terus boleh buat. And yang bestnya, set ni didatangkan sekali dengan insulated cover dimana suhu susu dalam botol tu akan tahan lebih lama. Bagus sangat untuk baby yang jenis nak minum susu suam je macam Qaayed tu. Huhu. Dia paling pantang susu sejuk, memang dia taknak. Bila ada insulated cover ni, lega lah sikit Ayue.



Umee bottle ni diperbuat daripada PPSU. Warna dia macam grey. Mudah untuk ibu-ibu lihat bila nak buat susu dan berbentuk ergonomik. Qaayed takda masalah langsung nak pegang botol sendiri even dengan insulated cover tu. Cuma, masa mula-mula guna Umee bottle ni, Ayue kekok sikit sebab dia ada lebih part berbanding botol biasa. Ada tambahan ring anti colic air vent. Benda ni lah yang membantu untuk mengelakkan baby kena kolik. Menarikkan sebab anti colic sistemnya adalah pada botol, bukan pada puting.



Reka bentuk air vent yang unik ni membolehkan udara memasuki botol dan mengurangkan gejala kolik malah dapat membantu baby untuk mengawal aliran cecair yang dihisap. Part ni kena basuh elok-elok tau untuk elak leaking dan incase ring ni dah tak boleh guna, anda boleh beli dekat link yang Ayue letak dekat bawah ni.


Untuk puting pula, dalam gift set ni ada semua size puting termasuk stage X. Jadi anda boleh lah cuba semua size puting bila baby makin membesar. Formula Dispenser dia pun smart sangat bentuknya. Senang nak tuang susu dan senang nak basuh juga. Ada 3 bahagian susu yang boleh diisi.


Apa yang Ayue perasan bila guna Umee bottle ni, Qaayed akan hisap sampai ke titisan akhir berbanding botol lain sebab selalunya Qaayed mesti tinggalkan sikit susu dalam botol dia. Lebih kurang 1oz macam ni. Ayue pun tak pasti kenapa. Bila suruh habiskan dia taknak. Tapi bila Ayue buat susu kurang 1 oz pula, dia marah sebab tak cukup. Pening kepala dibuatnya. Sebab tu bila dia minum guna Umee bottle, Ayue suka sebab habis licin each and everytime.




Oh ya, kalau anda ada nampak botol jenama Joovy Boob dari US, jangan terkejut pula bila tengok botol tu sebiji macam Umee. Ia adalah botol yang sama, cuma branding berlainan. Jangan ingat fake pula tau. Anda bole baca review mommy lain yang pernah gunakan botol Joovy Boob ni.


Lagi satu yang Ayue nak recommed untuk anda beli adalah U-COOL Straw Cup ni. Seriously memang berbaloi sangat sebab Qaayed suka minum air masak dari straw cup ni. Mungkin sebab bentuk botolnya macam penguin, comel sangat  kan.




Senang nak pegang, senang nak sedut air, mudah dibasuh, dan yang paling penting, bentuk dia sangat menarik perhatian baby untuk dipegang dan minum. Mudah nak ajar anak minum air masak lepas ni. Berkenan tak? Cepat beli ok?




Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari :
https://www.koopers.co/category/brand/umee/


xoxo,

post signature

Fernleaf UHT MIlk | 100% Mmmmm

$
0
0
Assalamualaikum. Bila sentuh bab susu ni, Ayue memang cerewet sikit. Tak semua susu Ayue boleh minum. Even masa mengandung pun Ayue hanya boleh minum fresh milk. Susu tepung memang reject terus. Tapi bila Ayue cuba susu Fernleaf UHT ni, terus jadi salah satu susu kegemaran Ayue. Nak tahu kenapa?


Ok, susu fresh ni, even dia susu lembu, tapi semuanya mempunyai rasa yang berbeza. Trust me, Ayue dah cuba dah Ayue tau susu yang mana yang sedap dan boleh diminum begitu saja tanpa ada hanyir kemudian dan tanpa perlu perasa tambahan pun! Susu Fernleaf ni memang sedap diminum begitu saja terutama bila ia sejuk. Fuh, makan pula dengan cornflakes ke, buat smooties ke, even masukkan dalam masakan pun sedap tau.


Susu Fernleaf UHT ni sedap dan lain daripada yang lain sebab ia diperbuat dengan 100% Susu dari New Zealand. Untuk anda yang tak tahu, New Zealand ni merupakan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu berkhasiat dan berkualiti tinggi sebab tanah dia sangat subur dengan kadar hujan dan cahaya mataharinya yang banyak. Lembu tenusu di New Zealand semua bebas meragut rumput yang berkualiti tinggi tanpa berkurung dalam kandang.


Malah lembu tenusu di New Zealand mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain sebab lembu mereka menghabiskan masa 90% untuk meragut rumput secara bebas. Bayangkan seharian mereka meragut rumput je dengan hati riang. Masa tak subur? Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udaara dan air yang bersih, lembu tenusu di New Zealand menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.


Bukan tu saja, mereka juga mempunyai pakar tenusu dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan pada pengguna. Sebab tu lah bila anda rasa susu Fernleaf UHT ni, rasa dia sedap sangat! 100% Mmmmm!!.


Susu Fernleaf UHT ni datang dalam 3 variasi iaitu full cream, low fat dan chocolate. Dan boleh didapati dalam 1 Liter dan pek 200ml. Favourite Ayue mesti lah full cream! Anda pula suka yang mana?


xoxo,


post signature

What is SGshop, Why SGshop and series of promotion for 11.11

$
0
0
Assalamualaikum. Sejak dah tahu shopping barang dari China ni, memang semua barang yang Ayue nak beli Ayue akan survey barang dari China dulu untuk tahu harga dan bandingkan. Obviously barang borong dari China ni lagi murah selalunya and hampir setiap bulan ada saja benda yang Ayue beli dari China tau. Website yang sentiasa Ayue terjah untuk shopping barang dari China adalah SGshop.

Ayue dah pernah cerita tentang SGshop ni dulu. Tapi nak cerita lagi sekali bagi anda betul faham dan tahu kenapa Ayue sentiasa pilih SGshop, dulu, kini dan selamanya. Haha.


Apa itu SGshop?
SGshop ditubuhkan sejak dari Ogos 2011 di Singapura. Mereka berkembang ke Malaysia pada Mac 2015 dan didaftarkan sebagai syarikat tempatan dibawah nama SGshop Ecommerce Sdn Bhd (1123326-T) yang pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China.


Kenapa SGshop?
Ok, Sgshop ni sebenarnya adalah agen Taobao di Malaysia. Siapa yang pernah singgah website Taobao mesti tahu yang Taobao ni ada banyak sangat barang yang cantik, tetapi dijual dengan harga yang sangat murah. Jauh beza harganya dengan pasaran di Malaysia tau. Berkali-kali ganda murahnya. Dan yang bestnya, website Sgshop ni dalam english saja. Bukan bahasa cina. Jadi tak pening nak translate tiap kali nak pilih barang. System Sgshop ni pun senang sangat-sangat. Ramai dah yang PM Ayue tanya tentang SGshop ni and Ayue sentiasa ajar anda yang tak tahu cara nak beli barang dalam SGshop tu bila Ayue free.

Tapi anda jangan risau sebab Ayue sendiri pun kadang-kala perlukan bantuan Customer Service SGshop juga tentang produk ataupun seller. Jadi Ayue terus live chat dengan mereka masa office hour. Alhamdulillah setakat ni semua benda yang Ayue musykil semuanya dapat diselesaikan tanpa masalah. Jadi jangan risau kalau nak beli brang dari SGshop ni sebab ia bukan scam ya. Alhamdulillah semua barang yang Ayue order setakat ni sampai dengan selamat.

Kalau anda nak beli barang dari China melalui Sgshop, sempena 11/11/2018 ni Sgshop ada buat promosi jualan 11.11.18 treasure hunt sepanjang bulan November ni bermula dari 1 November. Seriuosly ada banyak sangat promosi yang anda tak boleh lepaskan peluang ni. Ayue sendiri tak sabar nak tunggu promosi ni tau. Ayue dah siap wishlist dah nak beli apa sebab nak sampai masa tinggal nak masuk cart and bayar je. Hehe. Maklum lah, baru pindah rumah, banyak barang nak beli, kena lah membei dengan bijak dan murah ye tak?

Bawah ni Ayue senaraikan promosi-promosi yang Ayue sebutkan tadi:
Date: 1/11/2018 – 15/11/2018
Title: 11.11 Treasure Hunt


The theme for 11.11 sale 2018 is “Treasure Hunting”, the journey levels of promotions/games along the journey. There will also be a landing page that shows the whole journey and the details of each level of promotions/games. The details go as follow:

Date: 1/11/2018 – 30/11/2018
Title: Level 1 - Introducing “SHIOK!” Membership To You!


Introduction:
SHIOK! membership is a shipping incentive program to encourage users to ship parcels with heavier weight or larger volume. With subscription, users can enjoy the following privileges:
  • 30% Discount on International Shipping Fee for parcel weighed above 3KG.
  • No maximum cap for discount, the more you ship, the more you save.
  • No limitation for usage, you can ship with discount as many times as you want.
  • Prioritizing order fulfilment, your orders will be handled ahead of others.
  • Refer friends to get 100% rebate for subscription fee upon successful referral.

There are two types of subscription plan:
  • Subscribe 1 month @ RM18.80
  • Subscribe 1 year @ RM188.00 (RM15.67/month)

Promotion Type:
[Launch of new feature] & [refer friend to get full rebate]

Subscribe SHIOK! Membership for 1 month @ RM18.80 or 1 year @ RM188.00, then refer friends to subscribe SHIOK! during 1-30 Nov, upon successful invitation you will get full rebate (in SGreward) based on friends’ subscription amount. The more friends you refer, the more rebate you will earn!

For e.g. When you are within subscription, invite friend to subscribe 1 year @ RM188.00, you will get SGreward RM188.00; If you invite 5 more friends to subscribe 1 year @ RM188.00, you will get extra SGreward RM940.00; and it goes on.
Terms & Conditions:
  1. This activity is valid from 1st November 2018 to 30th November 2018;
  2. SHIOK! membership is a shipping incentive program to encourage users to ship parcels with heavier weight or larger volume, refer SHIOK! for more privileges;
  3. Referrer, the person who invites, must be in SHIOK! subscription period before sending out invitation;
  4. Referee, the person who is being invited, must subscribe and pay for SHIOK! membership within activity period;
  5. The invitation is considered successful when the subscription fee is paid by referee;
  6. Referrer can invite as many friends as possible, upon each successful invitation, rebate will be automatically added into referrer’s SGreward account;
  7. SGreward is like a shopping credit, it can be used to deduct item price, however it cannot be withdrawn, refer SGreward for more details;
  8. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.

Date: 1/11/2018 – 10/11/2018
Title: Level 2 - Pre-order for 11.11 discounted items


Promotion Type:
[Service Charge Discount for Buy-For-Me & Smartshop] 
Pre-order for 11.11 sales item during 1-10 Nov to enjoy 50% discount on service charge.

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid from 1st November 2018 to 10th November 2018;
  2. This activity is applicable to “Buy-For-Me” and “SmartShop” order only;
  3. You could enjoy the promotion only if you switch on “Pre-order” option;
  4. This activity is applicable to all international shipping methods;
  5. Purchase Order must be placed and paid within activity period to enjoy the promotion;
  6. Promotion is not applicable if Pre-order item be consolidated with other order into the same parcel;
  7. Refer Cost and Fees for more information;
  8. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.


Date: 1/11/2018, 3:00pm - 5:00pm
Title: Level 3 - Buy One Get One Free within 2 hours!


Promotion Type:
[Product Discount for Buy-For-Me]
Place “Buy-for-me” Purchase Order during 1st November 2018, 1500 hrs to 1659 hrs, type “Flash Sale” in the product page Remark column. For single purchase below RM50, will be entitled to an extra unit per item for free.

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid on 1st November 2018, 1500 hrs to 1659 hrs;
  2. This activity is applicable to Buy-for-me orders only;
  3. Purchase Order must be placed and paid within activity period to enjoy the promotion;
  4. Item unit price must be below RM50.00;
  5. Total price per order ID must be below RM50.00;
  6. The item unit price or total price per order ID changes above RM50.00 due to price discrepancy, will not be entitled to this activity;
  7. The free item will be exactly the same as the order choices;
  8. Customer shall bear both of the China Domestic Shipping Fee and the International shipping fee for both of the purchased item and free item; 
  9. The word “Flash Sale” must be inserted in the remark column under product page, before it is added into the shopping cart; 
  10. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.


Date: 2/11/2018 – 10/11/2018
Title: Level 4 - Money Money Come!


Promotion Type:
[Spend to earn points and SGreward]
Spend on purchase order, service charge or international shipping fee during 2-10 Nov to get 1 SGreward Shard for every RM1 spent. Shards can be used to redeem SGreward at the conversion rate of 20 Shards = RM1 SGreward

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid from 2nd Nov 2018 to 10th Nov 2018;
  2. 1 SGreward Shard is given for every RM 1 spent by SGshop Malaysia’s user;
  3. Conversion rate of 20 SGreward Shard = RM 1 SGreward; 
  4. SGreward can only be used to offset item price;
  5. Refer SGreward for more information;
  6. Check SGreward balance at Member Center;
  7. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.

Date: 6/11/2018 – 7/11/2018
Title: Level 5 - Grab Lucky Red Packet to win SGrewards!


Promotion Type:
[Play Mini game to win SGreward]
During 6-7 Nov, go to game page “Grab Your Lucky Red Packet!”, play game for free and unlimited entry to win prizes (RM10, RM5 and RM2 SGreward).

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid from 6th Nov 2018 to 7th Nov 2018;
  2. Each user has unlimited entry within 48 hours to grab the Red Packet, SGreward will be given away randomly; 
  3. SGreward can only be used to offset item price;
  4. Refer SGreward for more information;
  5. Check SGreward balance at Member Center;
  6. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.

Date: 8/11/2018 – 10/11/2018
Title: Level 6 - Lucky Slot!


Promotion Type:
[Play Mini game to win SGreward, Cash Voucher and Discount Code]
Free 3 entries each day to spin the 【Lucky Slot】from 8-10 Nov in game page “LUCKY SLOT!” to win several BIG Prizes.

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid from 8th Nov 2018 to 10th Nov 2018;
  2. Each user has 3 chances each day to “GO” lucky slot, prizes will be given away randomly; 
  3. Cashback RM100 SGreward is applicable for total spending up to RM500 in one purchase order;
  4. International shipping discount is applicable for “Buy-for-me” and “Smartshop” only, enter the specific promo code when submitting the delivery order (2nd payment);
  5. Cash voucher is applicable to use for international shipping off, enter the specific promo code when submitting the delivery order (2nd payment);
  6. SGreward can only be used to offset item price;
  7. Refer SGreward for more information;
  8. Check SGreward balance at Member Center;
  9. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.

Date: 11/11/2018
Title: Level 7 - Massive Product DISCOUNT & FREE Service Charge on 11.11!


Promotion Type:
[Service Charge Discount for Buy-For-Me & Smartshop]
Place order on 11 Nov for massive sales item with 100% discount on Service Charge.

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid on 11th November 2018;
  2. This activity is applicable to "Buy-For-Me" and “SmartShop” only;
  3. This activity is applicable to all international shipping methods;
  4. Purchase Order must be placed and paid within activity period to enjoy the promotion;
  5. Purchase Order placed within activity period cannot be consolidated into same parcel with other orders NOT placed within activity period, or the discount will not be applicable;
  6. Refer Cost and Fees for more information; 
  7. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.

Date: 12/11/2018 - 15/11/2018
Title: Level 8 - Surprise Non-stop with Free Service Charge!


Promotion Type:
[Service Charge Discount for Buy-For-Me & Smartshop]
Place order on 12-15 Nov with Free Service Charge.

Terms & Conditions:
  1. This activity is valid on 12th November to 15th November 2018;
  2. This activity is applicable to "Buy-For-Me" and “SmartShop” only;
  3. This activity is applicable to all international shipping methods;
  4. Purchase Order must be placed and paid within activity period to enjoy the promotion;
  5. Purchase Order placed within activity period cannot be consolidated into same parcel with other orders NOT placed within activity period, or the discount will not be applicable;
  6. Refer Cost and Fees for more information; 
  7. SGshop reserves the right of final explanation towards this activity.


Banyakkan? Haha. Ayue pun tak sabar nak shopping ni. Jimat berganda-ganda tau. Bukan senang ada peluang promosi kaw-kaw macam ni. Jom shopping sama-sama!



xoxo,

post signature

OXO Tot Feeding Set untuk Qaayed

$
0
0
Assalamualaikum. Ayue ni boleh dikatakan seorang ibu yang agak cerewet bila ianya sesuatu yang berkaitan dengan Qaayed. Ayue ingat lagi 6 bulan lepas masa Qaayed baru mula diperkenalkan dengan solid food, macam-macam ilmu baru yang Ayue kaji dan belajar semata-mata untuk pastikan Qaayed dapat yang terbaik sama ada makanan dan juga peralatan yang digunakan. Terbaik maksud Ayue bukan lah sesuatu yang mahal hargaya, tapi yang selamat untuk baby, praktikal dan mudah untuk baby kendalikan.


