Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

Santan | Menu baru dalam pesawat AirAsia

$
0
0
Assalamualaikum. Sebenarnya kalau diikutkan, Ayue belum pernah lagi naik AirAsia. Penerbangan lain Ayue pernah naik, itu pun sebab menang peraduan. Masih belum ada rezeki untuk naik AirAsia walaupun sebenarnya Ayue memang tau AirAsia adalah penerbangan yang terbaik kerana harganya yang murah, hospitality yang sangat bagus dan makanannya yang sedap. Harap-harap ada rezeki akan datang, amen!

Daripada apa yang Ayue dengar, jika naik AirAsia saja, mesti ramai yang setuju yang Nasi Lemak Pak Nasser adalah yang terbaik. Baru-baru ini, demi mempelbagaikan lagi menu makanan di dalam penerbangan supaya pelanggan tidak jemu, AirAsia telah melancarkan menu baru dalam pesawat yang diberi nama 'Santan'.


Konsep 'Santan' ini dipilih kerana kebanyakan menunya menggunakan bahan berasaskan santan dan memang tidak asing lagi dan sentiasa menjadi kegemaran bagi komuniti ASEAN ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, "Kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Kami amat berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang sebagai menu pengelaman dan akan terus memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat lain di ASEAN dalam pusingan Menu Asean 'Santan' yang seterusnya."


Antara menu terbaru yang disediakan dalam penerbangan AirAsia (AK) adalah Nasi Dagang dengan Kari Ayam yang turut dihidangkan bersama Dodol, Nasi kepal Ayam Teriyaki, Sandwich Pizza Ayam Salai.



Jika anda ingin berjimat, anda boleh dapatkan Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang dengan menempah lebih awal melalui menu pra tempah.






Bagi penerbangan AirAsia X (D7) pula, anda boleh dapatkan Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang didatang sekali dengan air mineral sebanyak 350ml. Kedua-dua menu ini boleh didapati secara pra tempah dan juga menerusi pembelian terus didalam penerbangan. 

Nampak sedap semuanya kan? Ayue sendiri dah cuba kesemua menu-menu ini di majlis pelancaran Santan ni. Serius, anda pasti tidak akan menyesal membeli. Bagi Ayue pula, antara yang menjadi pilihan Ayue adalah Nasi Dagang kerana kari ayamnya sangat sedap dan balutan satay ayam. Kedua-dua menu ini memang kena dengan selera Ayue.

Tetamu juga boleh menambah pilihan pencuci mulut dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang mengandungi menu pencuci mulut yang manis seperti Biskut Karamel Masin dan Kit Kat dengan hanya RM7 sahaja.








Untuk kanak-kanak pula, bagi kedua-dua penerbangan AirAsia (AK) dan AirAsia X (D7), tetamu boleh membuat pra tempah bagi hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua burger ayam mini dan ribena. Mereka pasti teruja.


Jangan lupa cuba menu baru ini jika anda menggunakan penerbangan AirAsia nanti okey? Oh ya, menu yang dimasak dan dihidangkan dalam penerbangan ini adalah disahkan HALAL oleh JAKIM.




xoxo,

post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes