Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all 624 articles
Browse latest View live

Resepi Ketupat Palas Mudah dan Senang

$
0
0
Assalamualaikum. Allah, puasa pun belum, sibuk nak buat ketupat palas dah? Anda yang peminat ketupat palas ni mesti tercari-cari ketupat ni bila raya nanti kan. Makan ketupat biasa tu macam takda umphh. Betul tak? Ayue dulu pun tak reti juga makan ketupat palas ni sebab family Ayue jenis buat nasi impit je tiap kali raya. Haha. Simple gila. Tapi sejak kahwin ni, family suami semua hantu ketupat palas, Ayue pun terjebak sama sebab memang sedap gila ok makan dengan rendang. Aduh, lapar pulak dah.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

Raya tahun ni Ayue, suami dan Qaayed akan beraya di Melaka, kampung Ayue. Even rasa seronok sebab raya dekat kampung sendiri, tapi sebenar Ayue nervous. Yes nervous sebab first time nak kena buat ketupat palas sendiri nak bagi suami makan. Yela, dah la dia jauh dari family sebab family dia raya dekat Kedah, takkan lah tak nak buat ketupat palas kat dia pula kan. Kesian nangis pula nanti. Haha.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

So Ayue pun gigih lah tuntut ilmu dengan mertua sebelum raya ni. Resepi mertua Ayue ni sedap sangat. Lemak lembut semua cukup. Jarang Ayue jumpa ketupat palas rasa macam ni. Selalunya mesti rasa keras sikit, ataupun tak lemak sangat. sekadar pulut. Bau daun palas tu pun kadang-kadang takda. Selalunya yang jenis macam ni yang dijual tepi-tepi jalan tu. Orang meniaga kan, buat banyak sekaligus, nak cepat and nak cut-cost, jadi kuranglah sikit rasa umphh tu. Tapi kalau nak makan sendiri, sila lah ikut resepi mertua Ayue ni. InsyaAllah memang sedap dan puas hati sangat-sangat.

Ayue siap buat video tau untuk anda yang susah nak faham macam mana nak lipat daun palas ni. Memang pening sikit kalau baru nak belajar tu sebab ada ketupat jantan, ada ketupat betina. Hahaha. Yang betulnya jantan lah. Cantik kejadiannya dan senang buka nak makan nanti. Kalau salah pusing jadi ketupat betina, susah sikit bukanya. Tapi ok je lah. Boleh makan juga, jangan risau. Ok dah, jom tengok resepi mertua Ayue ni eh.


Resepi Ketupat Palas Mudah dan Senang Beserta Video

Cara lipat ketupat palas

Nak tulis pun tak tahu macam mana. Haha. Tengok Video lagi senang kot? Cuma daun ketupat palas ni untuk orang yang tak tahu memang tak cam sebab panjang-panjang daunnya. Anda kena buka dan lipat daun tu jadi kelongsong ketupat dulu dan biarkan seketika sementara kita nak masak pulut tu untuk dapatkan shape. So nanti mudah lah masa nak isi pulut nanti. Kalau masa tu nak buka daun, masa tu nak isi pulut, Berjam-jam lah lamanya nak siap.

Ayue tengok banyak juga video dan tutorial balut ketupat palas ni dekat google, tapi macam susah-susah semunya. Pelik semacam cara nak simpulnya. Nasib baik lah cara mertua Ayue lipat ni senang sikit nak faham. Sekali ajar je Ayue dah boleh buat sendiri. Jadi cantik juga. Hopefully dapat lah ajar anda juga ya.


Cara masak beras pulut

Ok, bila dah lipat siap-siap kelongsong ketupas palas ni macam ni, boleh la mula masak pulut pula. Seeloknya guna beras pulut susu sebab cepat sikit lembutnya dan sedap. Kena rendam dalam 30 minit je sebelum masak. Cuma mahal sikit lah dari luput biasa. Kalau takda guna beras pulut biasa pun takpa, tapi kena rendam semalaman ya.

1kg beras pulut susu
1kg santan pekat
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
2 ikat Daun pandan

Optional
3 batang Jagung
2 cawan Kacang Ketupat

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen
Jagung

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen
Kacang Ketupat Palas



1) Basuh beras pulut dan toskan airnya. Campurkan santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

2) Masak dengan api sederhana sehingga hampir mendidih dan terus masukkan beras pulut

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

3) Kacau dengan senduk kayu dan jangan tinggalkan. Kalau tak hangit nanti. Sekejap je masaknya sebab pulut susu mudah kembang. Masak sehingga likat, tak perlu sampai terlalu kering ya. Boleh tengok video kalau tak pasti macam mana tekstur nya. Kalau masak sampai kering airnya santan tu, nanti bila tutup api dia akan hangit sedikit. Jadi sebelum dia kering, tutup api siap-siap. Nanti sementara tunggu sejuk, dia akan kering sendiri. Beras pun akan masak separuh masak je.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

Ada sesetengah orang suka makan pulut jagung, ada suka makan pulut kacang. Anda boleh masukkan jagung atau kacang selepas pulut separuh masak ya. Gaul rata sebelum masukkan ke dalam daun palas. Jagung tu tak payah masak. Boleh gaul terus dengan pulut. Cuma kacang kena rendam semalaman. Esoknya tos dan boleh campurkan ke dalam pulut tadi ya. Kalau pergi kedai, tak jumpa kacang ni boleh tanya tokey kedai cakap nak kacang ketupat atau kacang putih mata hitam.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

4) Bila pulut dah sejuk. masukkan ke dalam daun ketupat palas tadi. Boleh tengok video cara balutnya. Ikat ketat dan kemas, akhir sekali simpulkan tangkainya supaya masa masak nanti pulut tak terburai dan air tak masuk ke dalam daun.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

5) Masukkan kesemua pulut yang dah siap ke dalam periuk, isi air hingga paras tinggi ketupat tu. Kemudian masak hingga airnya kering. Bila air kering tu maksudnya dah masak lah ketupat anda tu. Jangan lah sampai air kering pun tak perasan ya. Hangit pula ketupat tu nanti.

resepi ketupat palas, ketupat palas, cara buat ketupat palas, cara balut ketupat palas, daun palas, kelongsong ketupat palas, ketupat palas utara, ketupat palas jagung, ketupat palas kacang, ketupat palas frozen

6) Biarkan sejuk dan boleh dah makan dengan rendang pilihan


Ayue harap resepi ni dapatlah bantu anda yang teringin nak buat ketupat palas raya ni ya. Kalau anda ikut tips-tips Ayue share ni, insyaAllah menjadi pulutnya. Tak hangit dan tak mentah. Tapi lebih baik mentah dari hangit ye sebab kalau mentah atau belum masak, boleh stim kan sehingga masak. Tapi kalau hangit nak buat macam mana? Haha.

Ok, Ayue share sikit lagi lah macam mana nak buat kalau pulut anda air dah kering dah dalam periuk tu. Tapi bila buka, belum masak sepenuhnya. Takpa, jangan risau. Untuk elak dari dia terlebih masak atau lembik kalau anda masak lagi dalam air, mertua Ayue pesan anda stimkan saja. Masak guna steamer lah kiranya. Kalau steam tak risau pulut tu terlembik ke apa ok?

Selamat mencuba!




xoxo,


post signature

Sista Stardust Review

$
0
0
Assalamualaikum. Lepas dari bersalin ni, badan Ayue naik macam di papm-pam pulak rasanya. Haha. Hari tu masa dalam pantang bukan main lagi mak urut, pakai bengkung, rasa slim dah, Bila balik rumah sendiri, habis ke laut semua benda. Nampak sangat pemalas nak jaga badan sampai mak pun bebel dah anak dia ni rupa dah macam bola.

Lepas bersalin badan memang mudah naik ye. Selain dari kuat makan sebab anak menyusu badan, badan kita yang memang dah mengembang masa pregnant dulu tu mudah je nak kembang balik. Itu sebabnya Ayue ni membesar dengan jayanya. Tak semua orang bila anak menyusu badan tu badan dia maintain kurus tau. So Ayue pun nak cari lah alternatif untuk kecilkan sikit badan ni sebelum dia membesar bagai dipam-pam.


Ayue ada jumpa satu supplement ni, Sista Stardust. Ia merupakan minuman botani yang masih baru dipasaran. Tapi walaupun baru, anda tak perlu risau sebab Sista Stardust ni dah pun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini antara point yang penting untuk Ayue pastikan sebelum ambil apa-apa supplement yang berbentuk minuman atau makanan. Yelah, nak masuk dalam badan kan, kenalah berhati-hati.

Yang ada dengan Ayue sekarang ni adalah perisa Colla Rose. Rasa dia sedap, tak hanyir walaupun ada bahan kolagen di dalamnya. Antara bahan-bahan lain ialah acacia gum, grape seed, camu camu, astaxanthin, dan rose petals. Bahan-bahan ni semua berfungsi untuk menyihatkan kulit. Contohnya, camu camu berfungsi untuk detoks, menghalang mood swing, meningkatkan imunisasi, dan menyihatkan mata.


Cara pengambilan pun mudah je, cuma perlu tuang sepaket ke dalam tumbler yang berisi 150ml air suam dan goncang hingga sebati. Dah boleh minum. Mudah je kan.

9 kebaikan Sista Stardust:
  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • Membantu proses pencernaan & sembelit
  • Membuang toksin dari badan
  • Mengawal selera makan Badan akan lebih ringan dan bertenaga
  • Membakar lemak dan melansingkan badan
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Mengempiskan perut


Harganya RM150 dan ada 60 sachet didalamnya. Sehari hanya satu sachet sebelum tidur, jadi sekotak ni boleh tahan 2 bulan. Baguskan, Jimat juga sebenarnya. Berbaloi-baloi. Lagipun Ayue lebih suka yang jenis sachet macam ni berbanding supplent yang dalam botol sebab yang sachet ni mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Banyak kebaikan Sista Stardust ni, untuk anda yang berminat nak cuba, boleh dapatkan terus dari mereka ok.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.sistastardust.com
Facebook : sistastardust
Intagram : @sistastardust


xoxo,

post signature

9kedondong | Buffet Ramadan Murah di Ampang

$
0
0
Assalamualaikum. Lama rasanya Ayue tak update entry Buffet Ramadan kan? Sejak ada anak ni memang selalu makan di rumah je. Tapi hujung minggu hari tu Ayue baru balik dari kampung, kami cuba berbuka puasa di 9Kedondong, Ampang sebab harganya berpatutan sangat. RM55 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak. Mana nak dapat area KL buffet ramadan murah macam ni. Dekat Ampang pula tu. Harus lah kami cuba apa yang best dekat sini.


9Kedondong terletak di area rumah kedutaan. Jadi suasana di sana memang sangat tenang dan tak banyak kereta pun. Nak parking pun senang, park saja tepi-tepi rumah tu. Kawasan pun berpagar jadi tak risau jika anak-anak bermain. Dari luar pun dah nampak menarik 9Kedondong ni tak sabar Ayue nak masuk dalam. Sebelum masuk ke tempat makan. siap ada booth untuk kami bergambar. Suasana di tempat makan pula cantik seperti kenduri kahwin. Ayue suka dengan tema tradisional mereka. Ala-ala kampung dalam bandar gitu.




Malah 9Kedondong ni juga pada Ayue sangat child friendly sebab mereka menyediakan kerusi kanak-kanak dan kawasannya luas untuk bergerak dengan stroller. Ayue yang datang dengan stroller ni boleh bergerak bebas. Qaayed nak makan pun senang sebab ada highchair. Ayue memang dari awal dah train Qaayed makan sendiri di kerusi, jadi masa berbuka dia takda lah kacau kami makan. Malah dia makan bersama-sama kami. Alhamdulillah.




Apa yang menarik perhatian Ayue di 9Kedondong ini adalah mereka menyediakan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah. Allahuakbar, jarang Ayue pergi buffet ramadan ada solat berjemaah ni. Apatah lagi terawih. Yela, masing-masing sibuk menikmati hidangan berbuka. Bila ada solat terawih berjemaah ni, takda lah terus leka dengan makan yang tak sudah tu kan. Siap ada ustaz jemputan lagi tau. Disebabkan 9Kedondong ni kawasan perumahan, jadi ruang solat dan tandas sangat dekat. Tak payah nak jalan jauh-jauh.


Ok cukup. Jom Ayue cerita tentang makanannya pula. Mesti anda pun tak sabar kan? Haa, di 9Kedondong ni mereka menawarkan konsep "Selera Warisan Desa" dimana mereka menghidangkan menu-menu tradisi. Ayue ni jenis kalau berbuka mesti nak cari nasi. Kalau ada benda lain pun mesti nak makan nasi dulu. Menu-menu yang disediakan pula aduh, menyelerakan sungguh. Menu-menu kampung sampai terliur Ayue dibuatnya.

Sambal Udang Petai

Daging Masak Black Pepper
Daging Masak Black Pepper ni memang sedap betul. Lembut je dagingnya. Langsung tak liat. Nyesal pula Ayue ambil sedikit.

Ayam Percik

Ikan Keli Berlado
Ikan keli ni memang favourite Ayue. Kalau nampak menu ni memang Ayue akan ambil. Lagi-lagi kalau Keli goreng atau keli berlado macam ni.