Qaayed dah mula baby-led weaning dari umur dia 8bulan lagi. Ayue sengaja ajar dia untuk makan sendiri supaya dia lebih berdikari, mempunyai kebebasan untuk memilih makanan yang hendak dimakan dan tidak menjadi seorang yang picky eater. Alhamdulillah so far memang Qaayed makan apa saja yang disajikan. Jadi bila dia berpindah dari fasa baby kepada toddler, Qaayed perlukan feeding set yang baru yang sesuai dengan umur dia. Bila Ayue diberi peluang untuk mencuba feeding set dari OXO Tot, Ayue excited sangat sebab Ayue memang ada wishlist barang baby yang Ayue nak belikan untuk Qaayed, dan OXO Tot adalah salah satu daripadanya, Nak tahu apa set OXO Tot yang Qaayed tengah guna sekarang? Ok, meh Ayue share.



4pcs Toddler Feeding Set
4pcs Toddler Feeding Set ni sudah cukup lengkap sebenarnya untuk keperluan harian Qaayed. Set ni ada semua benda yang Ayue perlukan.
  • 1 x Large Bowl
  • 1 x Plate Ring
  • 1 x Fork
  • 1 x Spoon





Tapi apa yang Ayue suka sangat adalah pinggannya mempunyai ring keliling yang membantu untuk toddler kaup makanan dari pinggan supaya tak tumpah. Menarikkan?Qaayed baru belajar nak guna sudu garfu, jadi kadang-kadang bila dia nak kaup nasi masuk sudu, mesti susah. Bila ada ring keliling tu, senang sikit nasi tu nak masuk dalam sudu. Mangkuknya pula besar dan memudahkan Ayue untuk letak pelbagai makanan didalamnya. Nak bawa travel pun senang sebab ia ada penutup yang sangat kedap. Masuk dalam diapers beg pun tak tumpah. Sudu dan garfu pula mempunyai pemegang yang efektif, Qaayed dapat pegang dan selesa menggunakan sudu dan garfu nya untuk makan. Tengok lah tu, macam pro kan? Haha.




Transition Sippy Cup Set 6oz
Sebenarnya sebelum ni Ayue pernah cuba beberapa kali untuk train Qaayed menggunakan sippy cup. Pelbagai jenama dah Ayue cuba tapi dia tetap tolak. Tapi bila Ayue bagi sippy cup OXO Tot ni, dia tak tolak pun tau. Ayue rasa mungkin sebab bentuk muncung sippy cup ni berbentuk almond dimana bila dia sentuh saja bibir pada muncung tu, ia akan terbuka. Jadi mudah lah untuk mereka minum. Menariknya, set sippy cup ni juga didatangkan dengan Training Lid yang menyerupai cawan orang dewasa. So bila Qaayed dah ready untuk guna cup nanti, Ayue akan tukarkan saja Training Lid ni. Best kan?






Roll Up Bib
Ok bib ni boleh dikatakan penyelamat para ibu sebenarnya tau sebab bib ni ada poket untuk kumpul makanan yang jatuh masa Qaayed makan. Toddler kan, makan mesti bersepah-sepah, kadang-kadang tu banyak yang ke lantai dari masuk mulut. Tapi bila pakai bib ni, makan yang jatuh ke dalam poket tu Qaayed boleh kutip balaik dan makan! Haha. Ayue tak risau sebab bib ni diperbuat daripada food-safe silicone. Berbaloi macam ni. Ibu pun tak pening nak kemas lepas Qaayed makan. Yang bestnya bib ni nampak je besa, tapi ia boleh roll jadi kecil dan simpan dalam diapers beg tau. Ayue memang bawa bib ni ke mana saja bila keluar. Jimat space dan senang nak bersih kan. Fabrik yang digunakan dekat keliling leher tu pula lembut saja. Malah bib ni boleh masuk mesin tau! Mudah berganda.





Baby Food Mill with Silicone Feeding Spoon
Walaupun Qaayed dah tak makan pureed food, tapi Ayue still guna fppd mill ni untuk prepare makanan Qaayed sebab Qaayed ni memang Ayue dah ajar untuk makan pelbagai, jadi menu dia sentiasa berubah-ubah. Kadng tekak melayu. kadang tekak western. Kalau dulu, bila Ayue nak buat flavoured yogurt guna fresh fruit, Ayue akan guna masher untuk mash fruit sebelum campur dengan yogurt, tapi sekarang Ayue guna food mill ni saja. Lagi senang dan lumat. Ibu-ibu yang masih bagi puree pada baby tu boleh gunakan food mill ni sebagai alternatif untuk food processor/blender. Lepas siap puree, boleh terus scoop makan dari atas je. Nak travel pun senang tau. Bawa je food mill ni, size pun kecil je. No hassle!




Macam mana? Menarik tak? Haa, sebab tu lah Ayue kata OXO Tot ni ada dalam wishlist Ayue sebab tengok lah, best kan barang-barang dia? Mommies kalau nak dapatkan produk OXO Tot ni boleh dapatkan di Happikiddo, The Babyloft, Sharing Babyland, Baby Tree Hause, Bebehaus dan banyak lagi kedai berhampiran anda.



xoxo,

post signature

Beli Rumah Teres Mampu Milik di Sepang, Selangor

$
0
0
Assalamualaikum. Untuk anda yang sedang mencari dan ingin membeli rumah di Selangor yang masih lagi murah dan mampu milik, entry ini adalah untuk anda. Ayue ada jumpa satu projek perumahan yang telah pun 80% siap di Taman Salak Lestari, Sepang yang dimajukan oleh Fitrah Properties Sdn. Bhd. . Tapi malangnya hanya tinggal 20 unit terakhir saja untuk teres dua tingkat dan 3 unit terakhir untuk teres satu tingkat. Jadi, kalau anda betul-betul mahu membeli rumah yang murah dan berbaloi, mari Ayue terangkan sebab-sebab utama mengapa anda perlu beli rumah di Taman Salak Lestari, Sepang ni.



Tanah Rizab Melayu
Pertamanya, Taman Salak Lestari yang berkeluasan hampir 4 ekar yang terletak di kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Mukim Labu ini adalah Tanah Rizab Melayu . Tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau Bumiputra bagi Negeri di mana tanah terletak. Jadi semua pemilik, penyewa, mahupun perniagaan yang akan dijalankan di situ mestilah dimiliki oleh orang Melayu saja. Bonus point untuk mereka yang selesa hidup dalam masyarakat Melayu.





Jenis rumah yang ditawarkan
Taman Salak Lestari ini mempunyai 55 unit rumah iaitu teres satu tingkat (17 unit) dan teres dua tingkat (35 unit). Dibawah ni Ayue ringkaskan butiran kedua-dua jenis rumah ini untuk rujukan anda.

Rumah Teres
Dua Tingkat
Setingkat
Size
20' x 67'-69'
20' x 67'
Luas Binaan
1960 kps
1150 kps
Bilik
4
3
Bilik air
3
2
Harga
RM440,000 hingga RM750,000
RM350,000 hingga RM650,000


Pelan Rumah Teres 2 Tingkat

Pelan Rumah Teres 1 Tingkat

Ayue sendiri telah ke rumah contoh teres dua tingkat di Taman Salak Lestari ini untuk melihat design  rumah yang dibina. Dari apa yang Ayue lihat, rumah teres dua tingkat ini mempunyai ruang tamu yang cukup luas untuk seisi keluarga.



Ruang tamu

Ruang tamu

Pintu dapur


Di bahagian bawah rumah ini juga mempunyai dapur, sebuah bilik , bilik air dan juga stor di bawah tangga.

Stor

Bilik bawah

Toilet bawah

Manakala bahagian atasnya pula mempunyai 3 lagi bilik termasuk bilik utama yang sedikit luas dari 2 bilik yang lain, ruang rehat keluarga dan balkoni. Bilik utama mempunyai bilik air tersendiri manakala 2 lagi bilik berkongsi bilik air.

Bilik tidur utama

Bilik tidur utama

Toilet Bilik tidur utama

Bilik tidur 2 & 3

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Toilet Bilik tidur 2 & 3

Ruang rehat keluarga

Ruang rehat keluarga

Balkoni

Tangga

Garajnya juga luas hingga boleh memuatkan dua biji kereta

Garaj

Corner lot


Kemudahan & Infrastruktur
Bila sebut saja Sepang, dalam kepala anda mesti ingat jauh sebab dekat dengan KLIA kan. Tapi ada banyak perkara yang orang ramai tidak tahu tentang potensi kawasan Taman Salak Lestari ini sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, Daerah Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan pinggir bandar yang paling pesat membangun di Malaysia. Atas sebab inilah pihak Fitrah Properties mengambil peluang ini untuk membina rumah yang mampu dimiliki.


