Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

GCH RETAIL Kini Memberi Bekalan “TERUS DARI LADANG"

$
0
0
Assalamualaikum. Baru-baru ini Ayue bekersempatan untuk hadir ke majlis menandatangani kontrak selama lima tahun diantara Agroto Sdn Bhd dan Peruncit terbesar Malaysia, GCH Retail Malaysia Sdn Bhd (GCH Retail) untuk bekalan sembilan jenis sayur-sayuran daripada ladang-ladang bersepadu moden di Cameron Highlands.


Kini, pengguna yang membeli di empat buah pusat runcit milik GCH Retail iaitu Giant, Cold Storage Supermarkets, Mercato dan Jasons Food Hall akan mendapat barangan segar dari ladang pada harga yang lebih rendah. Menarik bukan?


“Sebagai pemilik empat jenama runcit iaitu Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall, kerjasama ini adalah inisiatif strategik yang akan membolehkan kami memberi barangan segar berkualiti tinggi kepada pelanggan kami, terus dari ladang-ladang di Kinta Highlands. Pelanggan kami bukan sahaja mahukan bekalan segar sayur-sayuran, tetapi juga sayursayuran yang mempunyai lebih khasiat, lebih segar dan juga selamat untuk dimakan. Permintaan ini akan dipenuhi dengan kerjasama eksklusif kami dengan Agroto dan melalui jenama bersama kami, O'Fresh." kata Dato’ Tim Ashdown, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retails.

Kubis, kubis Beijing, tomato cheri dan tomato biasa, cili Capsicum, kyuri (timun Jepun), cili, salad lettuce, salad little gem dan lobak putih adalah diantara sepuluh jenis sayur-sayuran yang diliputi di bawah kontrak bekalan ini. Pasti pengguna akan teruja melihat sayur-sayuran yang dibekalkan kerana ianya sangat segar.










Nampak segar dan rangup bukan?

Dengan ladang-ladang yang terletak di paras 1,400 meter dari permukaan laut iaitu di kawasan berbukit Kinta Highlands, Agroto mengeluarkan makanan segar yang dihasilkan daripada kedudukan ketinggian serta digabungkan dengan cuaca yang baik di kawasan berkenaan, yang menjadikannya sesuai untuk penanaman sepanjang tahun. 


“Kami menggunakan kombinasi teknik perladangan moden dan konvensional antaranya rumah hijau/perladangan dengan persekitaran terkawal, sistem hidroponik tanpa tanah dan perladangan terbuka konvensional. Pelbagai teknik digunakan untuk mengawal kualiti hasil ladang dengan lebih baik serta memastikan pulangan yang konsisten dan berterusan. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Agroto juga membolehkan pemantauan kualiti berterusan ke atas hasil barangan segar selain peningkatan berterusan dibuat untuk meningkatkan kecekapan operasi perladangan, sejajar dengan Amalan Baik Pertanian Global (GAP),” kata Dato’ Hj Ahmad Shalimin bin Shaffie, Pengerusi Agroto. 


Agroto sentiasa memastikan produknya adalah berkualiti tinggi, menawarkan kesegaran dan khasiat yang konsisten yang dikekalkan melalui proses logistik yang teliti. Ia juga menawarkan harga yang lebih baik sepanjang tahun. 




Ayue sempat juga merasai sendiri sayur-sayuran dari O'Fresh ini. Sememangnya segar kerana ia dipetik semalam dan terus dihantar ke pusat runcit milik GCH Retail. Pastikan anda membeli sayuran bermutu tinggi dengan harga berpatutan ini okey? Pasti anda berpuas hati.





xoxo,

post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.