Siput Masak Lemak Cili Api Keladi
Mungkin lain hari lain menu nya. Tapi masa Ayue datang, kuah masak lemak ni saja yang ada. Masakan lain semuanya kering sedikit. Kebetulan Ayue memang suka masak lemak cili api, jadi meriahlah pinggan Ayue dengan pelbagai menu sebab menu yang sihidangkan harini semuanya kena dengan selera Ayue. Kuah masak lemak ni tak pedas sangat, tapi cukup berlemak.

Lala Masak Thai
Favourite husband Ayue ni. Dia tu pantang nampak lala sampai tak pandang dah menu lain. Bayangkan dia cuma makan lala saja masa berbuka haritu. Lala masak thai ni ala-ala masak hijau sebenarnya.

Brokoli Cendawan Masak Sos Tiram

Kerabu Mangga

Kerabu Perut

Tengok lah pinggan Ayue ni, sampai takda space dah nak letak lauk lain. Semua menu Ayue rasa sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Nampak sedap semuanya. Alhamdulillah Ayue makan habis tau.



Selain dari lauk masakan melayu, ada juga booth lain yang menyediakan pelbagai menu sampingan.


Minuman Panas

Yong Tau Foo


Ayue tak sempat nak rasa Yong Tau Foo ni sebenarnya. Tapi anak kak Ayu Rafikah berulang kali ambil, maksudnya sedap lah kan? Hehe

Noodle Station

Laksa Johor
Bila ada Laksa Johor, wajib cuba tau sebab susah nak dapat laksa johor yang betul-betul sedap. Di 9Kedondong ni Laksa Johor nya boleh tahan sedap. Kuah dia cukup semua rasa, cuma sambal nya tu pada Ayue kurang kick. Kalau lagi pedas mesti lagi sedap.

Bazaar

Murtabak

Roti Boom
Desserts
Ada juga pengat pisang, bubur jagung dan bubur cha cha tau. Tapi tak sempat lah Ayue nak cuba semua. Ayue cuma sempat cuba ABC nya saja.

Desserts
Kuih pun ada pelbagai jenis. Yang ni banyak kali Ayue repeat sebab Ayue ni memang suka kuih. Mula-mula Ayue cuba tepung pelita, lepas tu Ayue cuba pula seri muka. Last sekali Ayue cuba cheese tart pula. Serius sedap semuanya. Selalu kalau di buffet kuih-kuih ni Ayue jarang beri perhatian sebab susah nak jumpa yang sedap. Rupa je cantik, tapi rasa tak berapa sedap. Di 9Kedondong insyaAllah semua kuih yang Ayue rasa sedap-sedap belaka.

Tepung Pelita

Aneka Kek

Buah-buahan
Masa buka puasa, menu kami suami isteri penuh meja, buah-buahan ni pula menu Qaayed. Siapa kata ada baby tak boleh berbuka dengan tenang bila keluar? Haa, lepas makan Qaayed duduk pula dalam stroller sebab dia dah mengantuk. Hehe. Ayue pun tak risau nak buka stroller dalam tu sebab kawasannya luas. Sesuai sangat untuk yang bercadang untuk berbuka puasa bersama keluarga.


Okey, untuk anda yang berminat nak berbuka di 9Kedondong ni. Buffet ramadan di 9Kedondong ni bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. Buka setiap hari bermula dari pukul 6.00pm – 10.00pm.

Harga buffet :
RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)


Kalau anda book 10 slot, anda akan dapat percuma 1 slot tau. Dah untung dah kat situ. Makan ramai-ramai lagi meriah. Kalau ada nak buat majlis iftar bersama geng office ke, korporat ke, geng sekolah pun bagus ambil promosi ni. Jimat banyak. 9Kedondong juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa esklusif (private iftar) atau perjumpaan berkumpulan sempena ramadan ini.
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)

Alamat:
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm

Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/
Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/

Jangan lupa guna promo kod [ surayax9kedondong ] dan anda akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan. Selamat berbuka!




xoxo,

post signature

Memasak Makanan yang Berkhasiat dan Sihat dengan Ikan Trout Fjord Norway

$
0
0
Pada bulan Ramadan, menjamu makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien amat penting untuk menjaga tahap tenaga, memberi tumpuan mental yang jelas dan membantu badan berfungsi secara lancar sepanjang hari.

Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

En Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara memberi penerangan mengenai kehidupan ikan Trout Fjord Norway di perairan Norway yang terperintis.

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.

Pakar pemakanan Alexandra Prabaharan mempersembahkan 3 jenis lauk menyeluruh dan berkhasiat dengan menggunakan ikan Trout Fjord Norway untuk bulan puasa Ramadan.

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan manampilkan hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat.

Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang – sedap dan sihat untuk bulan puasa Ramadan

Seared ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia

"Ikan Trout Fjord Norway telah menjadi pilihan ikan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Jon Erik Steenslid, Pengarah Majlis Makanan Laut Norway di Asia Tenggara. "Daripada Indeks Pengguna Makanan Laut baru-baru ini, kajian tahunan yang dijalankan oleh Majlis Makanan Laut Norway menunjukkan bahawa 3 dari 4 rakyat Malaysia menganggap penting untuk mengetahui asal makanan laut mereka, dan 1 dari 2 rakyat Malaysia lebih suka membeli Ikan Trout Fjord dari Norway."

Kini Ikan Trout Fjord Norway banyak terdapat di pasar, pasaraya dan kedai makanan laut di Malaysia.

Manfaat kesihatan ikan Trout Fjord Norway

Ikan Trout Fjord Norway adalah sama dengan salmon tetapi Trout dikategorikan sebagai ikan jenis ‘mewah’ kerana dagingnya berwarna merah jingga yang mendalam dengan sedikit warna putih. Ikan Trout Fjord Norway mempunyai rasa yang sangat kaya, dan mempunyai rasa tersendiri selepas makan. Ia mempunyai kulit yang berkilat dan keperakan seperti salmon dan boleh membesar sehingga 2.5 kilogram, iaitu hanya sedikit lebih kecil daripada salmon.

Norway mempunyai suasana kehidupan yang sempurna untuk Ikan Trout Fjord, yang dikelilingi oleh perairan ais yang sejuk serta berpanjangan jauh ke dalam garisan pantainya. Ia diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, dalam satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan.

Norway adalah perintis yang terkenal di dunia dalam penternakan moden untuk trout dan salmon. Pengalaman turun temurun dalam mendapatkan kekayaan hasil lautan memberi orang Norway pengalaman unik untuk menguruskan sumber-sumber ini dengan cara yang betul supaya mendapat ikan yang berkualiti tinggi.

Norway adalah pengeksport makanan laut kedua terbesar di dunia dan pengeluar salmon Atlantik dan Ikan Trout Fjord yang terkenal di dunia. Perolehan hasil laut adalah sebahagian budaya dan sejarah Norway yang amat penting. Sebenarnya, memancing merupakan premis penting bagi orang Norway supaya dapat menetap dan tinggal di pantai utara yang sejuk dan berangin.

Selama berabad-abad, makanan laut telah menjadi sumber asas makanan dan perdagangan penting bagi Norway. Ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada orang Norway untuk mengendalikan khazanah berharga ini dari laut dalam setiap aspek.


Mengenai Majlis Hidupan Laut Norway


Majlis Hidupan Laut Norway (NSC) dimiliki oleh Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Perikanan. Industri makanan laut Norway membiayai aktiviti melalui yuran yang dikenakan ke atas semua makanan laut Norway yang dieksport. NSC adalah badan yang meluluskan pengeksportan makanan laut Norway.

Melalui ibu pejabat di Tromsø, NSC mengembangkan kehadiran di pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan nilai sumber makanan laut Norway. NSC mengawasi pentadbiran dan penggunaan tanda dagangan "Makanan Laut dari Norway", yang mempunyai nilai yang sama bagi industri makanan laut Norway. NSC bekerjasama dengan pemain industri untuk meningkatkan permintaan dan pengunaan makanan laut dari Norway. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://en.seafood.no/


Tanda Dagangan "Makanan Laut dari Norway"

Makanan laut akan sentiasa menjadi sebahagian penting dalam diet kita. Walau bagaimanapun, pengguna hari ini semakin tertumpu kepada asal usul makanan, bagaimana ia dihasilkan dan memenuhi keperluan kelestarian. Kejayaan Norway dibina di atas industri makanan lautnya dan menguruskan sumber lautnya dengan cara yang mampan.

Tanda dagangan baru "Makanan Laut dari Norway" menangani perkara-perkara ini, yang berasaskan isu yang tulus terhadap alam sekitar. Tanda dagangan ini adalah simbol asal dan kualiti untuk semua makanan laut Norway, samada hasil ternakan atau tangkapan liar di perairan dingin dan sejuk di Norway. Jangan ragu lagi: Tempat asal penting sekali.




xoxo,

PELANCARAN RASMI QUILL CITY MALL KL YASSS RAYA 2018

$
0
0
Shopping Sampai Cun! Sebuah Acara Untuk Meraikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dan Menyemarakkan Bahang Kehangatan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri.


Bersempena dengan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli belah mesra keluarga yang terletak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, Quill City Mall, berbesar hati untuk membawakan kepada anda sambutan paling bermakna iaitu pelancaran mega “Yasss Raya 2018”.


Bertemakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend raya terkini yang mempamerkan dekorasi moden Hari Raya. Pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehebatan dekorasi Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL pada Hari Raya ini. Mengambil inisiatif untuk lari dari tema balik kampung, pengunjung sebaliknya telah disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan warna-warna pastel dan lampu neon; sebuah dekorasi separa hipster.

Terokai koleksi-koleksi fesyen terkini dengan lebih 1,000 pilihan koleksi hari raya dan lebih 40 buah gerai jualan yang menampilkan fesyen generasi muda dan separa hipster. Pembeli dan pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini, berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi. Gerai jualan untuk fesyen raya akan berada di Main Entrance dan Main Atrium. Dapatkan fesyen raya terkini dan ambil gambar anda untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.


Nama kempen Yasss Raya 2018 terhasil melalui tema raya tahun ini yang diinspirasikan dari kemeriahan dan kehangatan suasana hari raya. Lampu neon yang menyerlah mewarnai segenap Main Atrium. Hamparan karpet rumput dan bean bag yang tersedia di ruang Main Atrium memberi ruang kepada keluara dan anak-anak muda untuk berbuka puasa dalam suasana lebih santai. Konsep ruang terbuka ini memberi kebebasan kepada anak muda untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan koleksi fesyen terkini disekeliling mereka. Kemeriahan suasana perayaan dengan gemerlapan lampu pastinya menjadi lokasi yang sesuai untuk berswafoto atau swafoto berkumpulan.

Pembeli dan pengunjung akan disajikan dengan paparan skrin LED terbesar yang memaparkan koleksi hari raya yang terkini. Pencinta fesyen amatlah dialu-alukan untuk turut serta kerana kesemua fesyen terkini dibawakan khas untuk generasi muda yang peka dengan perkembangan fesyen terkini.

Acara pelancaran gilang gemilang ini dibawakan khas oleh Quill City Mall kepada rakan-rakan media, rakan kongsi dan para pembeli. Acara ini akan dimulakan dengan persembahan tarian dan diteruskan dengan ucapan Hari Raya beserta ucapan alu-aluan kepada rakan media dan pembeli oleh Pengarah Eksekutif dari Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong. Acara akan diteruskan dengan pelancaran rasmi oleh Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif, Dato’ Lee Fong Yong Pengerusi, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Timbalan Presiden, Pemasaran Quill City Mall.

Acara turut diserikan dengan persembahan IamNEETA yang telah menghiburkan para pembeli dan pengunjung. Selain itu, acara ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkemuka seperti Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Tidak ketinggalan juga persembahan tarian yang memperagakan fesyen terkini yang pasti memukau pembeli dan pengunjung.


Seramai 50 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah telah diraikan dalam “Majlis Berbuka Puasa” sebagai inisiatif tanggungjawab Sosial Korporat bersempena dengan sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak ini juga dijemput untuk meluangkan waktu mereka di Quill City Mall KL bersempena dengan sambutan Hari Raya.

“Saya ingin berterima kasih kepada selebriti muda yang turut serta untuk menyumbang dalam pertunjukan koleksi fesyen raya untuk tahun ini. Kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada pelancaran mega kempen Yasss Raya 2018 dan Inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Melalui acara ini, Quill City Mall KL berharap untuk menyampaikan makna sebenar Ramadhan kepada anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan & Penjagaan Nur Hidayah. Bersempena dengan acara yang berbahagia ini, kami berharap agar anak-anak ini berbahagia sepanjang perayaan yang indah, dilimpahi dengan kebaikan; kerana kami turut tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Inisiatif ini sememangnya untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada anak-anak ini sempena Hari Raya tahun ini, sekaligus menyemarakkan kegembiraan dan berbahagi kasih kepada golongan kurang bernasib baik,” kata Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan dari Kumpulan Syarikat Quill.

Sebagai sebahagian daripada usaha murni untuk menyebarluas kasih sayang bersempena Hari Raya ini, Quill City Mall KL telah memberikan saguhati paket Yasss Rayakepada anak-anak ini. Mereka telah menerima saguhati paket Hari Raya dari pihak pengurusan Quill City Mall KL.