Selain itu, Taman Salak Lestari juga sangat dekat dengan kawasan dan kemudahan berikut:
  • 4 min ke ERL Station / Kip Mart / Mcdonald
  • 10 min ke KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University
  • 15 min ke Putrajaya / Cyberjaya / D'PULZE
  • 30 min ke Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam
.
Kemudahan pinjaman
Untuk anda yang ingin membeli rumah di Taman Salak Lestari, pihak Fitrah Properties Sdn.Bhd. akan memberi kemudahan 100% pinjaman daripada beberapa panel bank tempatan seperti Maybank, RHB, CIMB, Bank Islam dan BSN. Malah anda juga akan diberi zero cost entry iaitu yuran guaman (Legal Fees) dan duti stem (Stamp Duty) ditanggung oleh pihak pemaju.

Untuk maklumat lanjut tentang Taman Salak Lestari, boleh PM Ayue atau terus pergi ke Galeri Jualan mereka:

GALERI JUALAN
NO.37, JALAN SEROJA 4, TAMAN SEROJA,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG, SELANGOR.


FACEBOOK : https://www.facebook.com/Fitrahproperties
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/_fitrah_properties_

TEL: 03-87065254
WHATSAPP: 017-8235254


xoxo,

post signature

Lebih banyak jimat dengan Vietnam Tour Packages di Traveloka

$
0
0
Assalamualaikum. Anda dah plan hujung tahun ni bercuti di mana? Dalam Malaysia ke luar Malaysia? Kalau anda nak makan angin jauh sikit dari Malaysia ni, tapi masih dalam Asia, apa kata anda ke Vietnam? Tempat percutian yang sangat menarik, penuh dengan budaya dan kepelbagaian untuk diterokai. Ayue belum pernah sampai ke Vietnam lagi, tapi Ayue dah buat list siap-siap dah tempat mana nak pergi, makanan apa nak cuba, dan hotel mana nak duduk. Bagus kan? Haha


Yela, nak melancong ke negara orang mesti lah kena siap sedia dengan semua info dan kalau boleh, Ayue nak cuba dapatkan harga yang terbaik dari segi hotel dan tiket flight. Bila hotel dan flight dan jimat, boleh lah Ayue spend lebih duit untuk jalan-jalan, makanan dan buah tangan kan. Itu yang lebih penting. Bila Ayue dapat tahu yang Traveloka ada feature terbaru iaitu pakej combo flight + hotel, Ayue terus tengok apa yang menarik tentang pakej kombo ni.

Rupanya pakej ni boleh jimat sehingga 11.5% pada flight + hotel apabila anda booking dengan Traveloka. Bukan asing-asing tau, tapi booking sekaligus! Haa, mudah kan? Sekali flight dengan hotel terus, tak payah fikir macam-macam dah. Cuma fokus pada itinerary saja lepas tu.

Anda boleh booking combo flight + hotel ni melalui website ataupun apps Traveloka. Ayue dah memang install apps Traveloka lama dah. Ayue suka apps ni sebab sangat user friendly dan straight forward. Cuma buat masa ni pakej ni cuma ada pada Android saja. Jadi untuk pengguna IOS macma Ayue boleh booking melalui website dulu ok? Hehe.

Cara nak booking pun mudah saja. Mula-mula anda pergi ke website Traveloka, login dan klik pada tab "flight + hotel" pada menu bar.


Dari situ anda dah boleh pilih flight dengan hotel details dah. Pilih saja mana-mana lokasi di Vietnam yang anda mahu untuk mendarat, bilangan penumpang, seat class dan tarikh departure. Ini sangat penting tau, jangan salah tarikh pula.


Kemudian anda boleh pilih pula hotel details. Di kawasan mana anda mahu menginap, tarikh check-in dan check-out serta bilangan guest dan bilik. Kemudian klik "Search Flight + Hotel"


Dari situ anda boleh pilih dan bandingkan pakej-pakej yang ada. Kalau Ayue, Ayue suka sort dulu result megikut harga paling murah, baru lah dapat berjimat dengan banyak. Nanti Traveloka akan senaraikan semua pakej combo flight + hotel dari yang paling murah hingga yang paling mahal. Anda boleh saja pilih dari senarai yang ada.


Harga yang terpapar di situ adalah harga flight + hotel untuk seorang (per pax) untuk berapa hari yang anda pilih untuk menginap. Kalau anda stay pada hotel yang sama sepanjang melancong, lagi jimat lah.


Bila anda klik "Select", kesemua details tentang flight + hotel anda akan tersenarai. Check dulu sama ada semua details tu betul atau tidak. Kalau betul, boleh klik "Continue Booking".


Lepas tu boleh lah isi semua contact dan traveller details sebelum proceed kepada pembayaran. Mudah kan? Booking sekaligus saja. Tak payah fikir banyak-banyak. Tak payah nguna macam-macam apps. Satu apps saja dah lengkap untuk booking flight + hotel anda.


Apa yang Ayue suka tentang Traveloka ni adalah hampir kesemua hotel yang disenarai mempunyai complete details tentang hotel tersebut. Segala kemudahan, gambar hotel dan bilik, lokai menarik yang berdekatan hotel, dan yang paling penting, review hotel. Dari situ kita dapat tahu macam mana feedback customer sebelum ni bila menginap di sana. Dapat lah anda bandingkan dengan hotel yang lain sebelum membuat pilihan. Mudah saja.



Untuk anda yang nak ke Vietnam macam Ayue, anda boleh terus ke Vietnam Tour Packages di website Traveloka ni. Mereka dah senaraikan siap-siap dah details tentang Vietnam termasuk lokasi yang menarik untuk dikunjungi, makan yang sedap untuk dicuba, serta combo flight + hotel yang ada. Menarik kan? Segalanya dihujung jari saja!


Selain dari tempat-tempat menarik yang biasa dikunjungi seperti Skydeck Bitexco Financial Tower, Central Post Office, Saigon Opera House, Museum of Vietnamese History, Fine Arts Museum, dan Binh Tay Market, ada lagi tempat yang boleh anda lawati di Vietnam, antara:

Hoi An Ancient TownHoi An adalah sebuah bandar di pantai tengah Vietnam di Wilayah Quang Nam. Ia terkenal dengan Ancient Town yang dipelihara dengan baik. Ancient Town pada dasarnya adalah sebuah muzium dengan bangunan-bangunan warisan lama termasuk kuil-kuil Cina, jambatan yang direka khas Jepun, pagodas, rumah kedai kayu, dan saluran antara lain. Pada waktu malam, sesetengah bahagian di bandar itu dinyalakan dengan bekas-bekas tanglung lama, menjadikan seluruh kawasan itu kelihatan menakjubkan.



My Son Sanctuary
Satu lagi Tapak Warisan Dunia UNESCO di Hoi An. My Son Sanctuary adalah contoh hebat peradaban Champa kuno yang terletak di bahagian selatan Vietnam. Tamadun Champa purba adalah sebuah negara merdeka yang dibina pada abad kedua ke abad ke-17 dan ia diduduki oleh Vietnam. My Son adalah pusat politik dan tanah perkuburan diraja. Kompleks ini terdiri daripada lebih daripada 70 struktur yang ditujukan kepada tuhan-tuhan Hindu dan dewi.



Cu Chi Tunnels
Cu Chi Tunnels adalah terowong yang dibina semasa perang pada tahun 1948 apabila Viet Cong melawan Perancis. Terowong ini lebih daripada 120 kilometer tetapi ia tidak lagi digunakan dan kini mereka menjadikannya muzium. Ia adalah salah satu tarikan yang paling ikonik di Ho Chi Minh.



Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepat booking Vietnam Tour Package anda ok? Selamat bercuti!



xoxo,

post signature

Menarik Di Pameran Pengantin MEFA

$
0
0
Nak cari pakej kahwin? 

Anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis anda nanti? 

Jika ini masalah yang sedang hadapi oleh anda, maka anda perlu hadir ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan Mei 2017 ini dimana disini anda boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis anda. 



Pameran Pengantin MEFA 2018 

Pameran Pengantin yang dinanti-nantikan serta paling BEST di Malaysia akan menemui anda semua terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh lembah klang. Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin. 



Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat. Jangan lepaskan peluang tau! Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam. 



Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 

Apa yang menarik jika anda membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan madu. WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini. 

Tapi, antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi. 



Jika anda adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti. Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut. 


Yang paling best pada abad ini, jika anda sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, anda boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad. 



Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran. 


P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012- 3871775). 

Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan anda ok.



xoxo,

Pengalaman Membuat Pemeriksaan Mata Kering di Vista Eye Specialist

$
0
0
Assalamualaikum. Bulan lepas tiba-tiba Ayue rasa sesuatu yang kurang menyenangkan di mata Ayue ni. Mata Ayue terasa sedikit kering dan kesat bila berkelip. Mulanya Ayue abaikan saja, dalam hati Ayue kata mungkin sebab mata Ayue terlalu penat buat kerja mengadap computer terlalu lama. Jadi Ayue berehat sebentar untuk hilangkan rasa kering dan kembali membuat kerja bila mata terasa seperti biasa.

