Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all 624 articles
Browse latest View live

Peluang menangi hadiah bernilai RM200,000 di Booth Traveloka di KL2017

$
0
0
Assalamualaikum. Rasanya tak perlu lagi Ayue nak cerita panjang tentang Traveloka ni sebab satu Asia Tenggara dah tahu yang Traveloka ni merupakan salah satu laman pelancongan e-dagang dalam talian di Asia Tenggara yang sangat berguna tiap kali anda merancang untuk bercuti. Terutamanya kepada kaki travel kerana ia menyediakan semua penerbangan paling murah dan tawaran hotel terbaik di luar sana. Ada banyak sangat diskaun dan promosi yang ada untuk hotel dan tiket flight. Ayue pula kalau bercuti, hotel dan tiket flight lah benda yang paling penting untuk Ayue berjimat.

Ayue pernah cerita details tentang Traveloka ni di sini:
Baca :Tempah percutian bersama keluarga sempena Cuti Sekolah dan Year End Holiday Promotion
Baca :Contest Traveloka Winning Stay


Sekarang ni satu Malaysia tengah kecoh tentang SEA GAMES 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung di negara kita. Bila Malaysia sendiri menjadi tuan rumah, semangat dia jadi lain macam sungguh. Ayue sendiri excited nak tengok setiap pertandingan yang ada tau. Tapi tu lah, hanya mampu tengok dekat TV je sebab sekarang Ayue tengah sarat. Berjalan pun dah macam penguin, ada hati nak tengok live ya. Haha. Takpa, yang penting semangat #BangkitBersama tu ada dan paling penting, Malaysia tengah leading medal sekarang ni. Kita dah dapat 21 GOLD tau. Woohoo!



Sedikit info tentang Sea Games 2017 (KL2017)

KL 2017 akan bermula dari 14 hingga 30 Ogos 2017. Majlis pembukaannya akan berlangsung pada 19 Ogos 2017. Negara yang turut serta adalah kesemua ahli Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan Malaysia. Motto rasmi Sukan, "Rising Together", melambangkan perpaduan antara negara-negara manakala logo rasmi pula adalah berdasarkan layang-layang tradisional berbentuk bulan sabit iaitu Wau Bulan. Logo dan tema untuk Sukan Asia diumumkan bersama-sama dengan harimau Malaysia antropomorfik bernama Rimau sebagai maskot rasmi, dan lagu rasminya dipanggil "Show Belang". Kesemua sukan yang bersaing akan diadakan di 36 tempat iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.


Traveloka sebagai Penaja Emas KL2017


Untuk pengetahuan anda, Traveloka merupakan salah satu sponsors dan official Online Travel partner untuk KL2017. 19 Ogos 2017 telah berlangsungnya Majlis Permbukaan KL2017 di Bukit Jalil dan sebagai penaja emas, Traveloka ada pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan kepada orang ramai. Antaranya adalah Traveloka akan membuka booth di Bukit Jalil dan anda boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000! Fuyoh! Banyak tu. Atlit menang pingat, kita pun menang hadiah. Haha, syok lah macam tu. Rise together, Win together.


Traveloka Livestream page



Di Traveloka Livestream Page, anda boleh tengok secara LIVE aktiviti KL2017 yang dibawakan khas oleh Traveloka sama ada di Facebook Live ataupun di Youtube Live.



Selain dari peraduan di booth, Traveloka juga ada membuat peraduan di Traveloka Livestream page dimana anda berpeluang untuk memenangi kupon travel bernilai lebih RM45,000 dengan hanya meneka negara mana yang akan menang untuk setiap permainan yang dipertandingkan.

Caranya sangat mudah.
  1. Pilih permainan yang anda mahu ramal pemenangnya. Anda boleh memilih hanya 1 permainan setiap hari.
  2. Masukkan id e-mel anda dan memilih negara yang akan memenangi emas dalam permainan ini
  3. Kongsi di media sosial dan hantar entri anda
  4. Setiap hari permainan yang diramal akan ditukarkan, jadi anda perlu kembali ke website ini setiap hari untuk meningkatkan peluang anda untuk menang
  5. Pemenang bertuah akan diumumkan setiap hari di Traveloka Livestream page.



Eh, nanti dulu. Takkan lah Traveloka nak buat peraduan je. Mesti lah ada sesuatu yang menarik di website Traveloka tu sendiri kan sempena KL2017 ni. Haa, siapa yang kaki travel tu cepat-cepat lah terjah website Traveloka sebab Traveloka sedang buat promosi kaw-kaw punya iaitu Hello, Malaysia! dan Go S.E.A!.


Hello, Malaysia!



Untuk promosi Hello, Malaysia! ini, Traveloka menawarkan sehingga 40% diskaun pada penerbangan dan hotel di Malaysia. Masa ni lah anda boleh gunakan peluang yang ada untuk jelajah satu Malaysia ni. Ayue sendiri pun tak habis pusing lagi Malaysia ni tau. Promosi yang sangat menarik ni. Pilih je anda nak ke tempat yang macam mana. Nak lihat bandar ke alam semulajadi? Nak dua-dua pun takda masalah. Kan ada promosi? Hehe.

Kalau anda ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Sukan Sea ke-29 untuk berikan sokongan anda kepada pasukan negara ok? Anda boleh tempat hotel dan penerbangan mulai 7 Ogos hingga 31 Ogos 2017.



Go S.E.A!




Untuk promosi Go S.E.A! pula, Traveloka menawarkan sehingga 60% diskaun pada penerbangan dan hotel di Asia Tenggara. Pilih saja negara mana yang anda mahu pergi dan ikmati penjimatan sehingga 60% pada penerbangan dan hotel ke 10 destinasi khas Asia Tenggara iaitu Singapura, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung dan Lombok. Whoa, bestnya!

Nak lagi best, anda book guna app Traveloka untuk dapatkan harga yang lebih murah. Dah lah ada diskaun, boleh dapat harga lebih murah pula tu kalau guna app Traveloka. Siapa yang tak grab peluang ni memang rugi lah. Anda boleh tempat hotel dan penerbangan mulai 11 Ogos hingga 31 Ogos 2017.

Excited tak? Cepat-cepat lah grab promosi ni ok? Sambil-sambil travel, sambil-sambil sokong pasukan negara kita. Dengan semangat #BangkitBersama, Ayue harap tahun ni Malaysia dapat jadi pemenang keseluruhan untuk KL2017. Chaiyok Malaysia!




xoxo,


Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home

$
0
0
Assalamualaikum. Memiliki rumah dan hartanah sendiri adalah impian setiap orang termasuklah Ayue. Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi bila kita dah mula berkeluarga, mesti kita nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Ayue dan suami juga memang ada perancangan untuk memiliki rumah sendiri, cuma rezekinya belum ada. Tapi takpa, apa yang Ayue nak share dengan anda hari ni adalah sesuatu yang akan membuatkan anda senyum lebar terutama untuk anda yang mencari rumah yang mampu milik.


Rencana Royale




Anda pernah dengar tentang Rencana Royale?

Rencana Royale ni merupakan sebuah projek pembangunan daripada CK East Group yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang mempunyai pelbagai jenis suite. Pembangunannya merangkumi dua ekar tanah komersil dengan jumlah 622 unit yang ditempatkan dalam 2 blok yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam infiniti langit, gimnasium, taman permainan, bilik permainan dan taman.

Unit-unit di Rencana Royale bermula dari saiz 472 sqft sehingga 5,780 sqft dan bernilai dari RM282,000 hingga RM3,990,000. Rencana Royale terdiri daripada 13 tingkat pembangunan Suite merangkumi Deluxe Suite Duplex, Deluxe Suite, Executive Suite Duplex dan Executive Suite.



Apa yang menariknya adalah, Rencana Royale ni letaknya di kawasan yang sangat strategik kerana ia berdekatan dengan mall seperti Ikea Damansara, The Curve, Tesco Damansara, 1 Utama, Publika, Sunway Giza Mall, Tropicana City Mall, Bangsar Shopping Centre, Suria KLCC dan Mid Valley. Kawasan hot dan ramai orang lah kiranya. Jadi kalau anda membuat pelaburan, memang sangat berbaloi.


Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home



Semalam Ayue telah ke Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home dan European Quality Award di Rencana Royale Sales Gallery, TTDI yang turut dihadiri oleh Dato Razali Bin Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).







Sebelum ni Ayue hanya melihat konsep smart home ni di internet, tapi kali ni Ayue dapat lihat sendiri bagaimana konsep smart home yang serba serbi canggih ni. Mana tidaknya, dengan kawasan yang terhad, CK East Group berjaya membuatkan unitnya menjadi sangat luas dan selesa.



Untuk memudahkan pembeli membuat pilihan dan rasai sendiri bagaimana rasanya berada di dalam salah satu unit mereka dengan konsep smart home, CK East Group telah membuat satu show unit yang bernilai hampir RM300,000. Show Unit inilah yang Ayue lihat tadi. Siapa saja yang melihatnya mesti jatuh hati terus.

















Dengan keluasan hanya 472 sqft, ia mampu meletakkan dua biji katil, satu ruang dapur yang sangat selesa, bilik air dan ruang tamu yang boleh diubahsuai menjadi bilik utama. Hebat bukan? Sangat sesuai untuk golongan muda dan keluarga yang kecil.







Selain dari katil yang boleh disembunyikan pada siang hari, satu lagi konsep smart home yang Ayue suka adalah meja makannya yang boleh digerakkan dengan mudah untuk memberi ruang yang lebih luas jika anda dikunjungi oleh rakan-rakan. Malah kawasan itu juga boleh dijadikan tempat untuk lepak sambil menonton rancangan menggunakan projektor. Kira macam mini teater lah. Best kan?




Meja study ini pula boleh dipanjangkan menjadi meja makan. Tidak memakan ruang yang banyak. Manakala TV itu pula boleh digerakkan ke kiri dan kanan untuk kemudahan anda. Sambil memasak pun boleh tengok sinetron okey. Best betul. Kalau Ayue bujang, memang rumah macam ni menjadi pilihan Ayue.

