Quantcast
Channel: AYUE IDRIS
Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

Air Minuman Upin Ipin Bebas Dadah

$
0
0
Assalamualaikum. Baru-baru kecoh di media sosial tentang minuman kegemaran kanak-kanak iaitu air UpinIpin mengandungi dadah. Untuk menjernihkan perkara yang tidak benar ini, satu sidang media telah diadakan oleh syarikat Les’ Copaque Production untuk memberitahu kepada umum berkaitan dengan isu kandungan air minuman Upin & Ipin yang dikatakan mengandungi dadah jenis Ketamin.



“Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudah pun membuat pengumuman” ulas Tn Hj Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.


Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman Upin Ipin yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat.



Perkara seperti ini amatlah menyedihkan, malah sangat tidak bermoral kerana menggunakan secara tidak langsung ia menjejaskan pemasaran air UpinIpin ini. Paling membimbangkan, ibu bapa pasti sudah ragu-ragu untuk membelikan air minuman ini kepada anak mereka. Mana tidaknya, dadah bukan lah perkara yang boleh dibuat main. Ini perkara besar kerana rata-rata kanak-kanak yang meminati Upin Ipin berusia bermula setahun ke atas.


Diharap perkara ini dapat menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana bahawa air minuman UpinIpin dijamin selamat untuk diminum tanpa ragu-ragu. Ayue sendiri sudah cuba air Upin Ipin ini dan ternyata sedap. Padanlah kanak-kanak gemarkannya.



xoxo,
post signature

Viewing all articles
Browse latest Browse all 624

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.