Tapi rasa kering tu kembali esoknya dan berlarutan selama beberapa hari. Walaupun mata Ayue terasa kering dan kesat sesekali saja dalam sehari dan telah pun hilang sekarang ni, tapi Ayue tetap risau sebab yela, mata kan? Tak boleh ambil remeh. Jadi Ayue buat keputusan untuk pergi check up mata di Vista Eye Specialist, Puchong sebelum mata Ayue ni jadi makin teruk.




Vista Eye Specialist merupakan antara pusat pakar mata terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis rawatan termasuk Lens Exchange, Cataract, Dry Eyes, LASIK, Implantable Contact Lens (ICL) di 8 cawangannya di seluruh Malaysia.

Cawangan Vista Eye Specialist:
  • Petaling Jaya, the Curve (HQ)
  • Kepong, Metro Prima
  • Bangsar South, Wisma Life Care
  • Puchong, PFCC 5
  • Klang, Bandar Botanic
  • Johor Bahru, Mount Austin
  • Air Itam, All Seasons Place
  • Bukit Mertajam, Bukit Kecil Indah

Pengalaman membuat pemeriksaan mata di Vista Eye Specialist
Pusat rawatan yang Ayue pergi adalah di Puchong. Lokasinya terletak betul-betul di tepi jalan utama. Jadi memang dari jauh dah nampak dah. Sampai saja disana, Ayue beritahu masalah Dry Eyes yang Ayue hadapi dan staff mereka yang sangat ramah terus guide Ayue untuk membuat pendaftaran sebelum pemeriksaan mata dibuat. Kemudian Ayue buat eye-screening dulu di Optometry Area dan Refraction Room untuk tahu condition mata Ayue sebelum berjumpa dengan Pakar Mata.


Mesin yang digunakan dekat Optometry Area tu macam yang kita selalu jumpa dekat pasaraya tu je. Cuma yang dekat Refaction Room ni advance sikit sebab selalunya nak check mata, kita kena baca huruf-huruf tu guna Visual Acuity je kan.. Ala, kertas yang ada huruf besar kecik tu. Tapi dekat VISTA Eye Specialist, mereka menggunakan mesin seperti gambar di bawah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.




Alhamdulillah, result eye screening Ayue tiada masalah. Ayue nampak semua yang  ditunjukkan kepada Ayue. Bak kata staff VISTA Eye Specialist ni, "perfect vision!". Tapi tiada masalah rabun, tak bermakna mata Ayue ni sihat tau. Sebab tu perlunya Ayue berjumpanya dengan Pakar Mata di sini.

Selain dari 2 kawasan yang Ayue sebutkan tadi, di VISTA Eye Specialis juga ada Consultation Room dan Patient Airlock. Di Consultation room, anda akan berbincang dengan Consultant tentang jenis rawatan yang anda perlukan, atau hendak memahami dengan mendalam lagi keadaan mata sendiri. Dan terdapat juga dewan bedah untuk buat minor surgery seperti cataract surgery. Ayue ada buat video sepanjang Ayue buat pemeriksaan mata di Vista Eye Specialist ni, boleh tengok video dia bawah ya.



Sebab terjadinya Dry Eyes
Lepas semua eye screening, baru lah Ayue dapat berjumpa dengan Pakar Mata, Dr. Paul Lim. Dia lah yang check tahap mana masalah Dry Eyes Ayue ni. Alhamdulillah, masalah Dry Eyes Ayue mild saja. Tidak sampai tahap yang memerlukan rawatan sebab masih boleh dicegah. Ayue pun tanya lah semua persoalan yang berkaitan Dry Eyes ni sebab selama ni Ayue ingatkan Dry Eyes hanya kena pada orang tua. Rupanya tak. Ada pelbagai sebab terjadinya Dry Eyes ni, antaranya:

  • Kerap memakai contact lens terlalu lama
  • Kurang menjaga kebersihan mata untuk wanita yang kerap memakai mekap
  • Mata terlalu terdedah kepada aircond secara direct (seperti ketika memandu)
  • Screentime terlalu lama (Melihat komputer/gadjet)
  • Kurang kelip mata
  • Kurang menjaga kebersihan mata
  • Kelembapan udara sekeliling


Dalam banyak-banyak penyebab diatas, yang paling kerap Ayue lakukan adalah mengadap komputer dan gadjet terlalu lama. Kadang-kadang sepanjang malam untuk siapkan kerja blogging ni sebab siang hari Ayue banyak habiskan masa dengan Qaayed. Tak sangka sampai macam ni sekali akibatnya. Tapi syukur Ayue cepat bertindak berjumpa dengan Pakar Mata untuk ketahui symptoms dan macam mana cara untuk ubatinya.

Dry Eyes ni bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh ya sebab Dry Eyes ni boleh mengaburkan penglihatan, mata berasa tidak selesa dan juga menyebabkan kerosakan yang besar hingga boleh merosakkan kornea. Okey, macam mana nak tahu anda ada symptoms Dry Eyes ke tak? Meh Ayue senaraikan.


Symptoms Dry Eyes

  • Mata berair
  • Gatal mata
  • Mata terasa kesat dan berpasir
  • Mata terasa panas membakar
  • Penglihatan mula berkurangan dan kabur
  • Mata kemerahan



Cara untuk menghalang Dry Eyes dari berlaku
Jangan risau, kalau anda baru saja ada symptoms yang Ayue senaraikan tadi, mata anda masih boleh diselamatkan. Untuk anda yang ada mild Dry Eyes macam Ayue, Dr. Paul Lim cadangkan untuk Ayue:

  1. Lebihkan kebersihan (hygiene) mata, maksudnya kalau pakai mekap tu kena bersihkan betul-betul. 
  2. Ayue memang tak pakai contact lens, jadi Ayue tak perlu risau bab yang ini. Tapi untuk anda yang pakai contact lens, make sure anda jangan pakai lebih daripada tempoh yang dibenarkan (8jam) dan jangan biarkan sampai mata kering. Kerap titiskan artificial tear tu ok. 
  3. Dan last sekali Ayue kena kurangkan screentime Ayue. Kurangkan masa mengadap komputer dan gadjet. Tapi, andaikan Ayue perlukan juga untuk membuat kerja, pastikan selepas 20 minit mata memandang screen, rehat sebentar selama 20saat dengan memandang tempat lain yang lebih jauh (20feet) untuk rehatkan mata anda. Ingat tau, 20 minit, 20saat.



Treatment untuk Dry Eyes
Antara treatment yang boleh anda lakukan untuk kurangkan rasa sakit apabila mata kering adalah:

  1. Berjumpa dengan pakar untuk ketahui Dry Eyes anda berada ditahap mana untuk dapatkan consultation berkaitan rawatan dan ubatan. Macam Ayue, Dr. Paul berikan Ayue artificial tears saja untuk kurangkan rasa kesat bila berlaku. Tiada rawatan susulan diperlukan. 
  2. Bersihkan dengan membuat warm compression (tuam) pada kelopak mata dengan menggunakan tuala suam untuk membuka lubang kelenjar meibomian (meibomian gland) pada pinggir kelopak mata supaya dapat meningkatkan air mata berminyak (oily tears) yang melindungi mata.
  3. Menggunakan lidcare wipes untuk membersih kelopak mata  dengan membuang kotoran dan solekan  mata yang boleh menyebabkan kerengsaan mata.
  4. Membersihkan mata menggunakan BlephEx. BlephEx  adalah alat perubatan yang digunakan untuk mengubati blepharitis dan penyakit mata kering. Ia digunakan untuk mengeluarkan skala dan debris yang boleh menyebabkan penyakit kelopak mata yang kronik dan ketidakselesaan. Lebih banyak air mata anda sendiri akan dihasilkan selepas pembersihan.



Ada beberapa lagi rawatan untuk penyakit mata kering ni yang anda boleh lakukan, tapi Ayue rasa lebih baik anda berjumpa dengan pakar terus untuk  dapatkan nasihat dari mereka. Apa yang Ayue share ni cuma dari pengalaman Ayue membuat pemeriksaan di Vista Eye Specialist saja. Dr. Paul Lim yang terangkan kepada Ayue supaya Ayue lebih faham tentan penyakit mata kering ni dan lebih berhati-hati lepas ni untuk elakkan dari menjadi lebih teruk. Ayue sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Apa saja soalan yang Ayue tanya pada Dr. Paul dapat dijawap dengan baik dan sehingga Ayue faham. Staffnya juga sangat friendly, dan berpengetahuan, Ayue yang pertama kali membuat pemeriksaan pun tak terasa kekok dan memdapat sedikit input tentang Dry Eyes daripada mereka.