Memandangkan Rencana Royale ni dibina di atas tanah rizab Melayu, jadi projek ini hanya dijual kepada pembeli Melayu dan telah pun dijual 80%. CK East Group pula menawarkan harga yang murah dari harga pasaran. Itu yang jualan hangat macam goreng pisang panas tu.

Siapa yang tak sempat grab tu memang rugi lah. Tapi jangan risau kerana CK East Group mempunyai projek pembangunan lain yang anda boleh pertimbangkan.


European Quality Award

Selain dari Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home, malam semalam juga turut meraikan kemenangan CK East Group di European Quality Award (EQA) dalam ‘Kecemerlangan dan Pengurusan Kualiti’ dari Jawatankuasa Socrates pada European Awards Night yang akan diadakan di Cannes France, Oktober nanti.



Berbeza dengan pemaju lain yang lebih mementingkan gaya hidup dan kemudahan semata-mata, CK East Group pula sangat mementingkan kualiti setiap binaannya. Malah mereka juga turut memastikan yang projek mereka mematuhi piawaian antarabangsa dan siap dibina tepat pada masanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan kata Mr Ng Chong Kiat, Pengarah Urusan CK East Group. Yela, kita dah melabur duit yang banyak, mesti lah kita harapkan kualiti yang bagus kan?



Bukan mudah untuk memenangi anugerah ini ya kerana Sandeep Juneja, Pengarah Urusan Sandeep Juneja Holdings Sdn Bhd. berkata “European Quality Award telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memberi penghargaan kepada syarikat serantau yang terbaik dari segi pengurusan kualiti. Calon-calon terpilih akan melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk kriteria seperti pelaksanaan sistem pengurusan mutu yang moden, pengendalian mutu, operasi, produksi dan kecekapan pemasaran, kelebihan daya saing, sijil nasional, serantau dan antarabangsa, pendapat berorientasikan pelanggan, profesionalisme, mesra alam dan reputasi perniagaan”.





Tahniah diucapkan kepada CK East Group atas kejayaan menerima anugerah European Quality Awards untuk pencapaian cemerlang dalam bidang tanggungjawab sosial korporat, hubungan antarabangsa, ekonomi, politik, sains dan aktiviti sosial.


Untuk maklumat lanjut tentang Rencana Royale, boleh layari:
http://www.ckeast.my/project/9/RENCANA%20ROYALE/?pageId=22




xoxo,

Review Hiruscar Anti-Acne | Hapuskan Jerawat Seawal 2 hari

$
0
0
Assalamualaikum. Masalah jerawat dikalangan rakyat Malaysia ni sememangnya satu masalah yang sangat umum. Ramai diantara kita yang mempunyai masalah jerawat termasuklah Ayue. Tak kiralah jerawat dimuka, di dada ataupun belakang badan, masalah jerawat ni pasti ada tanpa mengira usia.

Jangan kata orang muda yang meningkat remaja saja yang ada masalah jerawat tau. Ayue ni yang dah matang dan nak ada anak ni pun masih ada masalah jerawat lagi. Cuma berbeza dengan zaman masa Ayue remaja, jerawat yang naik di muka agak besar dan meninggalkan kesan parut yang ketara. Bila dah matang ni, lebih kepada jerawat halus dan kalau naik jerawat yang besar pun hanya ketika datang bulan.


Tapi itu pun masalah juga tau. Setiap bulan nak kena rawat kesan jerawat dan parut ni. Bukan senang pula tu nak hilangkan kesan parut ni dalam masa yang singkat. Baru je hilang kesan, dah tumbuh pula yang baru. Ayue lega sedikit tahun ni sebab hormon mengandung Ayue berubah dan Ayue tiada masalah jerawat yang besar. Cuma naik jerawat halus di dahi dan dagu. Kalau boleh tak nak lah ada jerawat langsung kan. Jealous juga dekat rakan-rakan yang kulit wajah mereka licin dan langsung tiada masalah jerawat tu. Flawless betul.

Setiap orang masalah acne nya berlainan. Ada yang ringan, ada yang teruk. Macam Ayue jerawat tumbuh di dahi dan dagu, ada juga yang mempunyai masalah jerawat dibahagian pipi dan hidung, dan selalunya dibahagian T-Zone anda kan? Yela, tempat tu kan kawasan yang paling banyak berminyak di wajah kita ni. Bila nampak je jerawat, mula lah tangan ni gatal nak picit lah, nak tekan lah.

Ada yang sampai menggunakan ubat gigi sebab kononnya nak bagi jerawat cepat kecut. Tabiat macam tu yang sebenarnya akan meninggalkan kesan parut yang lagi teruk dan ketara tau. Ayue sendiri pun pernah buat benda-benda macam ni. Ada yang sampai berbulan nak hilangkan kesan parut yang teruk tu. Fuh, sampai stress dibuatnya. Malu nak berhadapan dengan orang ramai bila jerawat dan parut naik tanpa segan silu. Terasa macam semua orang perhatikan jerawat di muka kita ni. Betul tak?



Hiruscar Anti-Acne

Untuk anda yang ada masalah jerawat atau acne, Ayue ada satu produk nak share dengan anda ni. Hiruscar Anti-Acne merupakan satu produk yang bertindak untuk mengekalkan kulit sihat dan bebas dari parut jerawat. Ia mampu untuk merawat acne dan kesan parut jerawat yang ringan dan sederhana termasuklah bintik hitam, papul dan pustul dan telah pun diuji secara klinikal. Jadi anda tak perlu risau ya.


Selain tu ia juga mampu mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan pengulangan acne. Haa, takda lah jerawat baru mula nak hilang, dah tumbuh jerawat lain pula nanti. Produk macam ni lah yang Ayue cari tau.

Hiruscar Anti-Acne merupakan produk keluaran Medinova yang berpusat di Switzerland.Ia terdiri daripada Pore Purifying Cleanser (Membersih), Pore Purifying Serum (Menjaga) dan Spot Gel (Merawat). Meh Ayue terangkan satu-satu ya.


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser | Harga RM27.80


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.

Ayue suka sangat dengan pembersih wajah ni sebab baunya nyaman dan menyegarkan. Walaupun ia bukan jenis berbuih banyak, tapi selepas mencuci wajah, mesti terasa segar.


Cara menggunakannya:

MEMBERSIH - Urut perlahan-lahan pada wajah yang basah dengan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan bilas.



Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum | Harga RM75.00


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum pula adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat.

Kebanyakkan serum yang Ayue guna mengambil sedikit masa nak kering dan agak berminyak selepas Ayue ratakan dikeseluruhan muka. Tapi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum ni tidak. Ia memang cepat menyerap dan tidak memberikan kesan berminyak.


Cara menggunakannya:

MENJAGA - Sapukan serum kepada wajah selepas mencuci dengan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser. Dicadangkan menggunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pada acne spot sebelum menggunakan sebarang kosmetik untuk kesan yang lebih baik.



Hiruscar Anti-Acne Spot Gel | Harga RM26.80


Manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.

Ini adalah hero produk Hiruscar tau. Kenapa Ayue kata hero? Sebab Spot Gel ni memang terbukti kesannya seawal 2 hari. Cleanser dan serum menjaga untuk keseluruhan muka, Spot Gel ni pula lebih kepada tempat spesifik yang anda mahu cepat hilangkan jerawat. Kawasan degil lah kiranya ni. Paling Ayue suka adalah bila Ayue sapukan sedikit Spot Gel ni pada kawasan yang baru mula nak tumbuh jerawat, jerawat tu akan mengecil dan hilang terus. Tak sempat pun ia nak meninggalkan kesan parut dekat muka Ayue ni.


Kalau Ayue nak mekap, Ayue boleh sapukan dulu Spot Gel ni di kawasan yang berjerawat sebelum mengenakan mekap sebab gel ni lutsinar. Memang takkan nampak disebalik mekap. Jadi Ayue takda la pening kepala fikir bila nak sapu Spot Gel ni. Maklumlah, hari-hari mekap. Hehe.

Lega hati Ayue bila jumpa dengan produk yang berkesan tanpa mengelupaskan kulit ni. Yela, selalunya produk anti-acne ni akan buat kulit kita mengelupaskan, tapi Hiruscar Anti-Acne ni tidak. Itu yang buatkan Ayue suka sangat tu.

Cara menggunakannya:

MERAWAT - Sapukan pada kawasan jerawat sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Dicadangkan menggunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pada acne spot sebelum menggunakan sebarang kosmetik untuk kesan yang lebih baik. Untuk parut jerawat pula, anda boleh guna Hiruscar Post Acne. Produk ni telah pun ada dalam rangkaian Hiruscar tau.


Masa pelancaran produk Hiruscar Anti-Acne ni, Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, “Ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa. Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat.”

(L to R) Dr Ch'ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya dan Syada Amzah, Influencer Media Sosial membincangkan cara untuk merawat jerawat dan kekal bebas jerawat pada setiap masa.
Jadi nak merawat acne ni, bukan dengan cara basuh muka menggunakan produk dengan lebih kerap tau. Tapi menggunakan produk dengan cara yang betul. Baru lah kulit kita tidak hilang kelembapannya.

(L to R) Dr Varun Sethi, Naib Presiden, Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia dan Singapura; Cik Pang Koon Yin, Pengurus Kanan, Pemimpin Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia Sdn Bhd; Cik Irene Chan, Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Kesihatan & Khas Pengguna, Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia Sdn Bhd dan Dr Ch'ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya sedang  memperkenalkan rangkaian produk Hiruscar Anti-Jerawat di Malaysia.
Oh ya, sempena dengan pelancaran produk ni, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless. Anda yang aktif di social media tu boleh ambil peluang ni dan sertai Club Spotless ni okey? Kongsikan pengalaman dan kisah kecantikan anda menggunakan produk Hiruscar Anti-Acne di laman social anda dengan hashtag #clubspotless dan #hiruscarantiacnemy. Manalah tahu kisah anda tu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain? Sama-samalah kita merawat parut jerawat dengan jayanya.