Kanak-kanak ini kemudiannya telah diraikan dalam satu jamuan berbuka puasa di Aragan Yokocho, sebuah restoran Jepun yang menyajikan makanan-makanan Jepun – restoran pertama seumpamanya dan terbesar di Asia. Restoran ini menyediakan ruang makan yang berbeza-beza mengikut 4 musim seperti di Jepun: musim luruh, musim panas, musim bunga dan musim sejuk. Pembeli juga boleh turut serta untuk merasai 4 musim Berbuka Puasa di sini.

Persembahan Secara Langsung dan Kemunculan Para Selebriti Untuk Memeriahkan Suasana

Persembahan Secara Langsung dan kemunculan selebriti undangan pada Tarikh-tarikh tertentu akan menyerikan lagi acara ini. Antaranya ialah Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Kehadiran mereka pastinya menggamatkan lagi suasana Yasss Raya 2018. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan selebriti kegemaran anda sepanjang kempen ini berlangsung. Pembeli dan pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan selebriti kesayangan semasa kempen ini berlangsung. Sila rujuk lampiran yang disediakan.



Promosi dan Pertandingan Hari Raya
Penebusan paket raya yang unik dari Yasss Raya, Cabutan Bertuah Yasss Raya, Carousel Ride, Pertandingan Gambar Yasss Raya dan banyak lagi menanti anda di Quill City Mall KL. Rebut peluang untuk menebus hadiah edisi terhad dan menangi hadiah-hadiah menarik sepanjang berlangsungnya Yasss Raya 2018 ketika anda singgah di Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk lampiran yang disediakan.

Pertandingan Gambar Yasss Raya akan memberikan pembeli dan pengunjung untuk merakam dan berkongsi detik bermakna bersama rakan dan keluarga ketika memriahkan suasana Hari Raya di sini. Dekorasi yang cantik dan terkini akan menghiasi acara ini.

Pertandingan akan bermula pada 17 Mei sehingga 12 Jun 2018, hanya satu gambar untuk setiap penyertaan, peserta boleh menyertai pertandingan ini tanpa had dan hanya 3 pemenang akan dipilih secara rawak untuk memenangi baucer tunai membeli belah dari Quill City Mall KL sebanyak RM500.00.

Anda pernah terfikir untuk mendermakan baju lama yang masih boleh dipakai? Anda boleh menyumbangkan baju anda di Refash. Refash merupakan platform yang membolehkan anda untuk berjual-beli pakaian. Anda boleh menjual baju-baju anda kepada pihak Quill City Mall KL untuk mendapatkan pulangan berupa baucar.

Dengan kerjasama United Overseas Bank (UOB), anda berpeluang untuk mendapatkan kad UOB dan gajet-gajet hebat setiap minggu. Anda hanya perlu berbelanja menggunakan Kad UOB anda dan berpeluang untuk memenangi sebuah Apple MacBook 1.2GHz Hari Raya ini. Anda layak untuk menyertai peluang ini untuk setiap pembelian bernilai RM50. Semakin banyak peluang yang anda miliki, semamin tinggi peluang untuk anda menang.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan saguhati dengan setia pembelian minimum RM250 dengan kad UOB atau RM350 untuk pengguna bukan ahli UOB di Quill City Mall KL dan tebus bantal leher eksklusif dan tambahan 500 AirAsia BIG Points percuma. Hadiah ini boleh ditebus di Kaunter Pengaktifan UOB, Main Atrium, Ground Floor. Stok terhad untuk 200 pembeli terawal sahaja. Penebusan hanya boleh dilakukan setiap minggu bermula jam 10 pagi-10 malam, setiap Khamis hingga Ahad. Promosi ini bermula dari 17 Mei sehingga 12 Jun 2018. Tertakluk pada terma dan syarat.

Tidak ketinggalan juga penyertaan untuk Shop, Dine and Win 3.0 yang bermula dari 18 Mei hingga 29 Julai 2018 yang menawarkan ganjaran sehingga RM15,000 untuk dimenangi. Mari membeli belah di sini untuk keperluan Hari Raya anda dan menangi hadiah mingguan yang tersedia. Tiga kali ganda kegembiraan yang diserikan oleh Jualan Mega, Kumpul AirAsia BIG Points dan menangi hadiah mingguan. Tiga (3) pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setiap 2 minggu sekali. Sila rujuk pada lampiran untuk hadiah mingguan Shop, Dine & Win 3.0.

Quill City Mall ialah pilihan terbaik untuk anda berkumpul Bersama keluarga dan sahabat handai pada hari raya ini kerana anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan hadiah percuma hari raya daripada penjual seperti Modemarket, NSA Beauty Official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle’e Belle’e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra.Rtw, El.Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic, Losravelda, Ashh & Annas, De’ Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi.

Selain daripada Program Kesetiaan BIG Points AirAsia, pembeli juga berpeluang untuk menebus 2 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 1 BIG Point untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu di setiap outlet yang terdapat di Quill City Mall KL; dengan kerjasama Program Kesetiaan BIG Points AirAsia yang menawarkan tawaran eksklusif ini.

Bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 24 Jun 2018, pembeli boleh mendapatkan 2X BIG Points untuk pembelian di setiap kedai di Quill City Mall KL. Pembeli berpeluang untuk menebus 4 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 2 BIG Points pada hujung minggu. Pembeli juga berpeluang untuk menikmati 3X BIG Points eksklusif untuk pembelian di GSC. Pembeli berpeluang untuk menebus 6 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hari bekerja dan 3 BIG Points untuk setiap pembelian RM1 pada hujung minggu. Ahli Program Kesetiaan BIG Points AirAsia boleh mengumpul point untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan serendah 500 BIG Points AirAsia. Pembeli boleh memilih destinasi seperti Alor Setar, Penang, Jakarta, Surabaya dan banyak lagi dengan point serendah 50 sehingga 500 point. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lokasi strategik Quill City Mall yang berdekatan dengan Lebuhraya, pengangkutan awam dan monorel Medan Tuanku yang terletak di Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan kemudahan yang pelbagai kepada pengunjung dan pembeli. Sertai kami untuk berbuka puasa di Quill City Mall untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas waktu puncak. Parking percuma bermula jam 5 petang pad hari bekerja dan kadar rata RM3 pada hujung minggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran raya, dapatkan naskah Yasss Raya 2018 anda sekarang.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran untuk program dan promosi di Quill City Mall KL, layari laman sosial kami di Facebook dan Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau di laman web kami http://www.quillcitymall.com.my.
















Resepi Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

$
0
0
Ikan Trout Fjord Norway boleh menjadi sebahagian diet yang penting pada masa ini kerana Ikan Trout mempunyai protein yang tinggi dan penuh dengan antioksidan dan lemak Omega 3. Ia adalah bahan penting yang sepatutnya dipertimbangkan apabila memasak untuk berbuka puasa dan sahur.

Menurut Alexandra Prahabaran, ahli pemakanan yang bertauliah, Ikan Trout Fjord Norway sangat sesuai untuk hidangan makanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat semasa Ramadan. Ikan Trout yang kaya dengan protein akan membantu mencegah kelaparan dan keletihan sehingga tiba masanya untuk berbuka puasa. Lemak Omega 3 yang sihat di dalam Ikan Trout juga boleh meningkatkan fokus mental.

Alexandra berkongsi resipi dan cara memasak Ikan Trout Fjord Norway, dan dengan manampilkan hidangan lazat dengannya dalam masa yang singkat.


Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa


Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa

Bahan-bahan
1 Filet Trout
1 Daun limau purut, dihiris nipis
1 Limau, dihiris
1 Cili padi merah, dihiris
1 Genggam daun ketumbar (daun sup)
1 Cawan quinoa, dimasak
1 Cawan stok ikan
1 Daun bawang, dihiris
Garam dan lada, secukup rasa


Cara
Masuk quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia menebal menjadi bubur keseluruhannya. Semasa itu dimasak, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas satu kerajang aluminium. Taburkan garam dan lada secukup rasa dan balut dengan ketat, lalu bakar menggunakan ketuhar dengan 200C selama 15 minit. Letakkan bubur di dalam mangkuk. Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang.


Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia

Seared Ikan Trout Fjord Norway dan Salad Kentang Asia

Bahan-bahan
1 Filet Trout
2 Kentang, dimasak
1 Sudu Makan sos soya
1 Sudu Makan minyak bijan
1 Daun bawang, dihiris
1 Sudu Teh bawang merah goreng
1 Inci halia, diparut
Garam dan lada, secukup rasa
Minyak zaitun


Cara
Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada. Bakar ikan trout menggunakan ketuhar dengan 200C selama 10 minit. Semasa itu dimasak, mengekiubkan kentang dan letakkan ke tepi. Pukul sos soya, minyak bijan dan halia yang diparut bersama. Gaul dengan kentang. Masukkan daun bawang dan bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar.



Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang


Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang

Bahan-bahan

1 Filet Trout
1 Sudu Makan serbuk kari ikan
1 Sudu Makan serbuk cili
1 Sudu Teh gula perang
1 Sudu Teh belacan, diparut
Daun limau purut, dicincang halus
Minyak zaitun
Garam, secukup rasa
Daun pisang


Cara

Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam bersama-sama. Buat belahan (make slits) atas kulit ikan trout. Sapu campuran rempah pada ikan. Pastikan daun limau purut dimasukkan ke belahan (into slits) ikan. Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang. Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit. Hidangkan dengan sambal di tepinya.





xoxo,

post signature

Cat Perabot Raya Anda dengan Nippon Paint Momento

$
0
0
Assalamualaikum. Siapa yang planning nak cat rumah raya tahun ni? Haa, ni Ayue nak share dengan anda cat yang sangat awesome dari Nippon Paint. Kenapa awesome? Sebab anda bukan saja boleh cat dinding rumah, malah anda boleh cat perabot rumah sekali termasuk lah perhiasan rumah. Tak percaya? Ok takpa, meh Ayue nak cerita.


Ayue pun sebenar tak tahu yang cat ni boleh cat macam-macam. Dalam mindset Ayue bila cat je mesti dinding rumah. Yela, nak cat apa lagi kan? Haa, tu lah anda salah. Nippon Paint sebenar ada satu cat khas dimana anda bukan saja boleh cat dinding, malah macam-macam objek lagi. Nama cat tu Nippon Momento Special Effect Paint. Ayue ada pergi ke workshop yang dianjurkan oleh Nippon Paint. Dari situ lah Ayue tahu macam-macam yang boleh kita buat dengan cat ni sebenarnya.

Sepanjang workshop, Ayue dan rakan blogger lain diajar oleh Ben Firdaus Azraai tentang apa yang menarik dengan Nippon Momento Special Effect Paint ni. Untuk pengetahuan anda, Ben Firdaus merupakan seorang Interior Designer yang telah lama bekerjasama dengan Nippon Paint. Lebih daripada 100 projek tau. Jadi pengetahuan dia tentang Nippon Paint ni tak boleh disangkal lagi. Macam-macam ilmu yang Ayue belajar dari dia hari tu. Nanti Ayue share tips-tips yang Ayue dapat sepanjang workshop ni ya.


Nippon Momento Special Effect Paint Textured dan Enhancer Series mempunyai ciri-ciri ini:

  • Tiada berbuih
  • Mudah dijaga
  • Berfungsi dengan baik pada permukaan yang tidak rata
  • Mesra alam; tidak berbau
  • Tiada pengelupasan & tahan lama

Ok, untuk workshop ni, kami disediakan satu bekas kayu yang kosong untuk kami deko menggunakan Nippon Momento Special Effect. Ayue satu meja dengan Innanie. Kami berdua takda ilham langsung sebenarnya nak deko bakul masing-masing. Tapi once dah dapat idea, tangan tu laju je nak buat itu ini. Ayue pula memang suka jenis kraf-kraf ni, lagi lah fokus level 100% sampai tak toleh kiri kanan dah. Haha.


Warna yang Ayue dengan Innanie dapat adalah Sparkle Gold (Code ROSE GOLD MG 163). Ada macam-macam lagi warna dan koleksi yang ada dibawah rangkaian Nippon Momento ni tau. Antaranya textured series, enhancer series, designer series, metallic series, stone art dan clear coat. Anda boleh terjah website Nippon Paint untuk tengok semua koleksi-koleksi yang ada. Setiap koleksi memberi kesan yang berbeza. Untuk Nippon Momento Special Effect, TEXTURED Series yang Ayue guna ni, dia akan memberi kesan finishing macam di dalam gambar di bawah.



Haa, cantik kan? Takda lagi dinding plain je. Ada corak sikit baru cantik. Menariknya, special effect yang macam ni boleh juga dibuat pada perabot dan perhiasan anda tau. Anda boleh cat pada pasu, bakul, meja, lampu,dan macam-macam lagi.





Untuk cat bakul kayu macam yang Ayue punya ni, selain cat pilihan anda, anda hanya perlukan  cat primer, masking tape, pisau dan berus cat Momento. Cat primer tujuannya adalah untuk memberi kesan yang maksima pada benda yang anda cat.Kalau anda tak cat dulu bakul ni dengan cat primer sebelum cat Nippon Momento Special Effect, kesannya akan kurang dan anda mungkin perlukan lapisan yang tebal untuk nampak warna cat yang sebenar. Haa, rugikan? Jadi lebih baik guna cat primer dulu ya.


Tapi sebelum anda cat, anda kenalah deko dulu bekas ni menggunakan masking tape. Tampal masking tape keliling bakul, kemudian potong ukir ikut kreativiti masing-masing dan kopek masking tape dibahagian yang anda mahu cat dengan Nippon Momento. Corak Ayue simple saja sebab masa yang ada amat terhad. Tak sempat Ayue nak buat kreatif sikit.