Anda yang ada symptom Dry Eyes yang Ayue senaraikan tadi, atau ada penyakit mata yang lain, cepat-cepat berjumpa dengan pakar mata ok. Jangan sampai dah teruk sampai mata rosak baru nak jumpa sebab mata kita ni ada dua biji saja, susah untuk dicari ganti. Mencegah lebih baik dari merawat kan? Jadi jangan ragu-ragu untuk dapatkan nasihat pakar ok?


Sebarang maklumat lanjut berkaitan Dry Eyes atau pun Vista Eye Specialist, boleh layari : http://www.vista.com.my


xoxo,

post signature

Guide to creating a minimalist house

$
0
0

There are many properties for sale, such as Casa Tropicana. Renovating your own house can be a really exiting journey. With so many designs out there for you to choose from, it can be a bit confusing as to which design you should go for. Furthermore, more people are going into the minimalistic home design. This article will guide you through some tips to create a minimalist house.


1. Colorful artwork
Consider making a colorful artwork as a centerpiece in your house. Something simple and beautiful is enough to enhance the space. If you have a collection of textured art, showcase them against the bright white walls. If not, you can always consider hanging some inspirational quotes in your living room. Reading inspirational quotes will motivate you to stop procrastinating and start being a better person.

Do bear in mind that moderation is key. Just one or two pieces of nice artwork is sufficient. Hanging too many artwork will only make the space look cramped and cluttered. Leave at least one wall bare if possible.


2. Light
You can choose a simple and beautiful wall hung light fitting to enhance the interior of the house. You can alsochoose to install new windows to allow some sunlight through your home to brighten up the space. In addition, you get to save on your electricity bills as well by installing new windows, as you do not have to keep the lights turned on even during the day. Make sure your windows are clean both inside and outside to allow maximum sunight to penetrate through the window into your house. The lesser dirt and dust you have on your windows, the more sunshine can go into your room.


3. Paint
Choosing the right paint and right color makes a huge difference. Using the right paint can instantaneously revive and brighten your initially dull looking unit. Hence, choose a color that will brighten up your unit or a color that adds a touch of liveliness for your unit. White color reflects cleanliness and openness. Paint your house white to create a cloud like effect that enhances your house design. In addition, neutral colors give an illusion of a bigger and more organized space. Not only it is comfortable to the eyes, it also makes your space looks bigger than it already is. Minimalists will definitely like the idea of keeping the house white.

Make sure to use only good quality paint as well to protect your home and will certainly last you a few years.


4. Decorate with texture
Decorating with texture makes a space interesting and alive. A simple lace curtain is all you need to add a minimalist vibe to your home. A lace curtain will add softness to your living room as well. Forget about bold colors that may be too harsh for the minimalistic theme. You can also consider adding sculptural elements to your living room to add depth to it.


5. Clear the clutter
Keep the pathway at your house clear from clutters. Declutter the pathway if you already live in a small space. Not only it helps in keeping your house neat and tidy, it also create a sense of openness in your home that makes your house looks more spacious. Avoid putting too many furniture at the hallway or pathway. This will also prevent you from bumping into those furniture.Arrange the furniture in a way that ut creates sufficient walking space. A clear pathway also helps to keep your house clean and tidy.

Discard all magazines or newspapers that are more than 2 months old. Display only one to three magazines on the coffee table and keep the rest in the bookshelf. Hide all the wires from the entertainment center. You can tidy up the cables or wires by using cable ties.


6. Minimal furniture
Consider the essentials. You may consider adding a hand carved table as a coffee table in the living room. Ask yourself if you need that piece of furniture before you buy it. Choose simple furniture for its functionality and remove any unnecessary furniture to enhance the space. You might want to consider giving away things that you do not use. Think of which furniture could be eliminated without sacrificing your comfort. Consider your true needs and only keep those that you absolutely need. Most important, always focus on the quality over quantity. A nice coffee table is always better than having 5 pieces of unused furniture.

In conclusion, creating a minimalist house is not too difficult. A minimalist home interior will allow you to find more peace in life. A clean and neat home will also lead to happiness and productivity. Therefore, clear the clutters and keep your house clean and tidy at all times.




xoxo,

PELANCARAN SAMBUTAN KE-10 JUALAN BUKU THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2018

$
0
0
The Big Bad Wolf Book Sale, jualan buku tahunan yang paling diminati di negara mula berlangsung 24 jam sehari di Pusat Pameran Antarabangsa & Pusat Konvensyen Mines (MIECC), Seri Kembangan dari 7 sehingga 17 Disember 2018. Bersempena meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun 2019, acara jualan dilangsungkan dengan lebih besar dan lebih hebat dengan tawaran lebih 4.5 juta buah buku pada kadar diskaun sebanyak 75-95%.


Dikenali dengan acara jualan unik, pengunjung juga boleh memilih pilihan buku dari pelbagai genre, dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau Bahasa Mandarin. Terdapat juga tajuk buku pilihan yang luas yang terdiri daripada buku paling laris (Best-sellers), novel remaja, sci-fi, jenayah, cinta, cerita seram, bisnes, seni bina, seni dan lukisan, buku memasak dan banyak lagi. Jualan besar-besaran ini juga menawar pilihan daripada penerbit terkemuka negara seperti Kualiti, Sasbadi, Nusamas, Cemerlang dan Pelangi. Pengunjung bakal disajikan dengan koleksi novel kontemporari terbitan Karangkraf, PTS, Pakeer dan Pustaka Azhar. Aneka pilihan tajuk untuk kanak-kanak yang merangkumi buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita, buku bergambar dan banyak lagi yang bakal membantu ibu bapa membuat pilihan untuk yang tersayang.

The Big Bad Wolf Book Sale 2018 features 4.5 million books across all genres comprising English, Bahasa Malaysia and Mandarin language.

Kami juga mempunyai buku Augmented Reality (AR) untuk pilihan ibu bapa di Big Bad Wolf Book Sale ini. Sebagai penjual eksklusif Asia bagi siri buku Little Hippo AR, acara jualan hebat terbesar ini juga dikenali sebagai penjual buku AR terbanyak dan terbesar di Asia. Terdapat lapan tajuk buku AR yang menarik dan istimewa kerana koleksi buku ini mampu membantu pembelajaran anak-anak. Si manja boleh membaca, bermain dan belajar dengan bantuan buku Little Hippo AR yang menggunakan teknologi AR yang canggih untuk merevolusikan pembacaan untuk generasi akan dating.

Andrew Yap and Jacqueline Ng, founders of Big Bad Wolf Books sharing the Big Bad Wolf Book Sale journey. 

“Di tahun kebelakangan ini, perniagaan kami mencipta kenangan manis, lagi menggembirakan bagi keluarga ‘The Wolf’. Bermula dengan sekadar kedai buku kecil yang menjual buku-buku lebihan pada harga bawah kadar runcit, kini kami berbangga kerana telah dikunjungi hampir 500,000 orang pada setiap acara jualan,” jelas Andrew Yap, Pengasas kepada Big Bad Wolf Books.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, Big Bad Wolf Book Sale telah berkembang dengan pesat sekali, sejajar dengan hasrat mengubah dunia demi sebuah buku. Big Bad Wolf Book Sale telah melebarkan sayapnya ke Thailand, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Emiriyah Arab Bersatu. Di Malaysia tahun ini, Big Bad Wolf Book Sale telah diadakan di Ipoh, Pulau Pinang, Sarawak, dan Melaka.

The Big Bad Wolf Book Sale 2018 officially launched by (from left to right) Andrew Tay Chin Yee, Senior Vice President, Commercial Banking of Ambank Group; Andrew Yap, Founder of Big Bad Wolf Books; Tuan Syed Anuar Syed Ali, Executive Vice President, Group Corporate Communications & Marketing of Ambank Group; Jacqueline Ng, Founder of Big Bad Wolf Books and Fuad Md Din, Co-founder Of Wau Animations Sdn Bhd (The Animation Studio For Ejen Ali)

“Kami sentiasa merancang untuk menjadikan buku mampu milik, dimiliki oleh sesiapa jua. Oleh itu, kami berhasrat mengembangkan sayap ke lokasi lebih banyak lagi pada tahun-tahun berikutnya, merangkumi lain-lain bandar raya dan negara. Tabiat membaca, pada hemat kami, adalah cara terbaik untuk mengilham dan memperkasa orang yang bercita-cita tinggi demi kebaikan masing-masing,” jelas Yap lagi.

Bahkan berita baik untuk pelanggan AmBank, mereka bakal mendapat ganjaran istimewa pada jualan buku tahun ini. Big Bad Wolf Book Sale Kuala Lumpur bergabung buat kali pertamanya dengan AmBank sebagai bank rasmi. Pemilik kad AmBank bakal mendapat baucer eksklusif RM30 Big Bad Wolf bagi setiap perbelanjaan minimum RM300 sepanjang jualan buku ini.