Untuk pelajar Universiti pula, ada berita baik untuk anda ni. Hiruscar Anti-Acne akan memperkenalkan produk ni melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne mulai 26 September 2017 hingga 31 Oktober 2017. Boleh lah anda cuba dan rasai sendiri betapa awesome nya Hiruscar Anti-Acne ni. Nanti bila wajah anda dah bebas daripada jerawat, jangan lupa share dengan Ayue pengalaman anda ok?


Untuk anda yang berminat untuk dapatkan produk Hiruscar Anti-Acne ni, ia boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Harga pun berpatutan tau.


Ayue ada buat GIVEAWAY produk Hiruscar Anti-Acne. Ayue mencari 5 orang pemenang tau. Cara nak join sangat mudah. Anda berpeluang untuk dapatkan 1 set produk Hiruscar Anti-Acne ni tau. Ayue buat giveaway tu dekat FB Ayue, cepat-cepat join ok?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my




xoxo,

Susu Ibu Jadi Banyak Dengan Femilac Milkbooster

$
0
0
Assalamualaikum. Dah menjadi impian setiap ibu yang melahirkan bayi pasti mahu menyusukan bayi mereka sendiri tanpa bantuan susu formula. Yela, 9 bulan kita mengandungkan mereka, mesti kita nak yang terbaik kan. Tiada susu yang terbaik selain daripada susu ibu itu sendiri. Sebab tu Ayue sendiri kalau boleh nak menyusukan baby Ayue sehingga umurnya 2 tahun.

Tapi, kadang-kadang tak semua ibu bernasib baik. Ada yang rezeki susu mereka kurang dan ada juga yang tiada langsung. Macam-macam usaha dah anda buat, tapi masih tidak nampak hasilnya. Akhirnya anda mengalah dan terpaksa menggunakan susu formula untuk mengisi perut anak anda supaya tidak lapar. Sedihnya.


Ada juga ibu yang menyusukan anak masih mencari pelbagai kaedah, supplement dan booster untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak-anak mereka kerana susu yang ada cair dan tidak cukup. Apa yang Ayue tahu, anak lelaki lagi kuat menyusunya kan? Kalau susu cair dan tidak cukup, mesti lah mereka meronta minta lagi. Pening lah kepala si ibu pun.

Bila si ibu mula stress, letih dan penat, susu mereka akan makin berkurang. Bila dah kurang, lagi lah stress kan. Itu belum tambah lagi dengan pengambilan pil perancang, faktor pemakanan, sakit, salah teknik mengepam dan lain-lain lagi. Semua tu menyumbang kepada faktor mengurangan susu ibu.

Ayue ada satu petua nak share dengan anda ni. Untuk anda yang berniat untuk menyusukan anak anda secara eksklusif macam Ayue, anda kenalah menyusu dengan kerap. Menyusu dari awal selepas anda bersalin lagi. Itu lah namanya menyusu secara eksklusif. Masa awal-awal tu anda jangan risau jika susu anda sedikit kerana perut bayi anda masa tu masih kecil lagi. Susu yang dihasilkan oleh anda insyaAllah cukup untuk keperluan anak. Semuanya berdasarkan konsep 'demand' dan 'supply'. Lagi banyak anda menyusukan anak anda, lagi banyak susu yang terhasil mengikut keperluan anak anda. Percaya lah.


Selain daripada tu, anda yang kekurangan susu  boleh juga cuba ikhtiar lain. Ada banyak jenis milk booster yang ada di pasaran, tapi yang Ayue nak share dengan anda ni adalah Femilac Milkbooster. Banyak juga feedback yang Ayue dengar tentang Femilac Milkbooster ni. Selepas mereka consume Femilac Milkbooster, breast mereka #tibetibebengkak kerana ia menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Seronok bukan kepalang lah.




Ayue sendiri bukan lah datang dari keluarga yang susunya banyak. Ada juga diantara adik beradik Ayue yang susunya banyak, ada pula yang kurang. Nasib Ayue belum tentu lagi, jadi salah satu option yang Ayue akan cuba nanti mesti lah Femilac Milkbooster ni kerana ia sangat mudah dimakan. Hanya perlu kunyah saja. Dijamin Halal pula tu.


Majlis pelancaran Femilac Milkbooster Malaysia telah pun diadakan hari tu dengan tema pastel. Ia dilancarkan dan dirasmikan oleh CEO Feedmilk iaitu Puan Anys Syuhada. Cantik dan meriah betul majlis pelancaran tu.



Anda yang ingin mencuba Femilac Milkbooster ni boleh juga dapatkan trial sample dengan hanya RM13 dimana didalamnya mempunyai 12 tablet dalam satu packaging okey? Sangat eksklusif.


Anda boleh terus ke butik ataupun hubungi stokis-stokis Femilac Milkbooster. Jangan risau, ramai stokis Femilac Milkbooster ni tau. Merata ceruk ada. Anda nak COD pun boleh.


Untuk maklumat lanjut tentang Femilac Milkbooster atau Feedmilk, anda boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/Femilac-HQ-1630025720660864/
Instagram : http://www.instagram.com/feedmilk
Website : www.feedmilk.com



Alamat Boutique : Feedmilk Boutique
H50-1, Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200, Shah Alam.

BUKA :SELASA-AHAD ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk Boutique


Alamat Hq: Feedmilk Boutique Sdn. Bhd. (1160172-U)
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor



xoxo,

post signature

Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home

$
0
0
Assalamualaikum. Memiliki rumah dan hartanah sendiri adalah impian setiap orang termasuklah Ayue. Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi bila kita dah mula berkeluarga, mesti kita nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Ayue dan suami juga memang ada perancangan untuk memiliki rumah sendiri, cuma rezekinya belum ada. Tapi takpa, apa yang Ayue nak share dengan anda hari ni adalah sesuatu yang akan membuatkan anda senyum lebar terutama untuk anda yang mencari rumah yang mampu milik.


Rencana Royale


Anda pernah dengar tentang Rencana Royale?

Rencana Royale ni merupakan sebuah projek pembangunan daripada CK East Group yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang mempunyai pelbagai jenis suite. Pembangunannya merangkumi dua ekar tanah komersil dengan jumlah 622 unit yang ditempatkan dalam 2 blok yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam infiniti langit, gimnasium, taman permainan, bilik permainan dan taman.

Unit-unit di Rencana Royale bermula dari saiz 472 sqft sehingga 5,780 sqft dan bernilai dari RM282,000 hingga RM3,990,000. Rencana Royale terdiri daripada 13 tingkat pembangunan Suite merangkumi Deluxe Suite Duplex, Deluxe Suite, Executive Suite Duplex dan Executive Suite.


Apa yang menariknya adalah, Rencana Royale ni letaknya di kawasan yang sangat strategik kerana ia berdekatan dengan mall seperti Ikea Damansara, The Curve, Tesco Damansara, 1 Utama, Publika, Sunway Giza Mall, Tropicana City Mall, Bangsar Shopping Centre, Suria KLCC dan Mid Valley. Kawasan hot dan ramai orang lah kiranya. Jadi kalau anda membuat pelaburan, memang sangat berbaloi.


Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home


Semalam Ayue telah ke Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home dan European Quality Award di Rencana Royale Sales Gallery, TTDI yang turut dihadiri oleh Dato Razali Bin Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). 




Sebelum ni Ayue hanya melihat konsep smart home ni di internet, tapi kali ni Ayue dapat lihat sendiri bagaimana konsep smart home yang serba serbi canggih ni. Mana tidaknya, dengan kawasan yang terhad, CK East Group berjaya membuatkan unitnya menjadi sangat luas dan selesa.


Untuk memudahkan pembeli membuat pilihan dan rasai sendiri bagaimana rasanya berada di dalam salah satu unit mereka dengan konsep smart home, CK East Group telah membuat satu show unit yang bernilai hampir RM300,000. Show Unit inilah yang Ayue lihat tadi. Siapa saja yang melihatnya mesti jatuh hati terus.









Dengan keluasan hanya 472 sqft, ia mampu meletakkan dua biji katil, satu ruang dapur yang sangat selesa, bilik air dan ruang tamu yang boleh diubahsuai menjadi bilik utama. Hebat bukan? Sangat sesuai untuk golongan muda dan keluarga yang kecil.




Selain dari katil yang boleh disembunyikan pada siang hari, satu lagi konsep smart home yang Ayue suka adalah meja makannya yang boleh digerakkan dengan mudah untuk memberi ruang yang lebih luas jika anda dikunjungi oleh rakan-rakan. Malah kawasan itu juga boleh dijadikan tempat untuk lepak sambil menonton rancangan menggunakan projektor. Kira macam mini teater lah. Best kan? 


Meja study ini pula boleh dipanjangkan menjadi meja makan. Tidak memakan ruang yang banyak. Manakala TV itu pula boleh digerakkan ke kiri dan kanan untuk kemudahan anda. Sambil memasak pun boleh tengok sinetron okey. Best betul. Kalau Ayue bujang, memang rumah macam ni menjadi pilihan Ayue.


Memandangkan Rencana Royale ni dibina di atas tanah rizab Melayu, jadi projek ini hanya dijual kepada pembeli Melayu dan telah pun dijual 80%. CK East Group pula menawarkan harga yang murah dari harga pasaran. Itu yang jualan hangat macam goreng pisang panas tu.

Siapa yang tak sempat grab tu memang rugi lah. Tapi jangan risau kerana CK East Group mempunyai projek pembangunan lain yang anda boleh pertimbangkan. 


European Quality Award

Selain dari Majlis Pelancaran Rencana Royale Smart Home, malam semalam juga turut meraikan kemenangan CK East Group di European Quality Award (EQA) dalam ‘Kecemerlangan dan Pengurusan Kualiti’ dari Jawatankuasa Socrates pada European Awards Night yang akan diadakan di Cannes France, Oktober nanti.


Berbeza dengan pemaju lain yang lebih mementingkan gaya hidup dan kemudahan semata-mata, CK East Group pula sangat mementingkan kualiti setiap binaannya. Malah mereka juga turut memastikan yang projek mereka mematuhi piawaian antarabangsa dan siap dibina tepat pada masanya mengikut spesifikasi yang ditetapkan kata Mr Ng Chong Kiat, Pengarah Urusan CK East Group. Yela, kita dah melabur duit yang banyak, mesti lah kita harapkan kualiti yang bagus kan?