Primer


Bila dah siap sapu primer dan dah kering, baru Ayue boleh cat dengan warna pilihan. Kalau nak kesan special effect tu, anda kena sapu cat pada permukaan dengan kaedah sapu secara pangkah X.



Bakul Ayue ni Ayue guna gabungan 2 warna cat. Nippon Momento ni kalau buat dual warna macam ni pun cantik juga. Ada ton gitu. Bila cat dah kering, boleh lah cabut masking tape yang lain. Haa, macam mana? Cantik tak bakul Ayue ni. Ayue buat 2 corak tau untuk depan dengan belakang.



Dual Tone


Cadangnya nak guna bakul ni untuk mainan Qaayed sebab cat Nippon Momento ni terbukti selamat untuk baby dan tidak berbau kerana ia diformulasi dengan VOC yang rendah, tidak mengandungi plumbum atau merkuri dan bebas formaldehid. Tapi macam cantik juga kalau nak buat bekas isi kuih raya kan? Haha. Nampak tak betapa bagusnya bila dapat tukar perhiasan yang kosong menjadi sesuatu yang sangat menarik dengan menggunakan cat?


Lepas ni boleh lah cat rak TV Ayue yang dah usang tu. Confirm nampak macam rat TV baru! Tak sabarnya. Illy dah cat rak TV dia tau. Anda boleh dihat hasil lepas cat rak TV di blog dia ya. Serius cantik.

Oh ya, lupa nak beritahu. Ayue menang deko bakul paling cantik masa workshop tu! Haha. Cincai-cincai pun boleh menang. Alhamdulillah, rezeki anak.


Untuk maklumat lanjut tentang Nippon Paint, anda boleh layari : https://www.nipponmomento.com/




xoxo,

post signature

Kasut Raya Bata 2018 | Cantik dan Mampu Milik

$
0
0
Assalamualaikum. Anda dah beli kasut raya dah? Ayue macam biasa lah, tiap-tiap kasut mesti terjah kedai Bata dulu sebab nak tengok design apa yang menarik untuk koleksi kasut raya Bata 2018. Dah berapa tahun dah sebenarnya Ayue pakai kasut Bata ni tau sebab kualitinya memang terbaik. Yela, masa raya ni lah kaki kita penat nak berjalan sana sini. Jadi kasut raya yang selesa adalah sangat penting ok. Lagi-lagi yang ada masalah kaki macam Ayue ni. Wajib cari kasut yang lembut tapaknya supaya tak sakit.



Selalunya Ayue akan pergi shopping kasut masa pertengahan puasa sebab tak nak beli last minit. Tahu je la bila beli last minit ni mesti ramai orang berpusu-pusu kan. Kalau beli awal, sempat lagi nak belek puas-puas. Lagipun kalau shopping awal-awal ni ada macam-macam promosi tau. Masa ni lah nak grab segala peluang yang ada.

Untuk promosi raya bata 2018 ni, kalau anda shopping melebihi RM99, Anda akan dapat voucher RM25. Manakala kalau anda shopping melebihi RM149 anda akan dapat voucher RM25 bersama 1 Marie Claire Wristlet!



Cawangan kedai Bata yang Ayue pergi ni adalah di Mid Valley Mega Mall. Ayue suka pergi Bata sini sebab kedai nya besar dan banyak pilihan. Senang sikit nak pilih bila ada banyak pilihan kan. Tahun lepas, kasut raya konsepnya macam jeans. Tahun ni pula lebih kepada baldu. Cantiknya la hai. 






Warna biru baldu, ada batu berkilat


Cantik kan? Berkenan betul Ayue denganw arna biru baldu yang ada batu lip lap tu. Kalau kaki ni tak sakit, memang Ayue beli dah yang tu. Tapi sebab kaki Ayue ni langsung tak boleh pakai heels, jadi Ayue kena lah beli koleksi Bata Comfit. Eh, tiap-tiap tahun Ayue beli Bata Comfit ni tau. Serius tahan lama walaupun Ayue hari-hari guna kasut yang sama. Ayue ni jenis suka pakai satu jenis kasut je pada satu masa. Tak suka nak pakai banyak-banyak jenis kecuali ada event apa-apa lah. Ayue akan pakai sampai lusuh atau sampai rosak, lepas tu baru beli yang lain. Bayangkan, kasut Bata Comfit Ayue yang Ayue beli masa raya tahun lepas pun masih boleh pakai walaupun Ayue lenjan hari-hari. Hebat ke tak hebat? 

Dulu masa Ayue muda remaja, Ayue selalu ingat Bata ni kedai kasut golongan mak-mak. Maksugnya untuk orang yang lebih berusia. Yela, Bata kan dah lama bertapak dekat Malaysia ni. Jadi Ayue ingatkan kasut dekat Bata ni design dia untuk orang tua-tua lah. Punya lah sempit pemikiran masa tu, Bila dah mula kenal duani luar, baru lah Ayue tahu yang Bata ni banyak juga pilihan kasut yang cantik-cantik untuk semua golongan termasuk lah kanak-kanak.

Ayue mula kenal Bata ni masa Ayue mula sakit kaki dulu. Ramai yang rekemen supaya Ayue cari kasut Bata sebab ada rangkaian yang sesuai untuk yang ada masalah macam Ayue ni. Ayue pun cuba lah Bata Comfit. Cantik okey. Selesa pula tu.  Untuk koleksi Bata Raya 2018 ni, ada yang jenis lip lap, ada yang jenis macam kulit. Ayue pun try lah semua nak tengok yang mana sesuai dengan Ayue.




Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dua-dua pun cantik. Sesuai dengan baju raya Ayue tahun ni. 



Last-last Ayue pilih design yang ini. Senang nak match dengan macam-macam baju. Cuba teka warna yang mana satu Ayue pilih? Hehe.



Selain kasut, koleksi bag dekat Bata ni pun boleh tahan cantiknya. Matching dengan kleksi kasut raya Bata yang baldu tu. Ikutkan hati nak je Ayue grab seketul bag ni tau. Besar dan stabil dan tak berat. Sejak dah jadi mak ni, macam-macam benda nak kena bawak. Jadi bag kena lah makin besar dan kukuh. 




Koleksi kasut raya Bata lelaki pun cantik-cantik juga. Especially yang jenis casual. Sesuai nak pakai dengan baju melayu ataupun dengan baju casual biasa. Hari raya kedua dan seterusnya ramai yang dah mula pakai jeans dan kemeja kan. Beli satu kasut ni, boleh match dengan macam-macam baju. kan senang. Tak payah nak beli macaa-macam kasut.





Ayue ada juga survey kasut kanak-kanak. Comel sangat. Niat di hati nak beli kan dekat Qaayed lofer ni. Mesti lagi smart. Tapi tu lah, takda size pula. Qaayed kecil lagi. Punah harapan. Haha. Tapi takpa lah, takda rezeki. Boleh cari tempat lain. Yang penting kasut ibu dah ada. 




Settle dah kasut raya Ayue. Yeay! Anda kena shopping cepat-cepat ok. Jangan risau, harga kasut di Bata ni sangat affordable. Mampu nilik oleh semua golongan walaupun design dan kualiti nya setaraf kasut yang mahal di butik tu. Jangan lupa grab promosi yang ada. 


Untuk maklumat lanjut tentang Bata, boleh layari :
Website : https://www.bata.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/BataHome/
Instagram : https://www.instagram.com/batamalaysia/




xoxo,

post signature

Resepi Roti Jala Cheese Roll Kari Ayam tanpa santan

$
0
0
Assalamualaikum. Dekat Malaysia ni, bila sebut menu yang berlemak je mesti semua orang ingat menu tu guna santan kan. Betul? Sebenarnya tak juga. Macam family mertua Ayue, semua yang bersantan mak mertua Ayue akan tukarkan kepada susu cair atau susu fresh kecuali menu-menu macam pulut dan pengat. Semua tu masih kekalkan santan. Cuma yelah, nak beralih dari santan kepada susu tu bukan senang kan. Kalau salah sukat, lain pula jadinya.

Untuk resipi kali ni, Ayue akan kongsikan dengan anda menu kuih tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Roti Jala Kari Ayam. Roti Jala ni mesti ramai yang suka kan? Termasuk lah Ayue. Selalunya kalau Ayue buat memang banyak sebab Ayue seorang je dah berapa keping. Kena pula dengan kuah kari yang kaw, pedas-pedas sikit. Fuh, jilat pinggan tau.

Tapi tula, jilat, jilat juga, kalau dah banyak sangat makan santan pun tak bagus untuk kesihatan kan. Tinggi kolestrol! Itu yang senang dapat macam-macam penyakit tu. Jadi sebagai alternatif, Ayue tukarkan santan kepada susu supaya menu yang kita makan ni lebih sihat.

Anda tahu tau tak yang susu merupakan sumber semulajadi nutrien yang semua orang perlukan? Haa, untuk pengetahuan anda, segelas susu mengandungi 8gram protein rendah lemak dan gula semulajadi. Ayue faham, ramai yang risau tentang lemak yang terkandung dalam makanan anda kan. Tapi sebenarnya tak semua lemak tepu tu sama. Lemak tenusu adalah baik untuk kesihatan tau. Jadi, makan lah berpada-pada.

Okeylah, panjang sangat dah ni Ayue bebel. Mesti semua dah tak sabar nak tau resepi yang Ayue nak share ni kan. Jom.


Resepi Roti Jala Cheese Roll Kari Ayam tanpa santan

Prep time : 10 minutes
Cooking time : 45 minutes
Tasting profile : Savoury
Servings : 3 - 4 person

Bahan-bahan Roti Jala Cheese Roll
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu kecil Garam
  • 2 sudu unsalted butter
  • Cheese Slice

Cara-cara masak Roti Jala Cheese Roll
  1. Gaul semua bahan roti jala (kecuali butter dan cheese) sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper (non-stick) dan sapukan sedikit butter. Masukkan adunan roti jala ke dalam acuan dan kirai nipis di atas kuali.
  3. Biarkan masak, angkat dan letakkan cheese slice ke dalamnya sebelum gulung.





Bahan-bahan Kari Ayam
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu rempah kari ayam
  • 2 biji ubi kentang - dipotong dadu kecil
  • 1 cawan culinary cream
  • 1 cawan air
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis Kari Ayam
  • 1 tangkai Kulit kayu manis
  • 1 tangkai Bunga lawang
  • 3 tangkai Bunga cengkih
  • 2 biji Buah pelaga
  • 2 biji Bawang merah - dihiris
  • 2 biji Bawang putih - dihiris
  • 1 inci Halia - dihiris 

Cara-cara masak Kari Ayam
  1. Tumis bahan-bahan tumis sehingga berbau wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan daun kari. Biarkan sehingga garing.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Kacau seketika dan masukkan culinary cream serta air.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit.
  5. Sedia dihidang bersama Roti Jala Cheese Roll. 



Mudah je kan? Cuma perlu tukarkan santan kepada susu segar untuk roti jala. Manakala untuk kari ayam pula Ayue lebih suka gunakan Cream Culinary sebab guna sedikit saja dah lemak berkrim kuah anda. Masa memasak pun makin cepat tau sebab bila anda gunakan produk tenusu, anda tak perlu lagi nak tunggu lama-lama sampai susu masak. Cukup sekadar ia sebati, dah siap. 

Ayue memang suka guna produk tenusu dari New Zealand sebab kualitinya terjamin dan memang sedap! Sebab tu bahan-bahan yang Ayue gunakan semuanya dari Anchor.

Okey, siap dah Roti Jala Cheese Roll dan Kari Ayam tanpa santan Ayue ni. Seriously, roti jala ni makan macam tu saja pun dah sedap. Tak payah cicah kuah. Terutama untuk anda yang peminat cheese tu. Confirm anda suka punya lah. Suami Ayue siap minta Ayue buatkan lagi tau sebab dia makan sampai habis yang 1st batch Ayue masak tu. Haha. Sedap lemak masin rasa dia. Bila cicah dengan kuah kari lagi lah, umpphh! Lepas tu kebetulan Ayue ada sambal ikan bilis. Makan roti jala cheese dengan sambal pun sedap okey. 



Nampak tak cheese tu? Aduh, terliur dibuatnya. New Zealand memang terkenal dengan Cheese Roll tau. Tapi guna roti lah. Jadi alang-alang tu Ayue gabungkan je dua-dua sekali nak bagi jadi citarasa Malaysia. Macam mana? Menarik tak? Peminat roti jala dan peminat cheese wajib cuba tau.


Oh ya, sebelum Ayue lupa, Facebook Fonterra Brands Malaysia ada buar contest tau. Ada macam-macam hadiah yang anda boleh menang termasuklah Fujifilm Instax mini, Tefal Cookware dan FBM Hamper!!


Cara-cara mudah saja :
1) Like Fonterra Brands Malaysia page
2) Like resepi favourite korang di dalam album di FBM
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi pilihan korang dan tag 3 rakan
4) Share untuk tingkatkan peluang korang untuk menang!



Jangan lupa #FonterraFirstsFeast #DairyforLife dan like resipi Ayue tau! Hehe.