From left to right: Jacqueline Ng, Founder of Big Bad Wolf Books; Andrew Yap, Founder of Big Bad Wolf Books; Tuan Syed Anuar Syed Ali, Executive Vice President, Group Corporate Communications & Marketing Of
Ambank Group; Fuad Md Din, Co-founder Of Wau Animations Sdn Bhd (The Animation Studio For Ejen Ali) and Andrew Tay Chin Yee, Senior Vice President, Commercial Banking of Ambank Group

Sebagai langkah mengenang jasa pelanggan dan masyarakat, Big Bad Wolf Book Sale kali ini bergabung dengan Astro Kasih Knowledge Zone menerusi unit Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Program Red Readerhood yang membolehkan orang ramai menderma buku kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka buku-buku berkualiti. Astro Kasih Zone juga membawa selebriti seperti Lisa Surihani, Dina Nadzir, Daniel Lawak Solo, Lin Ariffin, Calista Leah, Emily Quak, Joe Chan dan JieYing Tha yang akan muncul sebagai panglipur lara serta pengendali kuiz di sepanjang jualan buku. Kehadiran mereka di jualan tahun ini adalah tanda sokongan kepada inisiatif memperkasakan tabiat membaca di kalangan kanak-kanak. Big Bad Wolf Books akan terlebih dahulu memulakan inisiatif murni ini dengan menderma 1,000 buah buku. Antara penerima buku-buku dari Astro Kasih Knowledge Zone adalah 3,000 kanak-kanak dari 29 rumah kebajikan.


Siri animasi Malaysia bertaraf dunia, Ejen Ali, sekali lagi kembali ke acara Big Bad Wolf Book Sale dengan membawa pelbagai aktiviti riang ria untuk menghiburkan pengunjung seperti sesi Ejen Ali Meet & Greet, serta acara mencungkil bakat (Hunt) Ejen paling kreatif dan bengkel IRIS. Acara kali ini turut menampilkan Hot FM Zoomerz dan Kool FM Sahabat Kool yang akan mengendalikan acara untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik.

Para pengunjung juga boleh menjamu selera dan menghilangkan dahaga di di Cafe Wolf kendalian unit F&B Big Bad Wolf Books yang dibuka sepanjang berlangsungnya acara jualan mega ini.

Ikuti #BBWKL2018 untuk maklumat terkini harian di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks




xoxo,

Pengalaman dan tips ke Big Bad Wolf 2018

$
0
0
Assalamualaikum. Sebelum ni Ayue tak pernah jejak kaki pun Big Bad Wolf Sale ni. Tapi sempena Big Bad Wold 2018, Ayue kena pergi juga sebab nak cari buku Qaayed. Dia suka membaca sejak dari kecil lagi. Pantang nampak buku mesti dia nak Ayue baca kan. Jadi, sebab nak galakkan lagi Qaayed supaya minat membaca, Ayue nak tambah lagi koleksi buku-buku yang ada.


Ayue tahu buku-buku di Big Bad Wolf (BBW) ni memang murah gila. Sebab tu Ayue teringin juga nak pergi tahun ni. Kebetulan Ayue dijemput hadir ke majlis pelancaran BBW, Ayue pun apa lagi, gunakan lah peluang yang ada untuk beli buku Qaayed sebelum BBW ni dibuka pada orang awam.

Baca : PELANCARAN SAMBUTAN KE-10 JUALAN BUKU THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2018


Semasa pelancaran, Ayue dan rakan media yang lain diberi peluang untuk bermain game Trolley Dash dimana kami diberi troli untuk mencari buku pilihan kami yang bernilai RM300 dalam masa 15 minit. Fuh, berpeluh-peluh juga lah Ayue dan Mira berlari ke sana sini mencari buku anak masing-masing. Alhamdulillah syukur, dalam 30 rakan media yang join, Ayue antara 5 orang yang berjaya menang kesemua buku bernilai RM300 tu. More books for Qaayed!



Tapi pencarian buku bukan setakat tu saja. Ayue masih ada wishlist yang perlu dicari dalam BBW ni. Ayue cari buku board book, picture book yang sesuai dengan umur Qaayed. Dalam masa 2jam, Ayue dapat grab macam-macam buku yang best-best. Semuanya murah dan memang takkan dapat ditempat lain. Board book biasa dekat kedai buku mahal kan? Tapi di BBW, board book serendah RM5! Fuh, menipis juga lah iman sepanjang dalam BBW ni. Mana tidaknya, macam-macam pilihan buku yang ada. Ayue pula memang fokus nak cari buku Qaayed je, tak pandang buku-buku lain, lagi lah rambang mata.


Sepanjang Ayue dalam BBW tu, ada few point yang Ayue nak highlight kan supaya dapat jadi panduan anda yang nak pergi ke BBW 2018 ni nanti. Big Bad Wolf 2018 kali ni dibuat di MIECC, Seri Kembangan dari 7 sehingga 17 Disember 2018. Jadi sepanjang hari akan jammed dan sesak di sana. Ni antara tips yang Ayue dapat simpulkan untuk rujukan anda.

  • Pergi naik grab supaya tidak perlu mencari parking
  • Pergi waktu bukan peak hour
  • Kalau nak naik kereta, parking di Valet parking lebih mudah. Weekday RM5, Weekend RM10 per entry.
  • Tiada sistem kotak, anda boleh bawa luggage/troli masing-masing ke dalam hall BBW
  • Ruang jalan diantara rak buku besar, tapi hanya muat untuk troli/luggage. Kalau anda nak bawa stroller, Ayue tak galakkan. better pakai carrier.
  • Make sure anda pakai kasut yang paling selesa yang anda ada sebab anda akan berjalan berjam-jam
  • Dalam hall ada Cafe, tapi Ayue sarankan anda makan siap-siap sebab tujuan utama adalah untuk mencari buku, tapi kalau anda duduk berjam-jam dan lapar, anda boleh berehat dan makan sebentar di cafe yang disediakan.
  • Bawa air mineral 
  • Sediakan list/target buku/author/publisher yang anda cari supaya pencarian menjadi lebih mudah
  • Cashier ada banyak, queue untuk pembayaran lebih cepat
Ok, so far ini je yang Ayue ingat. Nanti kalau ada lagi Ayue update ya. 



Koleksi buku baru Qaayed hasil menang Trolley Dash dengan yang Ayue beli sendiri. I'm a happy mom!

Selamat mencari buku~



xoxo,


post signature

Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle Recipe

$
0
0
Assalamualaikum. Walaupun sekaarang ni musim hujan, tapi kadang-kadang tu terasa juga panasnya. Ayue pula rumah dekat dengan pantai, memang terasa bahangnya bila tengahari tu. Suami Ayue pula jenis yang suka beli stok aiskrim sebab dia suka makan aiskrim lepas dinner. Hehe. Tapi kebetulan hari tu aiskrim dah habis, Ayue terus terfikir idea untuk buat aiskrim sendiri daripada minum Yeo's Yeogurt.


Minuman Yeo's Yougurt ni memang sentiasa ada dekat rumah Ayue. Dia ada macam-macam perisa, tapi favourite Ayue perisa Original. Dari dulu lagi Ayue memang suka minum Yeo's Yougurt ni masa awal pagi sebab ia dapat membantu sistem penghadaman Ayue. Yeo’s Yeogurt ni dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Ia diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Jadi anda yang ada masalah sistem penghadaman tu, cuba lah minum minuman Yeo's Yeogurt ni. InsyaAllah senang je proses membuang tu nanti. Ayue hari-hari membuang tanpa sebarang masalah tau. Haha.


Ayue suka letak minuman Yeo's Yeogurt ni dalam peti ais dan minum masa dia sejuk. Tapi sebenarnya Yeo’s Yeogurt ni tidak perlu disejukkan pun sebab ia kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Senang kan. Kalau dekat office tu boleh letak je dalam laci, agak-agak haus boleh minum terus. Tak payah nak letak dalam peti ais dah.


Ok, jom Ayue share resepi Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni. Resepi yang sangat-sangat mudah, sihat berkhasiat dan sedap! Bezanya resepi Ayue ni dengan resepi strawberry popsicle yang lain adalah strawberry Ayue ni Ayue bakar. Yes! Bakar supaya dia jadi lagi sedap bercaramel gitu.


Bahan-bahan
Untuk 6 Popsicles
  • 2 kotak Yeo's Yeogurt perisa Original
  • 5 biji strawberry
  • 3 sudu madu*
  • Secubit garam pink*
  • Sedikit esen vanila*


Note : Bahan yang bertanda * tu kalau tak nak letak pun takpa, strawberry saja pun dah sedap. Tapi sebab strawberry yang Ayue beli ni masam sangat, susah nak dapat strawberry yang betul-betul manis kan? Jadi Ayue add-on bahan-bahan ni bagi lagi sedap. Jadi popsicles anda nanti akan ada 3 rasa, masam, manis, masin. Fuh, hebat baq hang.


Cara-cara masak

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Basuh strawberry, buang tangkai dan belah dua.
  3. Letak dalam loyang yang berlapik dengan baking sheet.
  4. Bakar strawberry selama 20 minit. Starberry akan jadi lembut, berkaramel dan wangi.
  5. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk selama 10 minit dan loyang.
  6. Masukkan strawberry ke dalam food processor/blender. Kisar sedikit, jangan sampai hancur supaya anda masih dapat gigit ketulan strawberry masa makan nanti.
  7. Masukkan madu, garam, esen vanila dan kacau sebati.
  8. Letakkan sedikit strawberry puree ke dalam bekas popsicles. Berselang seli dengan minuman Yeo's Yeogurt hingga penuh.
  9. Masukkan ke dalam peti ais. Biarkan seljuk selama 30 minit.
  10. Keluarkan dan cucuk batang popsicles. Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais dan biarkan beku selama 4jam.











Seriously, strawberry yang dibakar dan strawberry yang dimasak di dalam kuali sampai jadi puree ni lain rasanya. Strawberry yang dibakar membuatkannya berkaramel, menguatkan lagi rasa dan bau strawberry. Masa bakar tu nanti anda akan bau strawberry semerbak. Wangi je. Resepi ni pun tak guna gula. Ayue gantikan dengan madu. Anda boleh tambah atau kurangkan madu ikut citarasa anda.


Pergh! Sumpah sedap. Ngam sangat rasa minuman Yeo's Yeogurt original ni dengan puree strawberry Ayue ni. Masa first bite tu dapat rasa biji-biji strawberry, campur pula dengan rasa segar Yeo's Yeogurt, sedap berganda. Fuh, confirm lepas ni Ayue nak buat lagi. Mungkin lepas ni boleh variety lah lagi buah dan perisa minuman Yeo's Yeogurt ni. Buat mangga pula ke?


Untuk yang kali ni Ayue cuma tambah bluberry dalam 2 lagi bekas extra popsicles ni. Kebetulan ada blueberry lebih, jadi Ayue masukkan saja dalam dalam bekas popsicles tu tadi. Kalau nak lagi sedap anda boleh bakar juga blueberry ni bagi keluar jus-jus nya tu. Lepas tu selang selikan dengan puree strawberry tadi. Yummy!

Bawah ni Ayue sertakan sekali video step-by-step cara buat Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni okey.



Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut tentang Yeo's, boleh layari:
Website : http://www.yeos.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia




xoxo,

post signature

H-focus bantu tingkatkan daya fokus minda & mata kanak-kanak

$
0
0
Assalamualaikum. Ayue percaya, semua ibu bapa di luar sana yang inginkan anak mereka berjaya termasuk lah Ayue. Qaayed zuriat pertama Ayue dengan suami, jadi kalau boleh kami nak kan yang terbaik untuk dia. Tapi Ayue tahu yang setiap kanak-kanak ni unik dan berbeza. Masing-masing mempunyai potensi tersendiri. Ibubapa lah yang perlu mainkan peranan untuk bantu anak mereka dalam menonjolkan kelebihan yang ada dalam diri anak masing-masing kan? Salah satu caranya adalah dengan memberikan vitamin dan supplement.


Supplement yang menarik perhatian Ayue adalah H-focus chewable tablet keluaran Sejagat Global. Tablet supplement ni lain daripada yang lain kerana H-focus mengandungi 13 Khasiat yang berasaskan makanan sunnah untuk minda dan dihasilkan dalam bentuk tablet untuk memudahkan pengambilan kanak-kanak. Selain daripada minda, H-focus juga bagus untuk mata anak anda tau.


Formulasi H-Focus

1. Colostrum (Kolostrum)
Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, Melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, Membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.

2. Pistachio (Badam Hijau)
Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & Mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Calcium (Kalsium)
Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel. Membantu badan dalam pengambilan zat besi.

4. Cereals (Bijirin)
Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

5. Algae DHA (DHA Alga)
Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)
Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Honey (Madu)
Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat

8. Dates (Kurma)
Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

9. Raisin (Kismis)
andungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, Sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & Membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Pomegranate (buah delima)
Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C Membantu Sistem Penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk..

11. Vitamin C (vitamin C)
Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, Vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

12. Lycopene (tomato)
Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), Potasium, dan Serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Blackcurrant – (anggur)
Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.


Setiap bahan-bahan yang digunakan mempuyai kelebihannya yang tersendiri. Ayue suka bila ia dapat meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, dan membantu menajamkan penglihatan kanak-kanak sebab kanak-kanak sekarang ni mudah terjebak dengan gadget, jadi dengan adanya H-focus ni, dapatkan mereka tumpu kepada pelajaran masing-masing. Bonus point, H-focus ni berperisa coklat tau, tiada masalah kalau nak anak anda amalkan sebab memang sedap rasanya. Ayue sendiri pun suka.



Untuk pengetahuan anda, Sejagat Global ni merupakan syarikat 100% Bumiputera Islam dengan kilang berstatus GMP dan Halal. No Pendaftaran KKM MAL 17097001TC. Anda jangan risau ok.

Macam Ayue, Qaayed baru setahun, Ayue cuma harapkan Qaayed dapat menjadi kanak-kanak yang sihat, cerdas, petah bercakap dan bijak. Tapi untuk ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah seperti dia bawah, anda boleh lah cuba H-focus ni.


Kanak-kanak yang perlu amalkan H-focus:
  • Malas mengulangkaji pelajaran?
  • Tidak berminat untuk belajar?
  • Tidak fokus ketika belajar?
  • Malas ke sekolah?
  • Degil dan mudah melawan cakap ibu bapa?
  • Susah bangun pagi ?
  • Sukar tidur malam?
  • Sukar utk menghafal?
  • Mudah lupa?
  • Tidak fokus dlm kelas?
  • Anak yang degil?
  • Tidak bertenaga dan tidak bermaya?
  • Perkembangan minda anak agak lambat?

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk:
  • Menjadi rajin untuk belajar
  • Suka dengan buku
  • Mudah menghafal
  • Minat dan cekap membuat matematik
  • Meningkatkan daya fokus belajar terutama di sekolah
  • Mudah mendengar kata
  • Petah bercakap
  • Mudah bangun pagi
  • Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
  • Mudah solat tanpa di suruh
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Menjadi lebih berdikari
  • Meningkatkan selera makan anak(bagi yang kurang selera makan sahaja)

Kebaikan H-Focus untuk MATA
  • Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam.
  • Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata.
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  • Mencantik dan melembabkan mata yang lesu.
  • Hilangkan masalah mata kering.
  • Mengurangkan masalah mata merah.
  • Sesuai untuk masalah mata berair.

H-focus mempunyai 100 Tablet di dalam 1 botol di mana ianya tahan sehingga 60 hari dengan pengambilan 1 tablet pada waktu pagi dan 1 tablet pada waktu malam. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak seawal 1 Tahun sehingga dewasa, namun cara pengambilannya berbeza-beza.



Cara pengambilan H-focus:

Bayi berusia 1 tahun 
  • Memadai 0.5 atau 1 biji 1x sehari sahaja
  • Hanya diberi pada bayi yang sudah pandai mengunyah atau boleh juga di hancurkan dan campur di dalam susu atau air suam
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

2-4 tahun
  • 2 minggu pertama berikan 1 biji pagi dan 1 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi.
  • Pengambilan sebaiknya adalah selepas makan.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

5-11 tahun
  • 2 minggu pertama, 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2sahaja
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

12 tahun ( UPSR )
  • 2 minggu pertama berikkan 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2 sahaja
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan.
  • **Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

13-17 tahun ( PT3 & SPM )
  • 2 biji pagi dan 2 biji malam, pergi sekolah ambil 3 biji.
  • Pengambilan sebaiknya selepas sarapan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini


Pantang Larang H-focus:
  • Dilarang menyimpan tablet H-focus di dalam peti sejuk.
  • Elakkan terdedah dengan cahaya matahari dan haba yang keterlaluan. Simpan dalam suhu bilik.
  • Elakkan makan bersama dengan kafien seperti nescafe. Campur dengan susu, boleh.
  • Elakkan mengambil minuman bergas.



Cara pembelian:
WALK IN di HQ Sejagat Global Sdn Bhd
No 8 Jalan PPSL 2, Pt 1834, 
Pusat Perniagaan Sungai Lias 
45300 Sungai Besar, Selangor

[ ATAU ]

Untuk pembelian atas talian/online boleh klik link dibawah, Anda boleh beli direct di Website Utama Sejagat Global, https://sejagatglobal.com.my/

Untuk maklumat lanjut tentang H-focus, boleh layari :
Website : hfocusgeniusno1.com | hfocussejagat.com
Facebook : H-Focus-Candy Genius | H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda
Contact No : 01135027570 | 011-1892 7834



xoxo,

post signature
Viewing all 624 articles
Browse latest View live