Bukan mudah untuk memenangi anugerah ini ya kerana Sandeep Juneja, Pengarah Urusan Sandeep Juneja Holdings Sdn Bhd. berkata “European Quality Award telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memberi penghargaan kepada syarikat serantau yang terbaik dari segi pengurusan kualiti. Calon-calon terpilih akan melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk kriteria seperti pelaksanaan sistem pengurusan mutu yang moden, pengendalian mutu, operasi, produksi dan kecekapan pemasaran, kelebihan daya saing, sijil nasional, serantau dan antarabangsa, pendapat berorientasikan pelanggan, profesionalisme, mesra alam dan reputasi perniagaan”.



Tahniah diucapkan kepada CK East Group atas kejayaan menerima anugerah European Quality Awards untuk pencapaian cemerlang dalam bidang tanggungjawab sosial korporat, hubungan antarabangsa, ekonomi, politik, sains dan aktiviti sosial.


Untuk maklumat lanjut tentang Rencana Royale, boleh layari:
http://www.ckeast.my/project/9/RENCANA%20ROYALE/?pageId=22



xoxo,

Sambutan MYDIN 60 Tahun

$
0
0
Siapa sangka? Implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia! Inilah realitinya! Hari ini, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tahun yang diadakan dengan penuh kemeriahan, kebanggaan dan kesyukuran. Buat julung kalinya, MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN di dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media.


Menyelusuri rentetan ceritera kronologi perjalanan perniagaan MYDIN pasca perang dunia kedua yang bermula dengan kedai papan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957. Selang dua dekad kemudian, kedai MYDIN yang kedua telah dibuka di Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan tahun 1987 cawangan kedai MYDIN yang ketiga telah dibuka di Lembah Klang, iaitu di Jalan Masjid India. Tahun 2016 merupakan tahun keramat dan batu loncatan kepada MYDIN dalam mengembangkan empayar perniagaannya apabila pasar raya besar borong pertama telah dibuka di USJ, Subang Jaya. Sehingga kini, MYDIN sudah mempunyai 322 buah cawangan dengan 10 buah format perniagaan.


Kata Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. "Syukur Alhamdulillah, sudah enam dekad MYDIN berkhidmat untuk Malaya dan Malaysia. Menyambut ulang tahun yang sama dengan negara tercinta Malaysia, pastinya bukan sesuatu yang dirancang, tetapi sebaliknya satu kebetulan yang patut dibanggakan, terutama nya dalam kalangan kami, warga MYDIN sekalian. Tidak dinafikan, bermula daripada tahun 1957, saban hari terlalu banyak cabaran dan dugaan, air mata dan gelak tawa serta kegagalan dan kejayaan dalam meniti usia MYDIN yang kini mencecah 60 tahun. Sesungguhnya, semua inilah yang mematangkan dan menjadi pembakar semangat kepada MYDIN untuk terus berusaha merealisasikan misi MYDIN untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terunggul dengan nilaian yang terbaik, pilihan barangan yang lengkap dan pelbagai serta kecemerlangan berterusan berdasarkan formula perniagaan MYDIN."

Pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 ini, kesemua 81 penaja akan diumumkan secara rasmi dan pemberian memento kepada semua rakan penaja akan disempurnakan oleh Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN. Rakan penaja untuk sambutan ulang tahun MYDIN 60 Tahun ini terdiri daripada rakan penaja berlian, rakan penaja platinum, rakan penaja emas, rakan penaja perak, rakan penaja gangsa dan rakan penaja sokongan. Majlis perasmian hari ini akan diserikan dengan persembahan daripada dua artis hebat tanah air, iaitu Anuar Zain dan Jaclyn Victor. Di samping itu, eksklusif sempena ulang tahun MYDIN Ke-60, Ice Watch dan MYDIN telah bekerjasama untuk mengeluarkan jam tangan edisi khas sebagai cenderamata kepada semua rakan penaja bagi sambutan ulang tahun MYDIN ke-60 yang cukup bermakna ini.


Pelbagai aktiviti hiburan, promosi hebat, kempen menarik akan dilaksanakan sepanjang sambutan ulang tahun MYDIN yang ke-60 yang akan berlangsung selama lima bulan, seperti peraduan P&G dan MYDIN, yang menaja 60 pemenang terpilih mengerjakan ibadah Umrah, Program Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, BABAS & SAFI), Promosi RM6 untuk Pendaftaran/Pembaharuan keahlian Kad Meriah, Radio Domination Suria FM selama sehari, Peraduan di Laman Sosial, Konsert Suria JAM, Konsert Hot FM, Majlis pelancaran produk-produk baru rakan penaja dan banyak lagi. Tambahan lagi, promosi hebat serendah Enam Sen (RM0.06) menanti para pelanggan MYDIN di seluruh cawangan hari ini, 17 Ogos 2017.


Hasil daripada usaha kerjasama dengan The Star juga, kemeriahan sambutan ulang tahun MYDIN Ke-60 ini turut dipanjangkan di 60 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia bersempena dengan kempen #RAISETHEFLAGMY. Pada 18 Ogos 2017, sebanyak 10,000 akhbar tambahan The Star akan diagihkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah dengan harapan untuk menyemarakkan kempen #RAISETHEFLAGMY dan sambutan Hari Kebangsaan 2017. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN dan Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Urusan The Star Media Group akan bersama-sama turun padang pada 18 Ogos 2017 untuk mengagihkan origami bendera Jalur Gemilang kepada para pelajar di sekolah.

Lebih istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulation Nationwide (total: 465,000 Jalur Gemilang Origami) melalui akhbar The Star dan Sinar Harian. Pastinya segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sinergi daripada semua rakan penaja dalam masa lima bulan berturut-turut. Selain itu, sebagai menghargai tempat permulaan perniagaan MYDIN dan sempena ulang tahun MYDIN Ke-60 ini, MYDIN juga akan mengadakan “Majlis Korban & Kenduri Kesyukuran” pada 3 September 2017 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1438H di Kelantan.

Jutaan terima kasih dan apresiasi diucapkan kepada semua 81 rakan penaja atas segala sokongan dan kerjasama yang baik dalam usaha memastikan segala perancangan sambutan ulang tahun MYDIN yang ke-60 ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Ulang Tahun MYDIN Ke-60 hari ini!



xoxo,

Anlene HEART-PLUS membantu menjaga kesihatan jantung anda

$
0
0
Jenama susu dewasa terkemuka, Anlene® bersama dutanya Dato’ Sheila Majid menyeru warga Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung mereka dengan menjaga 3 Tinggi iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi. Seruan ini dilakukan pada pelancaran Anlene HEART-PLUS™, produk susu tepung baharu yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan.


Menurut Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, ia juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Berkongsikan tip-tip penjagaan kesihatan jantung di majlis pelancaran, Dr. Chee berkata: “Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi, satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2, dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.”

“Oleh itu, golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini menerusi tabiat serta gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia berkata, demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, syarikat tersebut telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaharu bagi membantu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung.


“Di Fonterra, kami fokus dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, peningkatan usaha kami beberapa tahun kebelakangan ini, membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang. Bermula dari tahun lepas , kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, produk terbaharu kami Anlene HeartPlus™ mengandungi MoveMax™ dan HeartMax™, yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping juga menyokong pergerakan,” tambahnya lagi.

Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:
  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah;
  • Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah. 
Tambahan pula, formulasi Anlene Heart Plus™ diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah*. Pengambilan makanan dengan indeks glisemilk yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.

Bersetuju dengan nasihat daripada Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik.

“Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato’ Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat,” kata Karen.


Berkongsi dengan ramai, dua cinta dalam hidupnya, Sheila berkata: “Bukan mudah untuk kekal aktif setelah 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pada masa yang sama, memberi perhatian kepada keluarga saya, terutamanya dua orang anak saya yang aktif dan masih bersekolah. Untuk terus melakukan apa yang saya gemari, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya.”

“Oleh itu saya menyeru agar rakyat Malaysia, tua atau muda untuk mula menjaga kesihatan jantung mereka dan menjaga 3 Tinggi. Lakukan senaman secara kerap, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Plus™ setiap hari, anda akan terus melakukan apa yang anda gemari!” tambah Sheila lagi.

Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menasihatkan mereka yang ingin mengekalkan jantung yang sihat. “Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah,” kata Dr. Chee.

“Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi anda!

Anlene Heart-Plus™ kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus™ dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my.



xoxo,

Kuasa untuk Memilih Terletak Ditangan Setiap Ibu

$
0
0
Janganlah anda memandang rendah terhadap keputusan yang diputuskan oleh ibu-ibu, ia bukan sahaja boleh membentuk peribadi anak-anak akan tetapi juga cara permakanan mereka.

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Michigan State University College of Nursing, kanak-kanak kecil didapati kurang menyukai makanan buah-buahan dan sayur-sayuran jika ibu mereka tidak memakannya sendiri dengan secukupnya atau jika ibu menyangka anak mereka itu “memilih makanan”. Apabila ibu mengangap anak mereka memilih makanan, mereka mungkin tidak akan mengalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dengan kata lain, tabit makan ibu selain daripada gaya kehidupan ibu bapa, mempunyai kesan yang besar terhadap pemakanan makanan anak-anak sama ada sihat atau tidak. Malangnya, di dalam era makan segera dan jadual ibu yang sibuk, memilih dan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya adalah tidak mudah bagi sesetengah orang.


Tetapi janganlah risau, salah satu cara untuk mengabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih sihat ke dalam kehidupan harian and adalah dengan meminum jus buah-buahan. Jadi belilah beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti ketika membeli-belah dan membuat sedikit jus di rumah setiap hari.

Walau bagaimana pun, jika kerja membuat jus akan memakan banyak masa yang anda miliki untuk diluangkan untuk keluarga anda, dapatkan lah jus buah dengan pelbagai kombinasi yang lazat daripada pakar jus di Juice Works! Ya, anda selalu akan mempunyai pilihan lain daripada membuatkannya sendiri, kuasa untuk memilih terletak di tangan setiap ibu!