Best of luck!


xoxo,

post signature

Resepi Sup Kuah Tomyam Steamboat Paling Mudah

$
0
0
Assalamualaikum. Ayue dengan family memang suka makan steamboat. Kebetulan haritu Ayue ada nampak Pensonic Stimbot & BBQ 2-Dalam-1, terus grab lah apa lagi. Dapat steamboat dan bbq dalam satu masa pula tu. Bagus sangat lah sebab Ayue suka steamboat, suami suka bbq. Dah jadi isteri ni kena bijak, baru lah senang nak cadangkan beli perkakas apa-apa dekat suami. Haha.



Dah alang-alang bulan ramadan ni, boleh kami makan steamboat dan bbq sekali sebagai menu berbuka puasa. Bosan juga kalau asyik makan nasi kan? Sesekali tukar selera apa salahnya. Nak lagi meriah, suami ajak bersteamboat bbq dekat rumah mertua pula. Wah, lagi meriah lah jawapnya. Bila makan ramai-ramai lagi seronok kan.

Ayue pun apa lagi, terus pergi cari segala bahan-bahan untuk steamboat ni. Untuk steamboat, Ayue beli pelbagai jenis bebola dan tofu. Untuk bbq pula Ayue beli daging, udang dan kerang. Aduh kerang, sedapnya! Kuah steamboatnya pula Ayue cadang nak buat kuah tomyam je sebab yang nak makan semuanya orang besar, takda kanak-kanak, jadi buat kuah tomyam je senang.


Nak buat kuah tomyam steamboat ni mudah je sebenarnya. Tak perlu nak serabut dengan macam-macam perencah. Resepi pun ada macam-macam jenis. Tapi Ayue lebih suka yang simple dan mudah tapi sedap. Bulan puasa ni, tak larat nak duduk lama-lama dekat dapur, Jadi Ayue buat resepi simple je lah untuk steamboat kami tu. Yang penting, sedap. Sampai licin lah kuah tomyam tu dikerjakan. Baru betul-betul puas hati makan kan. Kat bawah ni Ayue share dengan anda resepi sup kuah tomyam untuk steamboat.



Resepi sup tomyam steamboat

Bahan-bahan
  • 2 paket pes tomyam 
  • 1 buku kiub tomyam
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa

Haa, mudahkan bahan-bahannya Tapi percayalah, memang sedap di makan dengan bahan-bahan steamboat yang lain. Untuk kuah steamboat ni, Ayue lebih suka buat cair sedikit berbanding kuah tomyam yang kita selalu makan dengan nasi tu. Tapi walaupun cair, rasanya tetap umpphh tau.

Cara-cara masak

  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Masukkan bahan kisar, serai dan daun limau purut
  3. Masukkan pes tomyam dan kiub tomyam
  4. Tentukan tahap kepekatan kuah
  5. Perasakan dengan garam
  6. Siap

Allahukbar, mudahnya! Sekejap je dah siap kuahnya. Bahan-bahan steamboat yang lain pun Ayue dah siap sedia letak dalam pinggan. Ayue beli dekat pasaraya depan rumah ni je. Beli terus steamboat kit, didalamnya dah siap campur macam-macam bahan untuk steamboat. Kalau ada benda nak tambah baru cari yang lain.


Untuk bbq pula, udang Ayue tak perap sebab lagi suka makan macam tu saja bila dimasak dengan butter. Tapi untuk daging, Ayue perap dengan lada hitam dan sedikit garam. Ini pun resepi mudah tapi sedap juga ni. Kalau anda rajin, boleh perap sekali dengan sos blackpepper dan sos tomato.


Suami Ayue suka betul dengan Pensonic Stimbot & BBQ 2 in 1 ni. Mudah nak guna. Temperature control untuk steamboat dan bbq pula diasingkan, jadi takda lah kejap-kejap nak adjust suhunya. Ayue pula puas hati sebab ruang steamboatnya besar, macam-macam boleh dimasak sekali gus. Suhunya pula cepat tinggi tau. Sekejap je Ayue letak sup tomyam, dah mendidih dah.                                                                                                   



Oh ya, macam tahun-tahun lepas, tahun ini juga Pensonic ada menganjurkan Peraduan Beli, Tonton, dan Menang melalui rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic. Yang menariknya, hadiah yang ditawarkan tahun ni serius best gila! Mana taknya, hadiah tahun ini bernilai RM200,000 termasuklah sebuah kereta X_TRAIL sebagai hadiah utamanya. Aduhai, rezeki siapa lah agaknya tu kan.



Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini ditayangkan setiap hari Isnin bermula jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang.

Cara untuk penyertaan peraduan ini pun mudah saja
  1. Beli barangan Pensonic (min RM50) dalam satu resit.
  2. LIKE FB Page Pensonic 
  3. Kongsikan poster peraduan dan tag kawan anda.
  4. Tonton rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic.
  5. Jawab soalan mudah bersertakan slogan. Hantar jawapan melalui PM di FB Pensonic Malaysia. berserta gambar resit pembelian.

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih melalui penyertaan peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas habis rancangan. Rancangan ini terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua episod.

Peraduan dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018 (sebelum ini tarikh 30 Jun 2018) dan episod terakhir adalah pada 2 Julai 2018. Jadi anda jangan lepaskan peluang ni ok? Siapa yang taknak kereta sebiji oiii.


xoxo,

post signature

Menang Hadiah Bernilai RM10 000 Dengan Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

$
0
0
Assalamualaikum. Musim raya ni Ayue percaya gallery masing-masing mesti penuh dengan gambar kan? Lagi-lagi gambar selfie, mesti penuh album tu kan? Apa kata sambil-sambil selfie tu, sambil anda join sekali Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ni. Hadiahnya boleh tahan best tau. Yelah, dah alang-alang nak bergambar tu, bergambar lah sekali dengan Jus Hidayah Gold. Untung-untung boleh menang hadiah.



Jus Hidayah Gold

Jus Hidayah Gold ini adalah produk Seraimas yang paling laris di pasaran. Untuk pengetahuan semua, Jus Hidayah Gold ini adalah minuman kesihatan yang digabungkan dengan 23 jenis herba terpilih iaitu :
  • Madu
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Kurma Merah
  • Apricot
  • Delima
  • Lada Pintal
  • Cengkih
  • Buah Pala
  • Senduduk Putih
  • Mahkota Dewa
  • Habbatus Sauda
  • Mengkudu
  • Teja Lawang
Dengan gabungan semua herba terpilih ini merupakan makanan sunnah dan memang diyakini dari zaman nenek moyang bagi mengubati penyakit samada luar dan dalaman. Jadi produk Jus Hidayah Gold ini memberi satu alternatif bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan khas untuk semua peringkat umur.


Sedikit info tentang Serai Mas Herbs Sdn Bhd

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan sejak dari tahun 2005 lagi. Pengarah Urusan iaitu Datin Hajjah Sunira Bibi Ali Akhbar menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi. Antara produk terawal keluaran SeraiMas adalah Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Kemudian barulah Seraimas berkembang dengan memperkenalkan produk yang lain seperti Jus Hidayah Gold, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas.


Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold



 Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold yang adakan oleh Seraimas ni bermula dari 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 (10 malam). Kalau anda nak join, kena cepat lah okey sebab tarikh tutup dah tak lama dah ni. Tarikh umum pemenang adalah pada 1 Julai 2018 melalui Facebook Seraimas HQ

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan tetap Jus Hidayah Gold. Kalau anda belum beli takpa, jangan risau sebab anda boleh dapatkan Jus Hidayah Gold dekat mana-mana toko jamu, website Seraimas ataupun melalui Facebook Seraimas HQ.

CARA PENYERTAAN

1) Beli Jus Hidayah Gold
2) Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
3) Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
4) Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
5) Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
6) Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
  • Gambar adalah milik anda
  • Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
  • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
  • Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
7) Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
8) Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Nak tau apa hadiah lumayan yang Ayue sebut-sebutkan dari tadi ni? Haa, Hadiahnya bernilai RM10,000 dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan.


HADIAH
Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas


Aduh, GOLD BAR! Bukan calang-calang sungguh hadiahnya ni. Boleh jadi pelaburan masa depan kot ni. Haish, ruginya kalau tak join. Beratnya 20g pula tu. Cincin yang 5g tu pun jenuh kumpul duit ye tak? Ni orang nak bagi free je, tak kan nak grab kot?


Imam Muda Asyraf

Ustaz popular! Siapa yang tak kenal Imam Muda Asyraf ni. Ayue suka baca teguran-teguran dia yang nampak lembut, tapi sebenarnya tegas. Seraimas telah memilih Imam Muda Asyraf sebagai duta produk Jus Hidayah Gold yang terkenal dengan tagline 'Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal'.


Untuk anda yang tak kenal Imam Muda Asyraf ni, beliau merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Selepas habis program pencarian imam, beliau terus aktif berdakwah melalui program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program Hidayah Talk ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan. Anda boleh tengok program ini melalui laman Facebook Seraimas HQ. Ianya akan disiarkan tiga kali dalam sebulan.


Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ini, sila layari :

Konsert PROJECTOR BAND

$
0
0
Sempena dengan Konsert PROJECTOR BAND, Quill City Mall KL bersama dengan rakan kongsi yang lain berasa cukup bangga untuk mengumumkan pelancaran jualan tiket bagi Konsert mereka yang telah mula dijual pada hari ini.


Lebih kurang 200 media, peminat dan artis tempatan telah hadir untuk pelancaran Konsert mereka yang di adakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor). Pada majlis pelancaran tersebut PROJECTOR BAND telah membuat penampilan khas dan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk "Meskipun Kau Tahu", "Percaya Hati"& single pertama mereka "Sudah Ku Tahu" yang menghiburkan orang ramai. Ini diikuti dengan sesi beramah mesra bersama perminat. Peminat yang membeli tiket di majlis pelancaran ini juga telah mendapat album pertama mereka yang di tanda tangan secara peribadi oleh PROJECTOR BAND sendiri. Majlis pelancaran tersebut berakhir dengan PROJECTOR BAND mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan peminatnya yang datang.

PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre “band rock” ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.


Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR BAND telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk PASTI ADA KAMU, AISYAH, MESKIPUN KAU TAHU, dan PERCAYA HATI, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9.

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU.

Tiket kini boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air.


Follow Projector Band :
Instagram : projectorbandofficial
Facebook : Projector Band Official
Youtube : Projector Band Official


Artist Booking
Emryll :+6017-240 0183 / +6018-387 8075
Email : infomediaasiaproduction@gmail.com
Media Asia Production Sdn Bhd (MAPMUSIC)
No.20-3, Jalan Metro Pudu 2,
Fraser Business Park,
55100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Website : www.mapmusic.my



xoxo,

post signature

Giveaway Hamper Tollyjoy Malaysia bernilai RM100

$
0
0
Assalamualaikum. Tak lama lagi Tollyjoy akan buat Hari Bayi 2018 yang fokus kepada tajuk kepentingan Kesihatan Mental untuk Bayi dan Kemurungan Selepas Bersalin. Ayue memang teruja sangat untuk join sebab pada Ayue ilmu ini adalah sangat penting untuk semua ibu. Macam-macam kes dah sekarang ni kan berkaitan kemurungan lepas bersalin, jadi Ayue tak sabar nak hadir ke Hari Bayi Tollyjoy 2018 supaya Ayue boleh share dengan anda ilmu-ilmu yang Ayue dapat nanti.


Sedikit info tentang Tollyjoy
Tollyjoy Corporation telah terlibat dalam pembuatan dan pemasaran penjagaan bayi dan aksesori penjagaan ibu serta bahan buang sejak tahun 1971 lagi. Dengan tagline mereka, 'For the baby you love’, Tollyjoy komited untuk menetapkan bar yang tinggi dalam industri dengan keselamatan, ketahanan dan kebolehpercayaan produknya. Ada macam-macam produk Tollyjoy ni sebenarnya, antaranya termasuklah Hadiah Bayi, Pakaian Bayi, Keperluan Tidur Bayi, Aksesori Pemakanan Bayi, Kebersihan Diri Bayi, Penjagaan Bayi, Permainan Bayi dan Keperluan Ibu.


Untuk pengetahuan anda, Tollyjoy Baby Day ini dilancarkan di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE. Ia merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.

Bagus kan? Sebab tu Ayue tak sabar nak join lagi tahun ni. Tahun lepas Ayue dah join Hari Bay Tollyjoy 2017 dengan tajuk yang fokus tentang Kepentingan pemakanan bagi bakal ibu, ibu yang menyusu serta bayi dan Ayue dah share semuanya di entry ini : http://www.ayueidris.com/2017/08/tollyjoy-baby-day-2017.html

Untuk tajuk kepentingan Kesihatan Mental untuk Bayi dan Kemurungan Selepas Bersalin ni Ayue akan share kemudian ya.

Tapi sebelum tu, Ayue ada benda best nak share dengan anda ni. Sempena dengan Hari Bayi Tollyjoy 2018, Ayue nak buat GIVEAWAY untuk pembaca blog Ayue. Yeay! Suka tak? Wajib lah hadiahnya produk Tollyjoy kan. Anda yang tak pernah guna produk Tollyjoy ni rugi sangat ok. Sebab produk Tollyjoy ni antara produk terbaik yang Qaayed pernah guna. Ditubuhkan sejak dari tahun 1971 lagi tau, jadi tahap keselamatan dan ketahanannya boleh dipercayai.