Terutamanya untuk bulan Ogos ini, Juice Works menawarkan promosi “Beli 1 Percuma 1” untuk mereka yang dilahirkan pada bulan 31 Ogos sempena memyambut Hari Merdeka!

Jadi ibu-ibu, jangan merasa bersalah jika andak tidak dapat meluangkan masa untuk memasak atau membuat jus untuk anak-anak anda. Dengan Juice Works, anda masih boleh mengamalkan cara peminuman yang sihat – dan anda boleh melakukannya bersama-sama dengan keluarga yang disayangi anda juga!


Jangan lupa juga mengajar anak-anak kecil anda untuk membuat pilihan yang lebih baik seawal yang mungkin. Lagi pun, penyelidik daripada penyelidikan CNRS di Perancis telah memberikan bukti pada tahun 2012 yang telah di kaji selama sedekat yang menunjukkan bahawa citarasa kami telah ditetapkan sejak awal kehidupan. Ya, kite bercakap mengenai peringkat awal kehamilan!

Saintis percaya bahawa bayi yang breada didalam rahim dapat merasa dengan menghirup cecair amniotik di dalam badan ibu mereka. Dan ibu apa makanan yang diambil oleh ibu ketika itu akan juga diambil oleh janin apabila otak janin itu dibentuk, dan “berkemungkinan memberikan akibat jangka panjang”.

Oleh itu, demi kebaikkan anak anda, pilih lah dengan bijak hari ini!

*Promosi ini hanyalah boleh digunakan untuk pembelian dari kategori tropical & Fruity Blend dan Power Meal kategori. Pembeli mestilah memaparkan kad pengenalan untuk pengesahan tarikh lahir**

**Minuman percuma boleh ditebus untuk minuman yang bernilai kurang atau sama dengan harga pembelian.



xoxo,


Review Tropika Mommy Spa | Aromatherapy Massage Cream & Belly Cream

$
0
0
Assalamualaikum. Wanita mengandung ni memang banyak kerenahnya. Lain wanita lain ragam dia. Ada takda masalah sepanjang mengandung, ada juga yang alah sampai lah bersalin. Alhamdulillah, Ayue takda lah banyak sangat ragam, cuma masalah otot tegang, letih, lesu dan banyak sangat angin yang ada dalam badan memang tak boleh nak dielakkan.

Ayue tak pasti wanita lain, tapi Ayue jenis yang angin penuh satu badan. Dari pagi sampai lah ke malam, memang sendawa saja kerjanya. Kadang-kadang bila kena pedih ulu hati tu, adoi lah, sakitnya bila sendawa. Sampai pening dan loya dibuatnya. Bukan masalah tak makan, dah makan pun masih ada angin lagi. Macam mana tu? Jadi Ayue anggap saja angin satu badan ni adalah pembawakan kehamilan Ayue. Hehe. Lain orang kan lain pembawakannya?


Baru-baru ni Ayue ada cuba Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari jenama Tropika. Ramai rasanya yang kenal dengan jenama ni terutamanya golongan ibu bapa sebab Tropika ni sangat terkenal dengan Baby Herbal Cream nya. Ayue sendiri pakai tau sebab krim tu sangat best, ringan dan tak melekit. Kakak ipar Ayue yang perkenalkan pada Ayue sebenarnya. Anak buah Ayue guna Baby Herbal Cream tu untuk legakan selsema, batuk dan kembung perut. Bukan saja bayi dan kanak-kanak yang sesuai dengan krim ni, Ayue yang dah tua bangka ni pun serasi tau.


Jadi Ayue pun cuba lah Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari Tropika ni sebab bahannya dari bahan semula jadi iaitu Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil).



Tropika Mommy Spa | Aromatherapy Massage Cream | Harga RM49.90


Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream ini diadun daripada minyak kelapa dara bersama Habbatus Sauda, Capsicum dan minyak kayu putih yang bertindak sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan, ketegangan otot dan masalah kelesuan seterusnya menyegarkan lagi tubuh badan anda sepanjang tempoh hamil dan berpantang.



Memang sesuai sangat lah dengan Ayue sebab badan Ayue memang rasa letih, lesu, dan lenguh otot pun sepanjang mengandung ni. Bau dia pulak sedap, macam aromatherapy tu. Best je la bila sapu ke badan. Paling penting bila nak sapu krim-krim macam ni, Ayue sentiasa pastikan yang krim ni tak melekit. Yela, kita nak buat kerja, renyah, takkan nak kulit kita melekit kan?



Aromatherapy Massage Cream ni cepat meresap ke dalam kulit dan tak tinggalkan kesan melekit. Jadi Ayue selesa sangat bila pakai. Ayue suka sebab salah satu kebaikkannya, ia boleh kurangkan angin dalam badan. Haa, macam tau-tau je angin dalam badan Ayue ni banyakkan? Pening dan loya pun makin kurang. Bukan saja masa mengandung, malah lepas bersalin pun krim ni masih boleh digunakan untuk kegunaan semasa berpantang pula. 

Antara kebaikan Aromatherapy Massage Cream yang lain adalah:
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai minyak urut bagi ibu hamil dan wanita dalam pantang
  • Menyegarkan tubuh badan ibu selepas bersalin
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan
  • Membantu melegakan ketegangan otot
  • Meredakan tekanan
  • Membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Membantu menyegarkan tubuh badan sepanjang hari
  • Bebas daripada bahan kimia yang membahayakan


Tropika Mommy Spa | Belly Cream | Harga RM49.90


Mommy Spa Antiseptic Belly Cream diformulasi menggunakan adunan minyak kelapa dara bersama minyak pati Jojoba dan Tea Tree yang berkesan untuk memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda di samping membantu mengurangkan kesan regangan serta masalah kegatalan, kulit kering dan bersisik.



Rasanya kesan regangan ataupun stretch marks memang menjadi masalah utama setiap ibu yang mengandung. Siapa yang tak risau kalau tiba-tiba badan dia penuh stretch marks? Bukan senang nak hilang tau. Ada yang bertahun nak hilangkan kesan stretch marks tu. 

Awal bulan 8 hari tu Ayue ada juga rasa gatal-gatal pada bahagian perut ni. Nak garu takut naik stretch marks pula, tapi memang dah naik pun. Sedih! Walaupun tak banyak, tapi bila dah ada, Ayue nak kena fikir macam mana nak hilangkan stretch marks ni. Boleh stress dibuatnya tau.Menyesal pula tak cari alternatif awal-awal untuk elakkan stretch marks. Ingatkan dah 8 bulan stretch marks tak naik, rupanya tak. Salah sendiri.



Bila Ayue cuba Tropika Mommy Spa Belly Cream ni, rasa gatal tu dah takda. Rasa sejuk dan best je dekat bahagian perut ni. Kulit pun makin lembut. Ada ibu yang risau nak sapu sebarang krim dekat perut sebab takut ada efek pada baby kan? Jangan lah risau sebab bahan-bahan Belly Cream ni dari Minyak Kelapa Dara dan bahan semula jadi yang lain. Sebab tu Ayue tak risau pun nak gunakannya pada perut.

So far stretch marks ni masih ada, yela perut masih memboyot. Makan masa nak hilangkan stretch marks tu. Yang penting kena konsisten bila gunakan sesuatu produk. Jangan pula ingat sapu hari ni, esok dah hilang. Haha. 

Antara kebaikan Belly Cream ni yang lain adalah:
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kesan regangan pada kulit perut
  • Meningkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan bersisik
  • Mengatasi masalah alahan, radang dan kegatalan
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria dan kuman
  • Mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV
  • Mendingin dan menyegarkan lagi kulit anda
  • Bebas daripada bahan pengawet dan kimia yang boleh membahayakan kesihatan
  • Bertindak sebagai aromaterapi yang dapat menenangkan ibu bersalin

Ibu mengandung diluar sana yang ada masalah macam Ayue, boleh lah cuba Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari Tropika ni okey. Recommended!


Sedikit info tentang syarikat Tropika

Untuk pengetahuan anda, Tropika telah berada 7 tahun di pasaran. Ia diasaskan oleh perniagaan keluarga yang berminat tentang kesihatan semula jadi dan kesejahteraan dan aromaterapi. Dengan menggunakan sifat-sifat alam dan bahan-bahan sumber secara beretika, Tropika telah berjaya membangunkan pelbagai produk urut dan penjagaan kulit. Sasaran pasaran Tropika adalah ibu dan anak-anak mereka. Malah ada juga produk semulajadi untuk orang dewasa.

Tropika mempunyai syarikat pengedaran sendiri di UK (eksport untuk EU dan UK market) dan kini Tropika telah mengembangkan perniagaannya ke Timur Tengah (eksport). Bukan itu saja, Tropika juga akan mula menjelajah pasaran Jerman dan China tahun depan.

Tropika telah terlibat secara aktif dalam pameran antarabangsa di London dan Hong Kong sejak 2016 (Produk Semulajadi & Organik Eropah / Asia, Fest Malaysia, Pameran Bayi). Paling penting adalah Tropika telah diperakui oleh pihak berkuasa untuk tradisi GMP, ISO22000: 2005 termasuk HACCP dan GMP untuk pengeluaran makanan dan notifikasi EU. Wah, hebat sungguh. Nampak sangat produk keluaran Tropika ni bagus dan mendapat sambutan hingga ke luar negara. Baru-baru ni Tropika Baby Herbal Cream telah dicalonkan sebagai pemenang untuk Readers Choice Award 2017 tau.

Nanti Ayue akan cerita pula tentang produk bayi yang akan Ayue gunakan pada baby Ayue ya. Tak sabarnya nak tunggu si kecik ni keluar. Hehe. Doakan semuanya selamat ya. Amenn.



Untuk produk lain dan maklumat lanjut tentang Tropika, boleh layari:
Website : http://www.tropikabeauty.com.my
Facebook : https://business.facebook.com/TropikaHQ
Instagram : https://www.instagram.com/tropikahq



xoxo,

post signature

Dove mengumumkan pencarian #IamRealBeauty

$
0
0
Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka dengan menggunakan hashtag #IamRealBeauty. Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke - 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.