Qaayed pula memang sejak lahir lagi Ayue dah mandikan dengan Tollyjoy 2-in-1 hair and body wash sampai lah sekarang. Tak pernah ada alahan apa-apa. Wangi pula tu. Bau Qaayed sama saja dari lahir sampai sekarang sedap nak gomol! Ayue pun suka sebab dia 2-in-1, syampu sekali sabun terus, senang. Banyak kali juga masuk mata Qaayed sebab dia makin buas kan. Susah dah nak mandikan, tapi Qaayed relax je macam takda apa-apa bila sabun masuk mata. Haha. Sebab tu lah Ayue suka guna produk Tollyjoy ni. Bukan sabun saja tau, baby wipes, lotion, pun Ayue guna juga. Baby wipes pun best tau sebab tisunya tebal dan tak mudah koyak. Yang belum pernah cuba tu wajib cuba tau.

Ok, tak sabar nak menang giveaway la tu kan? Haha, mudah je sebenarnya giveaway Ayue ni. Anda cuba perlu:

  1. Like Facebook Tollyjoy Malaysia& Ayue Idris 
  2. Follow Instagram, Tollyjoy Malaysia& Ayue Idris
  3. Share gambar paling comel bayi anda dengan produk Tollyjoy di Facebook atau Instagram
  4. Masukkan caption yang paling kreatif bermula dengan “Bayi saya menyempurnakan kehidupan saya kerana…” atau “My baby completes my world because…
  5. Masukkan hashtag #tollyjoybabydaygiveaway #tollyjoyxayue
  6. Submit entries (Link posting) anda di komen box blogpost Ayue ni.
Mudah sangat kan. Kalau tak faham boleh tanya Ayue ya. PM, DM, Whatsapp, semua Ayue akan jawap nanti. Yang penting anda kena join givaway ni tau. Rugi kalau tak join sebab hadiahnya berupa Hamper Istimewa Tollyjoy Malaysia bernilai RM100 untuk 5 pemenang!! Wah, bestnya! Macam-macam boleh dapat tu.


Tak sabar Ayue nak tengok gambar-gambar comel anak anak. Mesti comel dengan posing masing-masing. Qaayed dah posing ni. Baby anda bila lagi? Cepat-cepat join ok? Nak post banyak-banyak kali pun takpa. Lagi banyak lagi tinggi peluang anda untuk menang.


Tarikh akhir giveaway Ayue ni adalah pada : 10 July 2018
Tarikh pengumuman pemenang : 13 July 2018



Best of luck!




xoxo,

Sambut hari raya anda dengan Elianto

$
0
0
Assalamualaikum. Raya dah dekat ni. Anda dah ready ke belum dengan semua persiapan? Baju raya sudha semestinya, tapi macam mana dengan mekap raya? Haa, Baju dah cantik-cantik, takkan mekap boleh lupa ye tak? Kalau belum ready lagi, ni Ayue nak share dengan anda mekap raya dari Elianto. Best semuanya. Yang paling penting, affordable!

Persediaan Kulit

Gel Mist + Moisturising Gel
Kekal segar dan lembap sepanjang hari dengan Gel Mist. Hanya sembur pada wajah pada bila-bila masa. Terdiri daripada Pomegranate, Aloe Vera dan Hyaluronic Acid. Bertindak sentiasa manjakan kulit dengan Moisturising Gel demi melindungi kulit anda daripada radikal serta merangsang keseimbangan kulit. Ia menegangkan dan menyejukkan kulit anda.

Beli 1 Percuma 1 dengan RM39.90
(N.P RM59.80) Jimat : 33%




Essence Mask Sheet
Kelembapan yang menyegarkan, memberikan kesan kulit yang lembut, licin dan berseri. Ia rawatan yang ideal bagi kulit nan kusam dan kering. Gunakan pupur sebelum solekan atau selepas menjalani hari yang meletihkan. Sembilan pupur ini yang terdiri daripada Royal Jelly, Aloe Vera, Cucumber, Deep Sea, Berries.

Beli 2 Percuma 3 dengan RM27.80
(N.P RM69.50) Jimat: 60%



Pilihan Raya

Luminous 3D Cushion SPF50+ PA+++ & Refill
Segalanya-dalam-satu . Super Essence Foundation dihasilkan dalam bentuk cecair dan kompak agar mudah dibawa ke mana sahaja. Memberi kesan pencerahan dan menambah keserian kulit di samping menutup garis halus dalam tempoh yang lama, membuatkan kulit anda kelihatan cantik semula jadi.

Beli 1 Dapat I PERCUMA RM89.90
(N.P RM139.80) Jimat : 36%



Brilliant Riche Lip Colour
Gincu matte dengan warna yang terang, kombinasi tekstur ringan dan formula yang tahan lama bersama bahan yang mengekalkan kelembapan. Kesan super matte ini tidak akan mengeringkan bibir, tekstur yang tidak melekit dengan warna yang gemilang.

Pilih 4 warna dengan RM89.90
(N.P RM135.60) Jimat : 34%



Warna untuk padanan outfit

Pro Matte Lip Crayon + Velvet Matte Lip liner

Pewarna bibir yang memberikan kesan matte nan lembut dan warna yang menyerlah. Velvet Matte Lip Liner melembapkan dan membuatkan bibir anda tampak menyerlah. Sentiasa lukis garis bibir anda dengan rona warna yang lebih gelap daripada warna asli bibir agar bentuk bibir anda lebih jelas kelihatan. 

RM45.90 setiap set
(N.P RM60.80) Jimat : 25%



Eyeshadow Palette + Eye Primer
Tiga palet yang cantik untuk mata (Bronze, Rose, dan Metallic). Warna yang menyerlah agar mudah untuk dipadankan dengan pelbagai busana dan mood. Jangan lupa untuk larikkan Eye Primer sebelum mengguna pembayang mata agar warnanya tampil lebih cantik dan tahan lama.

RM49.90 setiap set
(N.P RM79.80) Jimat : 31%



Pilihan untuk mata dan badan

Pro Defining Eye-Brow + Stay On Liquid Eyeliner
Kit kening yang sempurna, dirumus bersama campuran wax serta serbuk berpigmentasi tinggi. Mudah digunakan dan membantu untuk mendapatkan rona kening ideal. Celak kalis air ini akan membantu anda untuk melakar kening nan cantik dengan mudah.

RM49.90 setiap set
(N.P RM73.80) Jimat : 32%



Body Mist
Lembut dan menyegarkan. Haruman berbumbukan buah-buahan bersama campuran bunga memberikan anda body mist yang berkualiti – cara paling mudah untuk menggunakan pewangi. Semburan tubuh yang halus rumusannya ini terdiri daripada haruman kesukaan ramai seperti Berries, Strawberries,Lilies, Neroli, Sakura dan Blossoms. Semburkan pada seluruh tubuh dan anda sedia untuk berpergian.

Beli 1 Dapat 1 FREE dengan RM29.90
(N.P RM39.80) Jimat : 25%



Serlahkan kecantikan anda dengan haruman

Perfume EDP 30ml + 50ml
Haruman buah-buahan bersama campuran bunga ini mampu membangkitkan mood anda agar lebih ceria.
Pilih haruman kesukaan anda agar sesuai dengan gaya dan mood anda. Terdiri daripada Sakura, Peony, Lily, Citrus dan Gardenia.

RM 69.90 setiap set
(N.P RM99.80) Jimat : 30%




xoxo,

post signature




Baby Kids Food Styling ideas

$
0
0
Assalamualaikum. Sejak Qaayed dah mula makan ni, memang Ayue sangat titikberatkan pemakanan dia. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Yela, baby lagi kan, mestilah kena hati-hati dengan apa yang nak diberi. Kalau salah bagi makan nanti sakit pula perutnya.

Tapi takda lah sampai by the book sangat. Hehe. Ikut naluri ibunya juga. Janji makanan tu sihat, dan selamat untuk Qaayed sudah memadai. Berat badan dia pun naik elok je sepanjang dia makan ni jadi maksudnya diet pemakanan yang Ayue perkenalkan pada Qaayed tu sesuai lah dengan dia.

Ok, kali ni Ayue bukan nak cerita tentang menu-menu Qaayed, tapi Ayue nak share dengan anda idea-idea makanan untuk anak dah dah besar sikit. Toddler lah kiranya. Especially yang fussy eater tu. Susah nak bagi makan kan? Apa kata anda cuba stylekan menu-menu mereka? Buat bentuk bagi menarik perhatian mereka nak makan.

Macam yang Ayue jumpa di Instagram ni, ada seorang ibu yang sangat passionate untuk menghias makanan anaknya, Liam dalam pelbagai bentuk. Semuanya nampak cantik dan berkhasiat. Ayue dah minta izin siap-siap dah nak guna gambar dia dalam blog Ayue ni sebab cantik betul. Berkenan Ayue. InsyaAllah kalau diberi keizinan kudrat dan masa, nak juga Ayue buat makanan Qaayed comel macam ni.

Saja Ayue ank share dengan anda supaya menjadi rujukan Ayue juga bila dah sampai masanya nanti. Hehe. Dah jom tengok hasil-hasil kids food styling di Instagram Napu88 ni ok?































Cantikkan? Macam-macam bentuk binatang. Dari kasar hasil seni nya, makin lama makin halus Ayue tengok. Memang nampak makin improve design-design yang Napu88 ni buat. Ayue kagum betul dengan ibu yang banyak masa macam ni untuk hias makan anak. Buat masa ni Ayue belum mampu lagi nak hias macam ni. Ayue saja share dengan anda. Mana lah tahu anda pun berminat dalam food styling yang macam ni? Kalau buat jangan lupa tag Ayue tau.


Photo credit : Instagram @Napu88



xoxo,

post signature

Pemenang Giveaway Hamper Tollyjoy Malaysia bernilai RM100

$
0
0
Assalamualaikum. Maaf lambat umum pemenang. Mesti ada yang tertunggu-tunggu kan? Susah betul Ayue nak cari pemenang sebab semuanya comel-comel belaka. Ayat ibu-ibu pun bukan main lagi hebatnya. Pening nak pilih tau. Tapi lepas pilih-pilih dengan pihak Tollyjoy, kami pun dah sepakat. Jadi Ayue umumkan 5 pemenang untuk Giveaway #tollyjoybabydaygiveaway#tollyjoyxayue ni ya.



PEMENANG HAMPER TOLLYJOY BERNILAI RM100:

1) Nurul Nadiyah
2) Sandra Lee
3) Nur Ghina
4) Zamziela Ziela
5) nor_azwin_aween


Tahniah pada pemenang!! Sila PM Ayue :
1) Nama
2) IC
3) Alamat
4) Contact number
beserta screenshot bukti anda dah follow FB & IG Tollyjoy Malaysia dan Ayue Idris ye.

Yang tak menang jangan serik untuk join lagi giveaway Ayue next time. InsyaAllah ada rezeki :)



xoxo,

post signature

It's Your Turn To Change Cancer Care

$
0
0
Every time when we hear the word cancer, we feel scared and sad… But I believe at one point we would have felt inspired to do something for those affected by cancer, right?

What if we tell you that now every Malaysian stands a chance to do so?


Astellas Pharma Inc. today launched their 3rd annual Astellas Oncology C3 Prize (Changing Cancer Care), a global challenge aimed at inspiring non-treatment ideas that may improve cancer care for patients and their loved ones.

Prize money totalling $100,000 USD to be won!

Please find attached the announcement notice to learn more about this exciting challenge.

We truly appreciate your kind support to share this message with fellow Malaysians. It's a golden opportunity to offer life-changing ideas they may have to help change cancer care.



post signature

Tollyjoy Baby Day 2018

$
0
0
Assalamualaikum. Sekarang ni banyak betul kes melibatkan baby. Ada yang ditinggalkan, didera malah ada juga yang dibunuh dengan kejam. Allahuakbar, tak sanggup Ayue nak bayangkan semua ni. Dalam banyak-banyak kes, Ayue terkesan dengan kes yang melibatkan baby yang dibunuh oleh ibu kandung sendiri. Bayangkan anak yang dikandung 9 bulan dalam rahim si ibu dibunuh begitu saja. Apa yang si ibu fikirkan ketika tu? Ayue sendiri pun tertanya-tanya. Jadi bila Tollyjoy sekali lagi menganjurkan Hari Bayi Tollyjoy 2018 dengan tajuk Kesihatan Mental Bayi dan Kemurungan Selepas Bersalin, terus Ayue setuju untuk hadir.


Hari Bayi Tollyjoy 2018 (Tollyjoy Baby Day 2018) anjuran Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE kali ini memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi. Topik ini diterangkan oleh Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS. Pada Ayue ilmu ini sangat penting untuk semua kaum ibu supaya jika berlaku apa-apa, kita dapat muhasabah diri dari terus melakukan sesuatu yang memudaratkan. 

Untuk pengetahuan anda, Tollyjoy ini dilancarkan di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE. Ia merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.


Sebenarnya Ayue sudah lama tidak ke mana-mana event. Jadi bila ada peluang untuk pergi ke event ilmu macam ni, Ayue gunakan peluang yang ada untuk bertukar-tukar pendapat dengan ibu-ibu yang lain tentang topik yang kami bincangkan hari tu. Tapi sebelum sesi chit-chat dengan pihak Tollyjoy dan OrphanCARE, kami buat satu aktiviti menarik iaitu "Sketch A Baby". Permainan ni memerlukan kami melukis gambar baby di ayas pinggan kertas yang diletakkan di atas kepala. Ya. atas kepala tau. Ayue pun apa lagi, cuba lah lukis sebaik mungkin. Tak sangka rezeki Qaayed, Ayue antara 3 ibu-ibu yang melukis gambar baby paling comel, walaupun hakikatnya lukisan Ayue tak nampak langsung bentuk baby.  Kelakar betul.



“Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik,” kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation.

Grace Ng, Manager of Tollyjoy Malaysia sharing about this year’s initiative for Tollyjoy Baby Day.

Manakala Puan Noraini Hashim, Pemegang Amanah OrphanCARE Foundation berkata, "Acara tahun ini adalah sangat penting kerana kami meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental para bayi dan ibu. Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria. Selain itu, para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik. "

Sheerin Khan, Advocacy, Communications and Fundraising Manager of OrphanCARE Foundation sharing about the foundation.

Ayue ada beritahu hari tu yang Ayue akan share ilmu yang Ayue dapat masa event Hari Bayi Tollyjoy 2018 ni kan. Ok, ini adalah sedikit ilmu tentang Kemurungan Selepas Bersalin dan Kesihatan Mental Bayi.


Kemurungan Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin atau orang kita panggil "Meroyan" adalah sebuah keadaan yang dikaitkan dengan perubahan kimia, sosial dan psikologi berikutan kelahiran bayi. Walaupun punca sebenarnya masih tidak diketahui, keadaan tersebut boleh muncul dalam pelbagai simptom termasuk berasa sedih, mudah marah, mengasingkan diri dari orang-orang tersayang, berasa terputus dari bayi, meragui kebolehan diri untuk menjaga bayi dan/atau berasa bersalah kerana tidak menjadi seorang ibu yang baik.
Antara benda yang paling Ayue risaukan selepas bersalinkan Qaayed hari tu adalah meroyan. Mak Ayue kata meroyan ni tak boleh dibawa main sebab kesannya akan memudaratkan si ibu dan anaknya sekali. Ayue faham, kebanyakkan ibu baru pasti ada masalah ketika pertama kali mempunyai anak yang perlu dijaga. Mana tidaknya, dengan keadaan diri yang masih tidak terurus, sakit dari luka jahitan, pergerakan terbatas, tenaga masih belum ada, anak pula kejap-kejap nak susu. Boleh stress dibuatnya.

Ada juga ibu yang takut untuk dapatkan bantuan sebab risau akan dipandang serong oleh masyarakat. Yela, ibu lain boleh saja uruskan hal anak selepas bersalin, kenapa si ibu ni tak boleh. Situasi-situasi macam ni lah yang mendorong kepada meroyan.

Tanda-tanda Kemurungan Selepas Bersalin
  • Masalah berhubung dengan bayi baru anda
  • Cemas dan risau
  • Serangan panik
  • Rasa tidak mampu
  • Merasa bersalah
  • Merasai ganas atau agresif
  • Mempunyai pemikiran untuk membunuh diri

Kemurungan selepas bersalin ni pula bukan berlaku pada ibu yang pertama kali melahirkan anak saja tau. Malah ibu yang sudah mempunyai anak kedua atau ketiga juga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Mereka akan mula mendengar suara-suara, berimaginasi, dan cenderung untuk melukakan diri sendiri ataupun baby mereka. Jadi apa yang mereka perlu buat jika mereka mula nampak simptom-simptom yang Ayue senaraikan tadi?
  • Pastikan keperluan asas anda dipenuhi
  • Dapatkan bantuan disekitar rumah
  • Bercakap dengan ibu baru yang lain
  • Dapatkan bantuan professional
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting terutamanya suami. Sebagai suami, isteri anda baru saja bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk anda. Jadi ringankan lah tulang untuk membantu mereka dari setiap segi. Berikan kata-kata semangat dan kasih sayang supaya mereka tidak cenderung untuk meroyan. Tapi, suami juga boleh mengalami kemurungan selepas bersalin ini jika situasi menjadi serius. Contohnya suami dan isteri sama penat uruskan hal anak. Anak pula meragam sentiasa hingga menyebabkan si ayah terlalu penat dan efek kerjayanya. Bahaya kan jika dua-dua kemurungan? Jadi cepat-cepat lah dapatkan bantuan sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.


Kesihatan Mental Bayi

Jika ibu kemurungan selepas bersalin, ia akan mengakibatkan pengabaian dan menyebabkan tekanan pada si bayi. Si bayi akan berasa terabai, yang menyebabkan tangisan berpanjangan dan hubungan fizikal yang berkurangan di antara ibu dan anak.

“Tekanan pada peringkat bayi dan permulaan zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada pembesaran anak sehingga mereka dewasa. Banyak kajian telah menunjukkan kaitan antara ikatan ibu-anak yang penuh kasih sayang dan perkembangan sihat emosi, sosial dan kognitif anak, terutamanya ketika dua tahun pertama kehidupannya. Oleh itu, persekitaran selamat, stabil dan penuh kasih sayang yang dibentuk sejak dari kecil akan banyak membantu dalam membentuk masa depan si kecil anda dan membuka peluang untuk kejayaan kemudian dalam hidup,” kata Cik Jessie Foo.

Jessie Foo, Clinical Psychologist of Kin & KiDS sharing about Infant Mental Health and Surviving Postpartum Depression.


Kenapa Kesihatan Mental Bayi ni penting?
  • Ia membantu mengawal tekanan
  • Ia membantu mengawal emosi
  • Ia memberi kesan kepada perkembangan kognitif
  • Ia menjejaskan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain
  • Ia mempengaruhi pembangunan harga diri & keyakinan diri

Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita sedang menjejaskan kesihatan mental anak kita sendiri dengan kurang bergaul dan abaikan mereka. Anak kecil bawah 2 tahun sangat memerlukan perhatian. Jika ibu mengalami kemurungan, macam mana mental anak nak sihat? Pencegahan masalah kesihatan mental haruslah bermula dari peringkat muda. Ia sangat penting untuk para ibu-bapa berinteraksi bersama bayi mereka dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria. 

Macam mana nak pastikan Kesihatan Mental Bayi anda terbaik?

  • Luangkan masa untuk berhubung & berkomunikasi dengan bayi seperti senyum, sentuh, bercakap, bernyanyi, dan urut.
  • Luangkan masa untuk memahami kelakuan bayi anda & isyarat
  • Beri respons terhadap keperluan bayi anda
  • Selesa dan meyakinkan kanak-kanak apabila mereka takut, marah, atau terluka.

Para ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberikan sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik. Jadi jangan takut untuk dapatkan bantuan ok?

Hari Bayi Tollyjoy 2018 berakhir dengan sebuah sesi perkongsian di mana para ibu-bapa, tetamu dan ahli media mempelajari tentang cara-cara membantu para ibu menangani keadaan tersebut sambil menjaga cahaya mata mereka.




xoxo,

post signature

Baby Tula Carrier Free-to-Grow Review

$
0
0
Assalamualikum. Sejak dari mengandung lagi Ayue memang dah list semua kelengkapan baby yang wajib Ayue ada untuk kemudahan kami terutama baby gear sebab pada Ayue baby gear ni antara investment yang paling penting dah mahal. Yela, kita nak guna yang elok, boleh tahan lama. Kalau boleh nak guna sampai anak-anak lain kan. Jadi kena lah survey betul-betul supaya pilihan yang dibuat tu tepat.

Baby gear yang pertama Ayue dan suami beli sebelum Qaayed lahir adalah car seat dan stroller. Padahal dalam hati ni nak grab sekali baby carrier, tapi masa tu kewangan tak mengizikan, jadi kami hold dulu sampai lah Qaayed dah 10 bulan ni, baru terasa betapa pentingnya baby carrier sebab Qaayed dah berat! Ayah dia dah tak larat nak dukung lagi dah. Tiap kali dukung mesti sakit pinggang, sakit tulang belakang sampai kami kena berhenti berkali-kali untuk bagi ayah dia rehat. Ayue memang jarang dukung Qaayed sebab Ayue dari dulu lagi sakit kaki. Lagipun Qaayed dah dekat 10kg, memang tak larat Ayue nak dukung lagi. Sekejap-sekejap boleh lah.


Yela, kadang-kadang Qaayed bosan duduk dalam stroller, dia nak tengok pemandangan, jadi dia nak didukung. Ayah dia lah jadi mangsa. Jadi kami ambil keputusan untuk dapatkan juga baby carrier supaya kami laki bini dah tak sakit belakang, Qaayed pun selesa bila kami keluar berjalan. Baby carrier pilihan kami adalah Baby Tula Carrier!


Ayue ada banyak sangat benefit yang Ayue nak share dengan mommy yang masih tercari-cari carrier yang bagus untuk baby anda. Yang paling penting, carrier yang anda nak pilih tu wajib ergonomik tau supaya tak memudaratkan tulang baby anda. Kan baby nak duduk lama dalam carrier tu, kena lah cari yang selesa sebab kadang-kadang kita shopping sampai tak perasan berapa jam kita pusing mall. Betul tak?



Ok, sebelum Ayue cerita macam-macam lagi tentang Baby Tula Carrier ni, Ayue nak share dulu tentang brand Baby Tula ni. Baby Tula ni diasaskan oleh pasangan ibu bapa, Ula dan Mike di Poland. Ia merupakan award-winning brand yang dikenali bukan hanya dengan rekaannya yang unik, malah disebabkan oleh komitmen mereka dalam mempromosikan hubungan dan ikatan melalui pendidikan dan komuniti mengendong bayi (babywearing) di seluruh dunia.

Baby Tula Carrier ada 3 jenis pilihan yang anda boleh pilih.

  • Free-to-Grow Carrier (3-20.4 Kg)
  • Standard Carrier (6.8 - 20.4Kg)
  • Toddler Carrier (11.3-27Kg)


Ketiga-tiga carrier ni membolehkan anda mengendong baby secara front carry dan back carry. Ia mempunyai removable hood, poket di pinggang hadapan, dan kebolehan untuk menyusukan baby. Apa yang membezakan ketiga-tiga carrier ni adalah saiz baby, saiz pinggang dan infant insert.



Jadi yang mana satu yang menjadi pilihan Ayue dan suami? Mesti lah Baby Tula Free-to-Grow Carrier. Kenapa Baby Tula Free-to-Grow Carrier? Free-to-Grow ni maksudnya Ayue boleh pakai dari baby baru lahir (newborn) seberat 3.2kg sampai lah anak Ayue berumur 4-5 tahun yang berat dia 20.4kg. Tak payah infant insert pun! Best kan? Selalu carrier yang nak bawa baby dari newborn kena ada infant insert yang berlainan sebab saiz baby terlalu kecil. Tapi Baby Tula Free-to-Grow ni tak payah.  Jimat banyak dah tu sebab infant insert ni lain harganya tau dengan carrier. Kena beli berasingan.



Jom Ayue senaraikan ciri-ciri Baby Tula Free-to-Grow Carrier ni.

1) INNOVATIVE BODY PANEL
Mempunyai tiga tetapan lebar dan dua tetapan ketinggian yang boleh laras untuk membolehkan kedudukan ergonomik yang selesa dari bayi yang baru lahir, bayi dan awal kanak-kanak.

2) DUAL-ADJUSTMENT PADDED SHOULDER STRAPS
Menyediakan keselesaan leher & bahu yang optimum dan menawarkan pelarasan cepat dan mudah bagi pelbagai pemakai

3) BREATHABLE & LIGHTWEIGHT MATERIAL
Direka dan dibuat daripada 100% kain cotton lembut.

4) MULTIPLE ERGONOMIC POSITIONS
Mempunyai pilihan back carry dan front carry untuk menyediakan kedudukan semula jadi, ergonomik yang terbaik untuk jangka masa panjang, selesa membawa yang menggalakkan perkembangan hip dan tulang belakang yang sihat untuk bayi

5) WIDE PADDED WAISTBAND
Memberi keselesaan untuk membantu mengagihkan berat badan secara merata, termasuk poket depan yang besar

6) EXTRA LEG PADDING
Menjaga bayi selesa untuk membolehkan memakai lebih lama

7) EASY-TO-ADJUST DESIGN
Keupayaan untuk membuat pelbagai penyesuaian untuk mencari kesesuaian yang sempurna apabila bayi membesar. Boleh digunakan dari 3.2kg hingga 20.4kg, tanpa infant insert.

8) COORDINATING BASE & HOOD
Mempunyai hood yang boleh ditanggalkan dengan kancing untuk menyokong kepala semasa tidur, perlindungan matahari semasa keluar, dan privasi tambahan semasa menyusu


Product Measurement

  • Bergantung kepada snap setting, kelebaran seat panel boleh dilaras daripada 5" - 15".
  • Bergantung kepada pelaras ketinggian panel, ketinggian pada panel boleh dilaraskan dari ketinggian 11" - 17".
  • Hip Belt mempunyai ukuran tinggi 5" dan lebar 26". Penyambungan tambahan sehingga 30" (total pinggang sehingga 57" panjang).
  • Berat carrier : 0.77kg.


Baby Tula Carrier ni memang pujaan hati ibu-ibu yang memang dah aim nak babywearing baby dia sebab ciri-ciri yang Ayue sebutkan tadi. Ciri-ciri yang paling utama selalu mereka ambil berat adalah kedudukan ergonomik M yang betul,  keselesaan kedua ibu bapa dan anak, padding bahu yang lebar dan selesa berbanding jenama lain dan yang paling menarik adalah designnya yang unik .