Jika Malaysia mempunyai sebuah gambar profil kemungkinan besar kita akan melihat mata yang besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah yang cerah, dan rahang yang berbentuk v. Namun begitu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.

Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka. Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini. Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka.


Langkah-langkah menyertai #IamRealBeauty

Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my. Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai:


  1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda
  2. Hashtag #IamRealBeauty
  3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove
  4. Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018.

Ikrar Real Beauty Dove
Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove ialah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.


Ikrar Real Beauty Dove

Kami sentiasa memaparkan wanita sebenar, tidak pernah sesekali memaparkan model
Model mencerminkan satu pandangan sempit terhadap kecantikan. Dove percaya bahawa kecantikan adalah untuk semua orang dan dengan itu kami memaparkan wanita sebenar yang merangkumi pelbagai usia, saiz, etnik, serta warna, jenis dan gaya rambut sebenar.

  • Tiada model dalam kempen kami
  • Wanita sebenar diperkenalkan dengan nama mereka sendiri
  • Kempen kami mencerminkan kepelbagaian etnik dan kaum wanita di Malaysia


Kami memaparkan wanita sebagaimana mereka dalam kehidupan sebenar
Kami tidak pernah memaparkan gambar kecantikan “sempurna” yang tidak boleh dicapai, kecantikan tanpa cela yang dimanipulasi dengan menggunakan alat pengemasan

  • Tidak mengubah wajah wanita secara digital
  • Gambar – Gambar diluluskan oleh wanita yang kami paparkan


Kami membantu gadis membina keyakinan tubuh badan dan harga diri
Di seluruh dunia, 8 daripada 10 anak gadis memilih untuk menghentikan aktiviti kehidupan yang penting apabila mereka tidak puas hati dengan rupa mereka. Dove mempunyai misi untuk memastikan generasi yang akan datang merasai nikmat hubungan positif dengan rupa mereka – membantu anak-anak muda meningkatkan harga diri dan mencapai potensi penuh mereka. Selama lebih 10 tahun Projek Harga Diri Dove telah mendidik lebih 20 juta anak muda tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri .Projek ini juga telah menjadi teladan yang baik dan merupakan salah satu projek terbesar dalam kedua - dua aspek ini. Kami bekerjasama dengan pakar imej badan terkenal di dunia dan juga universiti - universiti terkemuka dunia untuk membangunkan alat-alat pendidikan berdasarkan bukti dan validasi akademik. Kami akan mendidik 20 juta lagi anak muda di seluruh dunia tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri menjelang tahun 2020.



xoxo,

PERTANDINGAN AKHIR PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD PERINGKAT KEBANGSAAN

$
0
0
Pertandingan akhir peringkat kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan sebanyak 20 pasukan melibatkan murid-murid sekolah rendah dari seluruh negeri berentap untuk membina struktur robot mesra alam sekitar di program Paddle Pop Young Builders Award 2017. Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang dianjur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pertandingan tahunan peringkat kebangsaan bertujuan memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di mana para pelajar membina struktur kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60, setiap pasukan yang diwakili oleh empat orang murid perlu menggabungkan elemen-elemen yang menggambarkan Malaysia dan negeri-negeri pasukan bertanding ke dalam rekaan struktur mereka.

Pertandingan akhir Paddle Pop Young Builders Award 2017 menyaksikan kemenangan SK Peramu Jaya dari Pahang sebagai Juara, manakala SK Bukit Rokan Utara (F) dari Negeri Sembilan muncul sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Stella Maris (M) dari Perlis.

Di samping itu, tahun ini Paddle Pop Young Builders Award telah menyediakan tiga hadiah kategori khas bagi ‘Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik’, ‘Semangat Kerja Berpasukan’ dan ‘Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap’. Anugerah Penggunaan Bahan Kitar Semula Terbaik dimenangi oleh SK Durian Mas 1 dari Terengganu. Anugerah Semangat Kerja Berpasukan dimenangi oleh SK Kepala Batas (Pasukan 2) dari Kedah dan Anugerah Penyertaan Paling Kreatif dan Lengkap, pula disandang oleh SJK(C) Chung Hwa dari Pahang.

“Tahun ini, kami telah berjaya menarik minat lebih 20% sekolah rendah dan 80% murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan penyertaan dari sekolah-sekolah ini juga menyaksikan pertandingan akhir tahun ini lebih sengit dan kompetitif. Juri pertandingan ini yang juga merupakan seorang pelukis terkenal tempatan iaitu Professor Jalaini turut kagum dengan kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh murid-murid untuk pertandingan tahun ini yang mana ia membuktikan Paddle Pop telah berjaya menarik minat pelajar untuk memelihara alam sekitar,” ujar Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kami telah membuat pelaburan yang sewajarnya dan berkomited untuk menggalakkan bakal pemimpin masa depan negara ini bagi memelihara dan membina masa depan negara yang lebih hijau dengan cara mengguna semula, membuat semula dan mengitar semula,”
tambah beliau.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang bertemakan “Perpaduan untuk Kesejahteraan Alam Sekitar” (Unity for a Greener Future) merupakan sebuah platform untuk mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai pelbagai jenis bahan yang boleh diguna, dibuat dan dikitar semula dengan cara yang berinovasi dan menyeronokkan.

Pertandingan akhir ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, dan Encik Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kementerian Pendidikan mengucapkan syabas kepada Unilever Malaysia kerana berjaya menganjurkan Paddle Pop Young Builders Award untuk tahun kelima berturut-turut. Usaha yang dilakukan Unilever seharusnya dipuji khususnya dalam mendidik dan menggalakkan para pelajar untuk lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bagi membina masa depan lestari,” kata Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

“Saya cukup berbangga kerana Paddle Pop Young Builders Award bukan saja mendidik pelajar untuk menyemai nilai murni terhadap pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga menggalakkan mereka untuk meraikan perpaduan dan rasa cinta kepada negara. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat generasi masa depan,” tambah beliau.

Paddle Pop Young Builders Award 2017 yang terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah rendah kebangsaan menyasarkan pencarian idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah robot bersaiz sebenar menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula yang turut berperanan menyampaikan mesej tentang kepentingan masa depan yang lebih hijau. Pada tahun ini, para peserta perlu membina sebuah robot menggunakan bahan-bahan terpakai yang digunakan setiap hari yang mana fungsi robot ini ialah untuk memantau dan menjaga persekitaran hijau di sekolah melalui cara yang menyeronokkan dan berinovasi.

Bagi menambahkan lagi elemen-elemen inovasi dan kreativiti, murid-murid ini dibawa melawat ke Petrosains semasa pertandingan akhir yang berlangsung selama tiga hari tersebut.

Pada pertandingan akhir, kesemua 20 struktur kreatif ini akan dinilai oleh para juri yang diketuai oleh ketua juri iaitu Profesor Madya Jalaini Abu Hassan dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara bersama-sama seorang juri yang masing-masing mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unilever Malaysia.

Sekolah yang memenangi pertandingan ini bakal menerima hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM6,000, Percutian Keluarga selama 3 Hari/ 2 Malam di LEGOLAND® Malaysia Resort termasuk baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan hotel penginapan serta sijil penyertaan untuk keempat-empat peserta dalam pasukan tersebut. Dua sekolah yang memenangi hadiah saguhati akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan.

Program Paddle Pop Young Builders Award merupakan sebahagian daripada Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan, USLP) bertujuan mewujudkan lebih banyak persekitaran yang mempromosikan gaya hidup mapan. USLP menyasarkan untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar melalui perkembangannya dan meningkatkan impak sosial yang positif. Ini termasuklah menangani isu kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan cara meningkatkan lagi nutrisi. Varian aiskrim Paddle Pop dirumus bagi memenuhi kriteria pemakanan yang berkhasiat dan mematuhi garis panduan pemakanan sihat terutamanya dari segi kalori, lemak tepu dan gula. Melalui USLP, rangkaian aiskrim kanak-kanak Paddle Pop dijamin mengandungi tidak lebih daripada 110kcal bagi setiap hidangan, 3 gram lemak tepu bagi setiap hidangan dan 20 gram gula tambahan bagi setiap 100 gram.

“Sebagai satu jenama ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak, varian aiskrim Paddle Pop telah dirumus dengan kaedah terbaik agar ia menjadi pilihan yang sihat untuk kanak-kanak hari ini,” tambah Shiv Sahgal.



xoxo,

Proses Jual Kereta Lebih Mudah Dengan Carsome.my

$
0
0
Assalamualaikum. Ayue ingat lagi, kereta pertama yang Ayue beli lepas 3 bulan dapat kerja tetap adalah kereta Perodua Myvi. Masa tu Myvi memang tengah hot lah. Sana sini orang keluar kereta Myvi. Ayue pun terjebak sama. Lagipun memang banyak feedback positif yang Ayue dengar tentang Myvi ni. Jadi Ayue pun ambil lah keputusan untuk beli Myvi.

Sepanjang zaman bujang, tak pernah ada masalah pun dengan Myvi Ayue tu. Kecil, comel, tak pernah meragam, dan yang paling penting, senang Ayue bajet kereta bila nak parking. Tapi tu la, bila dah berkeluarga ni, dengan baby yang bakal lahir nanti, baru lah Ayue sedar yang Myvi ni macam dah tak sesuai dengan kami. Letak satu carseat saja di tempat duduk belakang dah nampak penuh dan sempit. Itu belum campur dengan perkakas baby yang kena standby dalam kereta. Memang sempit lah nanti.

Ada juga Ayue bincang dengan suami tentang nak tukar kereta baru yang lebih besar. Suami pula macam bagi green light, tapi kena tunggu baby lahir dulu katanya. Takpa! Yang penting suami dah bagi green light, jadi Ayue pun mula lah survey sikit-sikit dulu dekat mana nak jual kereta yang mudah, pantas dan boleh dipercayai. Dan Ayue jumpa website Carsome.my.