Serious, dalam banyak-banyak carrier, design Tula adalah antara yang terbaik dan up-to-date. Sesuai dengan jiwa ibubapa moden yang masih nak kelihatan cantik walaupun dengan memakai carrier. Designnya pula sesuai untuk lelaki dan wanita tau. Ada corak bunga, abstrak, malah plain pun ada. Jadi kaum ayah tak perlu risau.




Design yang Ayue pilih ni pula adalah design terbaru Limited Edition with Jujube Print, Black Lightning. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau Ayue pilih corak bunga-bunga nak segan pula suami Ayue nak pakaikan sedangkan yang selalu bawa baby adalah dia. Jadi Ayue pilih design yang macam ni supaya Ayue dan suami boleh pakai. Cantik kan? Ala-ala askar gitu, tapi bentuk kilat. Selain dari Black Lightning ni, ada dua lagi design terbaru iaitu Shoreline (Limited Edition with Jujube Print) dan Love You So Much.

Cara nak pakai pun mudah saja. Ayue boleh pakaikan carrier ni seorang diri tanpa bantuan orang lain. Yang penting kena pastikan buckle dipasang elok sebelum anda masukkan baby ke dalam carrier. Bawah ni Ayue tunjukkan sekali macam mana cara nak pasang carrier (front carry) step-by-step.


Faham tak? Kalau tak faham takpa, Bila anda beli carrier ni, akan ada manual tunjuk satu-per satu cara nak pakai tula carrier untuk front carry dan back carry sekali. 

Sedikit tips dan perkara yang perlu di check bila memakai carrier mengikut tips TICKS
(T) Tight: Anak mesti erat dalam dakapan ibu/bapa/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
(I) In view at all times: Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
(C) Close enough to kiss: Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Dahi/kepala anak boleh dicium (untuk front carry).
(K) Keep chin off the chess: Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
(S) Supported back: Bahagian belakang badan anak disokong dan berada di dalam keadaan semulajadi. Penting bagi bayi 4 bulan ke bawah untuk berada di dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat.

Kenapa tips ni penting untuk anda tahu? Supaya anda dapat elakkan daripada perkara yang memudaratkan anda dan bayi. Contohnya Hip Dysplasia. Sebab tu penting untuk pastikan lutut baby dalam kedudukan lagi tinggi dari punggungnya, dan membentuk kedudukan "M". Ingat tau.


Sejujurnya, lepas sebulan Ayue pakai baby tula carrier ni, Ayue sangat puas hati dan selesa walaupun Ayue pakai merata bawa Qaayed. Berjalan dalam mall lah, riadah petang lah, beli barang dapur dekat pasaraya pun ada, dan semuanya selesa. Tak dinafikan cuaca dengan Malaysia ni panas. Bila Ayue berjalan di tempat yang tiada air-cond Qaayed akan berpeluh, tapi tidak sehingga menyebabkan dia tidak selesa sebab Qaayed elok je tidur lena dalam carrier tu. Suami pun selesa dan dah tak sakit pinggang lagi bila kendong Qaayed lama-lama. Rasa berbaloi sangat-sangat.



Untuk anda yang berkena nak dapatkan Baby Tula Carrier Free-to-Grow ni, boleh pergi ke Mothercare terdekat anda ata boleh layari https://babytula.com untuk maklumat lanjut.




xoxo,

post signature

LeTen | Restoran Makanan Cina Halal di Mitsui Outlet Park

$
0
0
Assalamualaikum. Anda kalau ke KLIA mesti buntu nak cari tempat makan best kan? Orang selalu tanya suami Ayue dekat mana nak cari makanan best dekat area sana sebab pilihan macam terhad. OK takpa, kali ni Ayue nak share dengan anda dekat mana nak cari makanan yang super sedap bila anda ke Sepang. Suami Ayue kan kerja dekat sana, Ayue memang selalu ikut dia pergi kerja sebab nak meyinggah ke Mitsui Outlet Park. Sambil cuci-cuci mata, sambil isi perut sekali. Hehe.

Kalau sebelum ni tempat favourite Ayue kalau ke Mitsui Outlet Park adalah ParaThai, tapi sekarang Ayue ada dua tempat favourite. Parathai dan LeTen, Restoran Makanan Cina Halal. Ayue sengaja beritahu macam ni sebab Ayue tau ada yang risau nak masuk bila nampak kedai restoran cina ni kan. Lagi-lagi bila nama kedai dia bukan nama muslim, lagi lah risau nak masuk. So lepas ni tak payah was-was nak makan dekat LeTen ni ok sebab semuanya halal.


Siapa sini suka makan masakan cina? Sep sikit! Mungkin sebab nenek Ayue cina mualaf, jadi tekak Ayue ni memang suka dengan masakan cina. Tapi susahnya la hai nak dapat masakan cina halal yang betul-betul sedap dan menepati citarasa Ayue. Kebanyakan yang Ayue jumpa di Shah Alam ni semuanya rasa lebih kurang, portion yang terlalu besar dan over price. Tapi sesekali bila tekak teringin, Ayue ajak juga lah suami pergi makan. Lepas ni tak payah pening-pening dah. Bila tekak teringin nak makan masakan cina halal, confirm Ayue akan singgah LeTen.




Kebetulan masa Ayue pergi haritu adalah Grand Opening LeTen, dapat lah tengok tarian singa sekali. Qaayed first time tengok tarian singa tau. Tapi dia hentam tidur pula. Haha.



Ok, anda mesti dah tak sabar nak tahu menu-menu yang ada dekat LeTen ni sampai Ayue berkenan sangat kan. Bila pergi ke restoran baru, Ayue suka tanya dengan mereka menu apa yang paling sedap untuk Ayue cuba supaya Ayue dapat rasa masakan mereka yang paling sedap. Cover mulut siap-siap ya, jangan meleh air liur tengok menu-menu Ayue nak share ni.

Ayue suka mula menu dengan Dim Sum dulu kemudian baru appetiser. Menu pertama yang Ayue cuba adalah Xiao Long Bao. Seriouly, ini adalah Long Bao yang paling sedap pernah Ayue makan. Cukup lembut, cukup sup, rasa isi dekat dalam pula pergh, nikmat. Ayue cuba 3 jenis Long Bao iaitu Sambal Chicken, Cheese Chicken dan Black Truffle. Semua ni rasa dia lain-lain dan yang paling Ayue suka, Cheese Chicken. Anything with cheese ni memang sedap betul lah.


Sambal Chicken Xiao Long Bao (6 pcs) – RM18.90
Rupaya nak makan Xiao Ling Bao ni ada cara dia. Ayue baru tahu, Anda pun mesti tak tahu kan? Haha. Takpa, meh Ayue ajar ok. Mula-mula anda kena kepit Xiao Long Bao ni pada bunjut nya perlahan-lahan guna chopstick dan letakkan ke dalam sudu. Hati-hati tau sebab kulit dia nipis dan mudah terkoyak. Kalau dah terkoyak rugi lah sebab dalam tu ada sup yang maha sedap. Lepas letak Xiao Long Bao dalam sudu, anda kena gigit bunjut tu atau koyakkan sedikit kulitnya supaya sup di dalam tu keluar dan hirup sup tu dulu. Lepas tu baru makan Xiao Long Bao tu. Seriously sedap sangat-sangat! Ada yang suka makan dengan halia, tapi Ayue suka makan macam tu je. Anda kalau ke sini wajib cuba Xiao Long Bao ni tau. WAJIB!.

Black Truffle Chicken Xiao Long Bao (6 pcs) – RM29.90
Selain Xiao Long Bao, Ayue ada cuba juga Chinese Bun, Wanton dan Dumpling. Semua ni kan antara menu-menu orang cina yang famous. Rugi lah kalau tak cuba. Paling Ayue suka Chinese Bun tu. Rangup di luar lembut di dalam gitu. Ayue tabik betul chef yang buat Chinese Bun ni. Bukan senang tau nak dapat roti yang gebu, tapi dekat luarnya rangup. Ayue cuba buat banyak kali dah, tapi tak jadi. Haha. Penyudahnya makan dekat sini je. 3 ketul RM7.90 saja. Sedap pun sedap, Penat pun tak. Haha. Tapi kalau nak lagi sedap, cicah dengan susu manis tu. Lagi umphh.
Chinese Bun (Deep-fried) (3 pcs) – RM7.90

Deep-fried Prawn Wanton (5 pcs) – RM19.90

Pan-fried Chicken Dumpling (3 pcs) – RM10.90

Next, appetiser! Sebenarnya Ayue jarang order appetiser bila makan luar. Selalu Ayue terus ke main menu je sebab lapar. Tapi disebabkan appetiser ni lain macam sungguh tarikannya, kena order juga lah. Haha.

Lettuce Roll with Homemade Sesame Sauce – RM14.90

Lettuce Roll ni nampak macam menyihatkan sungguh kan. Benda-benda sihat ni selalunya pahit. Especially sayur raw macam ni. Tapi bila dah celup dalam sesame sauce tu, tak rasa dah pahit tu semua. Rasa sedap adalah. Refreshing habis.

Crisp-fried Fish Skin tossed in Salted Egg Yolk – RM19.90
Crisp-fried Fish Skin tossed in Salted Egg Yolk ni pula lagi satu menu yang WAJIB anda cuba bila di LeTen. Percaya lah cakap Ayue, sepinggan ni rasa tak cukup, rasa macam nak order lagi. Siap berebut dengan orang sebelah punya nak makan banyak. Krup krap krup krap I tell you. Kulit ikan tu nipis dan rangup, disalut pula dengan kuning telur asin. Aduh, lemak berkrim rasanya. Ni kalau makan sambil layan movie pun syok juga ni.

Imperial Hot & Sour Seafood Soup – RM18.90

Kalau ke restoran cina, antara menu yang Ayue suka order adalah Hor Fun sebab yang lain nya kebanyakan adalah lauk pauk. Jadi Ayue cuba juga lah Stir-Fried Hor Fun with Australian Beef di LeTen ni. Anda yang tak nak makan masakan goreng-goreng macam ni, boleh lah order nasi putih dan makan dengan lauk pauk pilihan anda. Untuk Hor Fun ni, Ayue suka gila sebab rasanya semua cukup. Paling penting daging nya tu lembut dan terasa jus daging tu bila gigit. Fuh, daebak!

Okey, Szechuan Crispy Chicken ni pun salah satu menu favourite Ayue dekat LeTen ni juga. Sebab apa? Sebab dia pedas! Pedas yang berdesing terus ke telinga tu. Lagi-lagi bila makan cili goreng dia tu. Memang kaw habis lah. Yang tak tahan pedas, Ayue nasihatkan makan ayam crispy tu je sebab ayam tu sedap gila. Rangup berempah. Pun sama juga ni. Boleh makan sambil layan movie. Tak pun buat topping atas bubur nasi panas-panas. Pergh, sedap oi!

Szechuan Crispy Chicken – RM24.90

Stir-fried Marbled Australian Beef with Scallion – RM32.90

Baked Jade Perch with Nyonya Style – RM86.90
Next menu yang Ayue rasa anda kena cuba adalah Baked Jade Perch with Nyonya Style. Sejenis ikan puyu. Nama menu ni baked, tapi Ayue rasa tekstur ikan ni macam stim sebab isi ikan tu berjus. Bukan kering. Takpa lah, janji kuahnya tu power. Ala-ala Thai sikit sebab sarat dengan rasa serai dan halia. Kalau makan ni memang kena hirup kuah tu sekali baru feel makan ikan tu datang. Cewah.

Crisp-fried Crystal Prawns with Salted Egg Yolk – RM36.90
Ayue rasa masakan cina ni memang power bab salted egg yolk lah. Apa-apa yang berkaitan dengan salted egg ni yolk ni memang power rasa dia. Serious baq hang. Menu ni pun berebut juga ni. Mana tak nya, punya lah fresh udang dekat dalam tu, lembut pula. Tapi dekat luar salut dengan salted egg yolk rangup. Kau rasa? Memang umphh lah. Ingat cukup sepinggan? Haha.

Pan-fried Pancake with Red Bean Paste – RM12.90

Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice – RM9.90
Untuk dessert pula, Ayue sempat rasa Pan-fried Pancake with Red Bean Paste dengan Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice. Dua menu ni adalah penutup yang terbaik. Dah macam-macam makan tadi, sudahkan dengan pemanis mulut yang ini. Lengkap rasanya. Pan-fried Pancake with Red Bean Paste ni kan famous. Mana-mana pergi pun memang kena rasa menu ni kalau ada. Last sekali, Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice. Rasa dia fresh gila. Ok dah cukup, penuh dah perut ni. Tak boleh nak masuk apa lagi. Haha. Penangan makan dekat LeTen. Hancus diet. (Diet ke?)


Anda kalau nak cuba juga makan di LeTen ni, boleh lah pergi ke Mitsui Outlet Park tu. Dia satu company dengan ParaThai rupanya. Patutlah sedap semacam. Ayue dah siap-siap recommend dekat husband dah sebab company dia suka buat makan-makan dekat ParaThai kalau ada gathering apa-apa. Lepas ni boleh lah mereka cuba LeTen pula. 


LeTen
F-60A, Mitsui Outlet Park
KLIA Sepang
03-86602388



xoxo,


post signature
Viewing all 624 articles
Browse latest View live