Sedikit info tentang Carsome.my
Carsome.my ni merupakan sebuah laman web automotif pertama Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual kereta terpantas, paling mudah dan telus secara dalam talian. Menariknya, di Carsome, anda akan diberikan harga trade-in yang adil berdasarkan keadaan kereta anda yang sebenar. Selain Malaysia, perkhidmatan Carsome juga berada di Singapura, Thailand dan Indonesia.


Langkah jual kereta di Carsome.my


Proses jual kereta di Carsome ni hanya dengan 4 langkah mudah:

Langkah 1 : Hantar butiran kereta
Isi borang dan maklumat kereta anda di Carsome.my untuk penilaian. Anda akan terus dapat harga untuk kereta anda. Kalau anda tidak dapat anggaran harga kereta anda selepas submit, pihak Carsome akan hubungi anda untuk berikan harga secara manual.

Langkah 2 : Pemeriksaan kereta
Jika anda puas hati dengan harga yang ditawarkan untuk kereta anda oleh Carsome, kereta anda perlu diperiksa terlebih dahulu di pusat pemeriksaan Carsome yang terletak di Kelana Jaya ataupun di Jalan Klang Lama. Bergantung pada lokasi yang lebih mudah untuk anda ke sana ya. Perkhidmatan pelanggan Carsome akan hubungi anda untuk set tarikh pemeriksaan kereta anda dan beritahu dokumen apa yang anda perlu bawa.

Langkah 3 (a) : Terima tawaran
Selesai pemeriksaan, jika anda setuju untuk terima harga akhir yang ditawarkan oleh Carsome berdasarkan keadaan kereta anda yang sebenar, anda boleh terus jual kereta anda kepada Carsome dan terus ke Langkah 4. Atau, jika anda inginkan harga yang lebih tinggi, anda boleh letakkan kereta anda untuk bidaan.

Langkah 3 (b) : Bidaan secara online
Bidaan secara online akan berlangsung selama 3 jam di antara 700 dealer kereta terpakai yang diperakui di seluruh Malaysia. Mereka akan memberikan harga yang terbaik untuk kereta anda dan anda boleh lihat sendiri proses bidaan secara live. Selepas bidaan selesai, anda mempunyai masa 24 jam untuk terima harga bidaan akhir yang ditawarkan. Jika anda terima, boleh terus ke Langkah 4. Kalau anda tak puas hati pun takpa, anda boleh keluar tanpa sebarang cas yang dikenakan.

Langkah 4 : Pemindahan dan pembayaran pemilikan
Kesemua proses pemindahan dan pembayaran pemilikan dilakukan oleh pihak Carsome. Anda tak perlu fikir tentang paperwork,JPJ, PUSPAKOM dan sebagainya. Segalanya dilakukan oleh pihak Carsome untuk anda. Anda hanya perlu tunggu duit masuk ke dalam akaun bank anda dalam masa 1-2 hari bergantung pada bank yang anda gunakan.


Best kan? Sangat mudah dan pantas. Anda boleh duduk sambil minum teh ais dekat mamak sambil tunggu kereta anda dijual. Yang paling Ayue suka adalah anda tak payah nak susah-susah cari kedai atau dealer yang boleh tawarkan harga yang tinggi untuk kereta kita. Mereka mesti ambil komisyen punya. Dah rugi dah dekat situ. Yela, bila anda nak trade-in kereta lama anda kepada kereta baru, mereka mesti takkan bagi harga terbaik punyalah sebab mereka pun nak untungkan?

Lebih baik guna khidmat Carsome untuk jual kereta anda, dapat duit anda dan siap ada extra duit daripada untuk bayar kepada dealer tu anda gunakan untuk downpayment kereta anda. Lagi berbaloikan. Lepas tu, anda tak payah nak serabut kepala fikir tentang paperwork yang rumit, nak turun naik JPJ tukar nama pemilikan, semua tu boleh makan masa berhari-hari tau. Silap-silap kena ambil cuti.

Kalau jadi lah Ayue dan suami nak beli kereta baru, memang kami akan guna khidmat Carsome ni. Senang, satu tempat je boleh settle semua benda. Jimat masa, jimat tenaga, dan khidmat Carsome ni PERCUMA dan telus pula tu. Tiada cas tersembunyi tau. Dalam masa sehari saja kereta anda boleh dijual dan anda boleh lega sambil survey kereta baru pula.

Ramai yang dah guna khidmat Carsome ni tau. Setakat ni dah 3,731 biji kereta yang terjual.


Review yang Ayue baca tentang Carsome ni pun semuanya positif dan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan.


Macam mana? Anda ada kereta untuk dijual? Isi borang dibawah ni dan ketahui berapa nilai kereta anda dulu ok?




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : https://www.carsome.my
Facebook : https://www.facebook.com/CarSome.my/


Carsome - Kelana Jaya Inspection Centre
A-G-5 Parklane Commercial Hub,
Jalan SS7/26 Kelana Jaya,
SS 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Carsome - Old Klang Road Inspection Centre
No. 83-G, Jalan Mega Mendung,
Kompleks Bandar off Old Klang Road,
58200 Kuala Lumpur



xoxo,

KETAHUI RAHSIA RAMBUT CANTIK DI PESTA PESONA RAMBUT WATSONS

$
0
0
Rambut merupakan salah satu perkara yang anda perasan mengenai seseorang bila bertemu untuk pertama kali. Ia seringkali benar terutamanya bagi wanita. Rambut yang cantik bersinar akan sering meninggalkan tanggapan yang baik, oleh sebab itu penjagaan rambut yang betul adalah penting. Watsons telah melancarkan pesta rambut terbesar hari ini di One Utama dengan “ Pesta Pesona Rambut Watsons” (Watsons Hair Temptations Fair) yang bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 3 September 2017 di Medan Tingkat Bawah. Pengunjung boleh mendapatkan tips penjagaan rambut, tersedia rawatan rambut yang berbeza, tip penggayaan rambut oleh pakar dan banyak lagi.


“Kita sering menjadikan rambut sebagai refleksi kepada identiti kita sendiri kerana ia adalah milik peribadi dan dilihat dikhalayak ramai. Ramai wanita merasakan rambut yang tidak terurus akan menjadikan rutin harian berserabut. Kunci untuk medapat rambut yang sempurna ialah dengan mengamalkan tabiat penjagaan rambut. Setiap wanita boleh memiliki rambut yang sihat, cantik dan bersinar sekiranya mereka menggunakan produk yang betul dan mengamalkan rutin penjagaan yang betul. Di Watsons, kami sering menawarkan produk kecantikan terbaik dari hujung rambut ke hujunng kaki, oleh sebab itu kami bekerjasama dengan hanya jenama terbaik dalam membantu pelanggan yang dihargai melalui slogan “Nampak Bagus, Rasa Bagus”. Kategori penjagaan rambut yang tersedia di Watsons menawarkan beberapa jenama penjagaan rambut terkemuka seperti Alpecin, Bad Lab, GVC, Nunature, Beauty Labo, Mandom, Pantene, Head & Shoulder, Clairol Herbal Essences, Uberman, Dr For Hair, Dove, Lux Luminique, Clear, Marc Anthony, Moist Dianne, L’Oreal, Pure Beauty, Sunsilk and Naturals By Watsons, dimana semuanya tersedia di semua kedai Watsons di Malaysia, satu pusat sehenti untuk mendapatkan semua produk penyelesaian penjagaan rambut”, menurut Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia.




Acara tersebut telah di rasmikan Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia, dengan kerjasama salun A Cut Above, jenama pakaian fesyen Old Navy, YOLO gentleman dan d.d collective, dengan sokongan Akademi Amber Chia dan dihadiri oelh rakan media dan komuniti blogger. Jenis rambut orang Asia merupakan yang paling tebal dan kuat, berbanding dengan jenis rambut dari rantau lain didunia tetapi ia juga mudah rosak disebabkan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari, ia akan menyebabkan masalah rambut kusut dan kering. Oleh sebab itu rambut orang Asia memerlukan rutin penjagaan rambut yang tertentu. Perlu juga diketahui bahawa kesihatan rambut juga adalah refleksi yang kuat terhadap tahap kesihatan umum seseorang dan ia adalah petanda samada tubuh anda menerima dan menyerap sejumlah vitamin dan khasiat yang sepatutnya untuk mendapat keihatan yang baik. Tidak diragukan lagi memiliki rambut yang cantik juga dapat meningkat tahap keyakinan seseorang.





Ketika Pesta Pesona Rambut, para pelanggan boleh menikmati potongan harga istimewa, tawaran promosi untuk pembelian ketika pesta termasuk penjagaan rambut dan tip penggayaan rambut dari penjagaan rambut hingga kulit kepala, penggayaan warna rambut dan penjagaan rambut lelaki. Bad Lab akan menawarkan khidmat memotong rambut pantas percuma untuk sebarang pembelian produk Bad Lab. Ahli VIP Watsons boleh mengambil kesempatan tawaran hadiah-dengan pembelian ketika pesta ini, percuma mug (dengan pembelian minimum RM100) dan percuma pengering rambut (dengan pembelian minim RM200). Manakala ahli ONECARD akan mendapat tambahan topeng muka (dengan pembelian minimum RM70). Jangan lepaskan peluang menonton Pertunjukan Fesyen Rambut yang dibawakan secara istimewa kepada anda.





xoxo,

Nubex Lancar Syiling Perak Edisi Khas Zodiak Virgo

$
0
0

 Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah untuk jongkong emas dan logam bernilai lain di Malaysia hari ini memperkenalkan pula syiling khas Virgo sebagai pelengkap kepada tawaran syiling khas Zodiak yang dilancarkan semenjak November tahun lalu. Dengan jumlah pengeluaran terhad 3000 keping sahaja, Nubex adalah pelopor kepada penghasilan syiling khas bertema di Malaysia dengan rekod jualan ke stok terakhir dalam purata masa kurang 30 minit untuk setiap keluaran menerusi laman dagang www.nubex.my

Koleksi syiling perak tulen Virgo tampil dengan berat 3.11g, berdiameter 25mm, berserta sijil dan kad perakuan sesuai disimpan sebagai koleksi unik mahupun sebagai cenderamata. Koleksi syiling yang menampilkan personaliti Virgo direka menerusi cetakan motif raksasa menzahirkan sisi lain keunikan individu berbintang ini. Syiling ini ditawarkan dengan harga apungan di antara RM17 – RM21 (tertakluk kepada pasaran harga perak harian) seunit.

“Purata masa jualan syiling bertema kami adalah 30minit sehingga stok terakhir. Kami optimis menghasilkan syiling edisi khas secara bulanan istimewa buat pengumpul syiling mahupun mereka yang mahu berjinak dalam simpanan perak dan emas,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd. Sehingga kini, sebanyak 9 koleksi daripada siri Zodiak telah dikeluarkan oleh syarikat ini termasuk koleksi terbaru, Virgo.

Maklumat berkaitan mengenai siri khas koleksi syiling Zodiak turut boleh didapati menerusi laman mikro www.zodiacmonsters.com. Menariknya, pembeli boleh meletakkan nama beserta nombor rujukan khas syiling perak di laman ini untuk paparan atas talian selain kemudahan jualan semula di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi lain syiling emas, perak, dinar, dan dirham, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.




xoxo,

Juice Works memperkenalkan “Heartbeat"

$
0
0
Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini.

Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung asalah punca utama kematian dikalangan wanite dan bukan kanser payu sara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang.

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki.

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindugan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku.

Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pemberdahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.

Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsun pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang si penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini.


Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal, Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**!

Kenape Limau Gendang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gendang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawan makanan yang ditambah dengan limai gendang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida.

Kenape Timun? Rendah kalori kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Bonue: Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.

Mengapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah.

Kenape Lobak Merah? Lobak merak adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diprocess oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru=paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juda mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata.

Kenape Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari.

Jadi, dengarlah suar hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat!

** Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaan / baucar yang lain
** Minuman bermusim in hanya boleh diperolehi sehingga 31 Ocktober 2017.
** Sementara stok masih ada
** Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.



xoxo,


OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

$
0
0

Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM telah dengan khususnya telah menyediakan pelbagai acktiviti istimewa dalam kedai sempena sambutan ulangtahunnya ke-38.

“Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan.” kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun

“Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita.”

“Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik,” katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan.

Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya.


Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu – sebagai kerusi urut yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Sebagai tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove.

Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia.

Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.

“Kerusi urut uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga.”

“Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung,” katanya.

Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa.

“Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah.

Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu.

Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove.

Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama.

“Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.

Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas.

Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988.

Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda.

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti. Layari www.OSIM.com.mu untuk keterangan lanjut.




xoxo,

WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant

$
0
0
Cermin kereta tersekat? Pintu bunyi berkeriut ?

Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras. Untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.



Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun (atau tersekat di kesesakan jalan raya). Dapatkan setin WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant, yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil.

Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat sekat, hanya semburkan sedikit ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan, Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik antik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing – di mana ada habuk dan minyak terperangkap – hanya semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.


Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut: hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nah - tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.

Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar ( dari -73°C sehingga +260°C). Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.

Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi.


Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor – atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.

Ingin tahu lebih lanjut? Layari laman web WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau di http://wd40.asia hari ini.

Paling penting adalah usah panik sekiranya ada berada di dalam situasi yang sukar. Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu!




xoxo,

Nubex Lancar Syiling Edisi Khas Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017

$
0
0

Nubex Sdn Bhd, empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29 yang lalu, hari ini tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 untuk peminat sukan serta pengumpul syiling. Hadir dalam rekabentuk bi-logam, syiling dirham khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diperbuat dari perak tulen 99.9% dengan berat 5.950 gram menerusi jualan di platform atas talian www.nubex.my

Syiling dirham khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 menampilkan lakaran rasmi logo acara sukan berprestij ini menerusi 2 kepingan perak tulen yang boleh diceraikan dengan setiap satunya mempunyai berat 2.975 gram. Tambah menarik, kedua-dua kepingan boleh dijadikan koleksi berasingan yang bernilai untuk pelaburan. Syiling bersama nombor siri ini dikeluarkan terhad hanya 2000 keping dan dijual pada harga RM35.00 bermula jam 12 tengah hari, 19 September 2017.

“Berdasarkan sambutan untuk keluaran syiling khas sebelum ini termasuk syiling kemerdekaan yang habis terjual dalam masa kurang sejam, kami optimis keluaran syiling bersempena Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 akan turut menerima sambutan memberangsangkan,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd.

“Nubex adalah pelopor pertama di dunia yang memperkenalkan dua kepingan dirham (perak) yang digabungkan dalam satu keluaran syiling demi menawarkan nilai estetika tersendiri untuk pengumpul syiling tempatan dan antarabangsa. Kami mahu menyemarakkan lagi semangat Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 menerusi keluaran syiling khas ini,” ujar Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.

Nubex Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.




xoxo,

Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Review

$
0
0
Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keaadaan in akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masaalah besar. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit.

Kulit yang sihat adalah satu sebab kami akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit kami sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.


Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan sepihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila menandatangani dehidrasi kulit dan kulit kusam, bungkusan Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembali and menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera yang sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan mengungkap tidak akan berlaku lagi.


Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarukan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran memberkalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan berasa lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.



LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA

Gunakannya sekali seminggu.
Langkah 1 - Retexturizing Swab: Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.
Langkah 2 - Moisture Infusion Mask: Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia; Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia.Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.

Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.





xoxo,

Stationery Stylo di Sassy | Online gift and lifestyle store

$
0
0
Assalamualaikum. Sejak dari zaman belajar lagi sampai lah ke zaman bekerjaya Ayue memang suka tulis nota dalam buku yg Ayue custom sendiri coraknya. Sanggup beli pen warna dan pembalut semata-mata nak bagi buku nota Ayue cantik dan seronok untuk menulis. Tapi sekarang tak perlu lagi dah buat semua tu sebab buku dan alat tulis yang cantik-cantik dah ada di pasaran. Antara yang paling Ayue suka adalah dari jenama SASSY - online gift and lifestyle store.


Untuk pengetahuan anda, SASSY ni sebenarnya adalah satu jenama alat tulis baru yang sesuai dengan gaya hidup kita sekarang. Yela, orang zaman sekarang kan semuanya nak trendy, ada style, kalau boleh semua benda nak yang insta-ready. Boleh snap gambar cantik-cantik lepas tu uplaod terus ke Instagram. Betul tak?

Sama lah Ayue pun. Apa yang buatkan Ayue suka dengan jenama SASSY ni adalah produknya sangat praktikal, cantik, sesuai dengan citarasa wanita ataupun lelaki zaman sekarang dan yang paling penting, harganya berpatutan. Kalau mahal-mahal, fikir dua tiga kali juga nak belikan. Hehe.

Kalau anda nak cari produk SASSY, anda boleh ke kedai MPH berdekatan. Tapi untuk memudahkan anda, SASSY telah pun melancarkan online stationery store supaya anda boleh cari produk keperluan anda dan membelinya dengan mudah di https://www.sassy.com.my/


Menariknya jenama SASSY ni, dia mempunyai siri koleksi yang pelbagai. Baru-baru ni SASSY melancarkan satu koleksi baru iaitu Koleksi Lemon, Koleksi Hitam dan Emas, Koleksi Neon dan Koleksi Tropika. Cantik sangat semuanya sampai Ayue tak tahu nak pilih yang mana satu.

Black and White Collection

Tropical Collection

Neon Collection

Lemon Collection

Bukan senang tau Ayue nak rambang mata sampai macam ni sekali sebab Ayue ni cerewet orangnya. Susah nak memenuhi citarasa Ayue. Tapi design-design yang ada pada produk SASSY ni memang mengancam betul lah. Rasa macam nak borong semuanya.

Mana tidaknya, design produk semuanya up to date. Tak terhad pada satu style pula tu. Macam Ayue suka gold, memang Ayue tertarik dengan Koleksi Black and Gold ni. Nampak smart gila okey.


Untuk anda yang suka tema buah-buahan, warna pastel atau yang lain-lain, boleh tengok koleksi-koleksi yang ada di website SASSY sendiri. Seriously mesti anda juga rambang mata macam Ayue. Ada macam-macam produk alat tulis yang dijual antaranya buku nota, pencil case, pen, clipboard, planner, kalkulator dan macam-macam lagi.

Tablet Sleeve


Pencil Case


Ayue suka betul dengan kualiti produk SASSY ni. Sangat bagus dan berkualiti. Kertasnya keras, sedap je nak menulis. Rasa macam eksklusif sangat.

Journal With Pen Holder



Note Pad



Favourite Ayue adalah planner. Tengok lah, memang sesuai betul dengan citarasa Ayue. Design, style, dan material nya memang terbaik. Ayue suka dengan corak dan susun atur pada planner ni. Bukan saja cantik, malah mudah untuk atur aktiviti harian Ayue. Tak macam sesetengah jenama stationery Malaysia yang lain yang nampak saja cantik, tapi kualiti tidak setanding harga. Mahal saja tapi tidak sesuai untuk kegunaan harian. Membazir saja beli.

Planner




Selain MPH dan online store, SASSY juga boleh didapati di KL Sogo. Ia baru saja dilancarkan pada 25 Ogos yang lepas. Anda boleh lah tengok koleksi-koleksi SASSY yang ada di sana. Jangan kata anda, silap-silap anak-anak anda juga berkenan dengan koleksi dari SASSY nanti. Jangan rambang mata okey?

Kalau anda nak beli online pula, Ayue ada benda best nak share dengan anda ni. Anda boleh guna voucher code dibawah untuk dapatkan diskaun sebanyak 30% di website SASSY yang dijual pada harga normal.

VOUCHER CODE
AYUE30

Voucher ni boleh guna sehingga 31 Oktober 2017 saja tau. Jadi cepat-cepat shopping di SASSY okey? Pembelian melebihi RM80 akan dapat FREE shipping tau. Yeay!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website : https://www.sassy.com.my/
Instagram : @mysassystuff





xoxo,

Viewing all 624 articles
Browse latest View live